You are on page 1of 4

Ucapan Alu- Hadirin dijemput mengambil tempat masing-masing kerana

aluan majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim.

Yang berusaha,
Ustaz Reduan bin Muhamad,
Guru besar SK Seri Bunian,

Yang dihormati,
Puan Zahratullaila binti Ismail,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Encik Muhammad Akbal bin Abdul Mutalib,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Puan Normah binti Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum

guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.


Assalamualaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh dan
salam darul takzim.
Bacaan Doa Awak menahan serkap buluh,
Serkap ikan di sungai cangkat.
Tadah tangan jari sepuluh,
Doa dipinta memohon berkat

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh Adik
________________________________________ .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal' Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada adik
_______________________________________________ atas
bacaan doa itu tadi.

Untuk makluman murid-murid, majlis yang berlangsung


sekarang ini ialah Program Menuju Alam Dewasa khas untuk
murid Tahun 6. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan
dalam program ini ialah :-
1. Senaman ringkas - Fisioterapi
2. Ceramah Menuju Alam Dewasa - Dr Gwee Zhi Lin
3. Kuiz
4.Saringan Kesihatan Murid
5. Pengisian Borang Saringan BSSK

Bagi meneruskan majlis, majlis diserahkan kepada pegawai


kesihatan Daerah Pontian untuk memulakan aktiviti pertama
pada pagi ini, iaitu senaman ringkas Fisioterapi. Dipersilakan.
Penyampaian Hadirin sekalian,
cendermata
Majlis diteruskan pula dengan penyampaian cendermata
daripada pihak sekolah. Majlis dengan rasa penuh takzim
menjemput Tuan Haji Abdul Halim bin Yunus bagi menyampaikan
cendermata. Majlis mempersilakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Dr Gwee Zhi Lin


untuk menerima cenderamata.
Seterusnya, majlis mempersilakan

_______________________________________

_______________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas kesudian


menyampaikan cenderamata.
Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cendermata sebentar tadi,
maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.

Pinang dikacip terbelah dua,


Kacip berasal dari Temasik,
Salah silap ampun dipinta,
Moga hati tidak terusik.

Kami memohon seribu kemaafan andai terkasar bahasa, terburuk


laku sepanjang majlis ini berlangsung.

Sebelum berangkat pulang, para tetamu jemputan dijemput


menikmati jamuan yang disediakan.

Sekian, wabillah hi taufiq, wal hidayah, Wassalamualaikum w.bt.

Majlis bersurai.

You might also like