You are on page 1of 7

TEKS MC PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH DAN PERLANTIKAN SAHABAT

PPDA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bagi


memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita mulakan dengan
bacaan ummul kitab Al-fatihah.

Yang Berusaha En. Abdul Wahab Bin Dahalan

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelai 3

----------------------------------------------------------------------------------

Yang Dihormati En Dzulkalnian Bin Ayat

Guru Penolong Kanan Satu

----------------------------------------------------------------------------------

En. Hairul Kamel Bin MD Suhaimi

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

----------------------------------------------------------------------------------

En. Mohd Nazarul Bin Mohammad Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Guru-guru serta seluruh pelajar Sekolah Kebangsaan Jelai 3 yang disayangi


sekalian.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T pada hari yang berbahagia ini kita sama-
sama dapat berkumpul sempena Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah
Peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai 3 berserta dengan Majlis Penyerahan
Watikah Perlantikan Sahabat PPDa bagi tahun 2018.
BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Saudara Adib Daniel untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan. 

Pembacaan Perutusan Minggu Anti Dadah Kebangsaan

Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Adib Daniel atas bacaan doa itu tadi.
Guru-guru & murid-murid sekalian, Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita
akan melaksanakan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah yang bermula dari
13 Ogos 2018 sehingga 16 Ogos 2018. Banyak aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang minggu ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti
berikut:

1. Pertandingan Mewarna Poster bagi Tahap 1


2. Pertandingan Melukis dan mewarna poster bagi Tahap2
3. Program 5 minit
4. Pertandingan Mewarna Mural
5. Pameran mengenai dadah
6. Dan ceramah anti dadah
Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan perutusan Sambutan Hari Anti Dadah
Kebangsaan Ke-35. Dengan ini, majlis menjemput En Dzulkalnian Bin Ayat
Guru Penolong Kanan Satu Sekolah Kebangsaan Jelai 3 tampil ke hadapan.

UCAPAN GURU BESAR DAN PERASMIAN

Majlis Mengucapkan terima kasih di atas bacaan perutusan itu tadi.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi majlis mempersilakan En. Abdul Wahab
Bin Dahalan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Minggu
Anti Dadah peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai 3 bagi tahun 2018. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

BACAAN IKRAR ANTI DADAH

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan En. Abdul Wahab Bin Dahalan
atas ucapan dan kesudian beliau untuk merasmikan Minggu Anti Dadah
peringkat Sekolah Kebangsaan Jelai 3 bagi tahun 2018. Semoga segala yang
telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar itu tadi dapat dijadikan sebagai
panduan oleh murid-murid.
PENYAMPAIAN WATIKAH SAHABAT PPDA

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Majlis Penyampian Watikah Sahabat PPDa.


Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan murid-
murid dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping menyemai
sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak
sekolah. Semoga dengan penyerahan tugas ini nanti akan mejadikan mereka
murid yang berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas.

Tanpa membuang masa, dengan ini mengumumkan perarakan masuk barisan


ahli Sahabat PPda sekolah kebangsaan jelai 3 dengan diketuai oleh
saudara Muhammad Akmal Farish Bin Kosri
Dipersilakan.

~SAHABAT PPDA BERGERAK MASUK~

Pada awal penubuhan Persatuan Sahabat PPDa, pihak persatuan telah


menerima banyak permohonan penyertaan secara sukarela dalam kalangan
murid murid. Namun begitu, penyertaan Persatuan Sahabat PPda adalah
terhad. Hal ini adalah kerana persatuan ini merupakan persatuan yang baru
dan dikhuatiri tidak mampu untuk berfungsi dengan bilangan ahli yang ramai.
Murid yang tidak terpilih diharapkan tidak kecil hati kerana Persatuan Sahabat
PPda berhasrat untuk menambah bilangan ahli dengan lebih banyak pada
tahun hadapan.

Ahli-ahli Sahabat PPDa sekolah telah dipilih dari kalangan pelajar yang
mempunyai peribadi yang baik, dapat memikul tanggungjawab dengan jujur,
berani, berdedikasi dan bijak membuat keputusan. Dengan adanya barisan
Sahabat PPDa ini, diharapkan segala aktiviti persatuan yang telah dirancang
akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar.

Para guru dan para pelajar sekalian,


Bagi menyempurnakan watikah pelantikan Sahabat PPDa Sekolah Kebangsaan
Jelai 3, majlis dengan ini menjemput En. Abdul Wahab Bin Dahalan, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Jelai 3 dengan diiringi oleh En. Hairul Kamel Bin Md
Suhaimi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jelai 3

tampil ke pentas. Dipersilakan

BACA NAMA PELAJAR

Dipersilakan,

Wakil bagi Jawatan Kuasa Pelaksana PPDa – Saudara Hafiz Darimie Bin Azhar
Ketua Biro Sudut PPDa – Saudara Dhani Aqhimullah
Ketua Biro Maklumat PPDa - Saudari Elieya Najiha Binti Yusof
Ketua Biro Program PPDa – Saudari Nazratul Ayuni Bt. Nik Zazuzahaimy
Bendahari Sahabat PPDa – Saudara Nor Mohamad Adha Bin Bosli
Setiausaha Sahabat PPDa – Saudari Nur Hanisah Izzati Binti Jamaludin
Naib Pengerusi PPDa – Saudari Nurdania Najwa Bt. Abdul Jalil
Dan Pengerusi Sahabat PPDa bagi tahun 2018 – Saudara muhammad akmal
farish bin kosri

Demikian tadi penyerahan watikah pelantikan Sahabat PPda Sekolah


Kebangsaan Jelai 3

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Wahab Bin Dahalan, Guru besar
Sekolah Kebangsaan Jelai 3 atas kesudian menyampaikan watikah sebentar
tadi.

IKRAR ANTI DADAH

Seterusnya, majlis akan diteruskan lagi dengan pembacaan Ikrar Anti Dadah.
Majlis mempersilakan saudara Muhammad Akmal Farish Bin Kosri dari kelas
Tahun 5 Bijak untuk mengetuai Bacaan Ikrar Anti Dadah. Oleh itu semua murid
dan guru diminta untuk berdiri

***

Terima kasih kepada saudara Akmal Farish Bin Kosri diatas pimpinan bacaan
Ikrar Anti Dadah sebentar tadi

Dengan lafaz ikrar  itu tadi maka berakhirlah Majlis Perasmian Minggu Anti
Dadah Peringkat Sekolah Dan Watikah Pelantikan Sahabat PPDa Sekolah
Kebangsaan Jelai 3 bagi tahun 2018.

Kalau ada jarum yang patah,                       


Jangan disimpan di dalam peti,                       
Majlis kita selesailah sudah,                       
Jumpa lagi di lain kali.                       

Tuan puteri pergi ke Rasah,                       


Pulang semula di sebelah pagi,
Yang baik itu datangnya dari Allah,                       
Yang buruk itu dari kelemahan sendiri.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan


sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Saya sudahi majlis dengan
wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh. Dengan ini majlis bersurai.

You might also like