You are on page 1of 12

TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

CUE ANN.

KETIBAAN YANG DIRAIKAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie.

Selamat datang ke Majlis Persaraan Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

SALUTASI Bismillahirahmanirahim
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

1. Yang berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen,


Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang

2. Yang berusaha, Cikgu Mohd Jefferin bin Saat,


Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

3. Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin Bin Hj Mohd Alie,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

4. Yang berusaha, Cikgu Ahmad Imran bin Mat Isa,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai

5. Yang berusaha, Cikgu Noor Malawati Bt Aspan


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1

6. Yang dihormati, Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin


YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai

7. Dif-dif jemputan
8. Para guru dan murid
9. Seterusnya hadirin yang dimuliakan.
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

KATA-KATA ALUAN PENGACARA Hadirin yang dikasihi,.

Pakat bersama menunggang kuda,


Biarpun seketika masanya cuma;
Sisihkan sengketa kiranya ada,
Bertemu berpisah perencanaan-Nya.

Anak Cina main gelombang,


Terlihat jauh di Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan pasti mengundang
perpisahan. Hadirin, kita berkumpul pada hari ini sama ada secara nyata
mahupun maya adalah untuk meraikan Yang berusaha, Cikgu Hj Zainuddin bin Hj
Mohd Alie yang bakal meninggalkan jejak kenangan serta taburan budi yang tidak
terkira di sekolah ini.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga besarnya jasa
Tuan Haji sehingga tidak mampu untuk kami membalasnya. Sekalung
penghargaan diucapkan buat Tuan Haji yang diraikan atas kesudian
menghadirkan diri. Tidaklah seberapa majlis ini untuk meraikan Tuan yang hebat
dan megah kewibawaannya.
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

BACAAN DOA Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Al- Fadhil Ustaz
Mohd Sazamir bin Osman untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN ALUAN GPK PENTADBIRAN Para tetamu yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam,
Padamu tuan kami meminta,
Kata azimat pembuka kalam.
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan,


Yang berusaha, Cikgu Ahmad Imran bin Mat Isa, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk tampil menyampaikan
ucapan. Majlis mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Cikgu Ahmad Imran
bin Mat Isa atas kesudian menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG Para tetamu yang dikasihi,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara dibuat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan, Yang dihormati, Encik


Hairul Nizam bin Zainol Abidin, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai
untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

UCAPAN PEGAWAI PPD PASIR Hadirin yang dikasihi,


TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

GUDANG
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Haji
Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian


Yang berusaha Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen menyampaikan ucapan
sebentar tadi.
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

TAYANGAN MONTAJ Para tetamu yang dihormati,

Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan montaj yang telah


disediakan. Dipersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan montaj


sebentar tadi.

GIMIK (KELUAR HANDSCANNER)

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang diraikan Cikgu Haji Zainuddin bin
Mohd Alie, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai tampil bagi
menyempurnakan acara simbolik majlis persaraan pada hari ini.
(KEK MASUK)
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

Majlis mempersilakan, Yang berusaha, Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai
Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyarungkan selempang kepada Yang
diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie. Dipersilakan.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Cikgu Haji Kuswandy bin Tayen
untuk mengiringi Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie
menyempurnakan acara memotong kek. Dipersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Kuswandy bin
Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan Yang diraikan,
Cikgu Haji Zainuddin bin Mohd Alie.
TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

UCAPAN YANG DIRAIKAN Hadirin yang dikasihi,

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi,
Duhai tuan kesatria dirai,
Hulurkan madah kata bersakti.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang


Diraikan, Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian tuan yang diraikan
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN WATIKAH Para tetamu yang dihormati,


TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

PERSARAAN OLEH PPD PG


Atur cara majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Cikgu
Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk
menyampaikan watikah persaraan. Majlis mempersilakan.

Majlis menjemput dengan penuh takzimnya Yang diraikan, Cikgu Haji Zainuddin
bin haji Mohd Alie untuk menerima watikah persaraan daripada Tuan Pegawai
Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Dipersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Haji Zainuddin Bin
Haji Mohd Alie.
PENYERAHAN SURAT PERTUKARAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan Yang
MASUK GB BAHARU berusaha, Cikgu Noor Malawati Bt Aspan untuk tampil bagi menerima surat
pelantikan sebagai Guru Besar Baharu Sekolah Kebangsaan Kota Masai.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PERASMIAN MINI STUDIO SK KOTA Hadirin yang dikasihi,


TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

MASAI
Kita beralih ke atur cara terakhir pada hari ini. Untuk menyempurnakannya, pihak
majlis menjemput dan mempersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin haji Mohd Alie
untuk mengiringi Yang berusaha Cikgu Haji Kuswandi bin Tayen, Pegawai
Pendidikan Daerah Pasir Gudang untuk menyempurnakan acara perasmian
studio mini Sekolah Kebangsaan Kota Masai. Majlis mempersilakan.

- Begitulah tadi penyempurnaan acara perasmian Studio Mini Sekolah


Kebangsaan Kota masai. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

PENUTUP Hadirin yang dihormati,


TEKS PENGACARA SEINDAH KENANGAN

TABURAN BUDI KILAUAN KEJORA

MAJLIS PERSARAAN CIKGU HAJI ZAINUDDIN BIN MOHD ALIE

TARIKH: 6 SEPTEMBER 2021 (ISNIN)

Menggamit rindu datang ke mari,


Waktu bersama duka gembira,
Kenangan lalu memahat memori,
Taburan budi kilauan kejora.

Waktu terasa cepat berlalu. Tiada kata secantik bahasa untuk menggambarkan
beratnya hati melepaskan pergi. Namun, yang tersirat telah pun tersurat. Kami
mendoakan semoga Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie akan sentiasa sihat
dan menikmati hari-hari bahagia bersama keluarga tercinta.

Selamat bersara Cikgu. Segala kenangan akan terpahat menjadi memori


sepanjang zaman.

Hadirin, sekian berakhirlan majlis kita pada hari ini. Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menyempurnakan majlis kita pada hari ini.

Assalammualaikum w.b.t.

You might also like