You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera
Terima kasih……………………………………

1. Yang berusaha, Puan Mageswari a/p Subramaniam .Pengetua SMK


Rawang

2. Yang Dihormati, En. Mohd Saufi bin Shafie YDP PIBG SMK Rawang

3. Puan Suhaida binti Shamsuddin PK Pentadbiran, SMK Rawang

4. Pn Meriam binti Awang Sulaiman, Penolong Kanan HEM


5. Puan Salinah binti Abdul Rahim, Penolong Kanan Kokurikulum
6. Pn. Roshida bt Abu Hamid, Penolong Kanan Petang
7. Puan Marhaini binti Dasiron, Penolong Kanan Pendidikan Khas
8. Yang diraikan Puan Norliza binti Berahim dan Puan Faizah binti
Zakaria

Serta rakan2 guru yang dikasihi sekelian

Sudah biasa kita dengari,


Patah tumbuh hilang berganti,
Namun tak sama guru yang ini,
Tak mungkin ada galang ganti.

Itulah yang boleh saya gambarkan mengenai kedua rakan guru yang kita
raikan pada MAJLIS SULAMAN KASIH SANJUNGAN BUDI pada hari ini.
Oleh kerana saya mewakili unit kokurikulum, maka saya rasa biarlah saya
berbicara mengenai sumbangan rakan yang kita raikan di dalam
menaikkan nama SEMEKAR di dalam bidang kokurikulum

Pertamanya buat Puan Norliza binti Berahim mantan GKMP Bahasa SMK
Rawang . Sebagaimana yang kita maklum pada tahun 2019 sebelum negara
kita dilanda pandemik covid 19, di bawah bimbingan Puan Norliza,
pasukan Bicara Berirama sekolah kita telah berjaya menjadi Johan
peringkat Daerah dan telah mewakili daerah Gombak ke peringkat Negeri.
Satu pencapaian yang sangat membanggakan pihak sekolah. Begitu juga
dengan pasukan Drama dan Pasukan Bahas Bahasa Inggeris, yang berjaya
mendapat naib johan dan tempat ketiga peringkat daerah, tak dilupakan
juga dengan pasukan pidato Bahasa Cina dan Bahasa Arab yang turut
mendapat tempat ketiga peringkat daerah. Terima kasih sekalung budi atas
sumbangan puan di dalam menjayakan aktiviti koAkademik SEMEKAR.

Seterusnya buat yang diraikan Puan Faizah binti Zakaria, nama yang begitu
sinonim di dalam Unit Beruniform PENGAKAP dan juga kelab
Keusahawanan ataupun Usahawan Muda. Banyak aktiviti2 yang telah
disertai dan kejayaan yang telah dicapai oleh Unit Beruniform Pengakap
semasa beliau memegang jawatan sebagai Ketua Guru Penasihat dengan
dibantu oleh guru2 penasihat yang lain. Antaranya ialah 10 orang wakil
murid SEMEKAR telah dipilih untuk mewakili Daerah ke Kursus Ketua
Patrol Peringkat Negeri pada tahun lepas dimana Pasukan Gombak telah
berjaya menjadi Johan Keseluruhan dan Kontigen Terbaik. Penyertaan UB
Pengakap SEMEKAR bukan sahaja di peringkat Negeri malah sehingga ke
peringkat antarabangsa dimana Pasukan Pengakap sekolah turut
menghantar 2 orang wakil ke Perkhemahan Pasukan Beruniform Peringkat
Antarabangsa di Jasin, Melaka. Dan pada tahun lepas juga seorang murid
SEMEKAR telah menerima Anugerah Ketua Pengakap Negara dan Calon
Pengakap Raja 2020. Tahniah ,Syabas dan terima kasih buat Pn. Faizah di
atas sumbangan di dalam menaikkan nama SEMEKAR di dalam bidang
Kokurikulum

Buat Puan Norliza dan Puan Faizah:

Budimu tak terbilang,


Semangatmu dijulang,
Keperibadianmu gemilang,
Jasa dan baktimu tetap dikenang.

Saya rasa itulah sahaja ucapan ringkas dari saya wakil unit kokurikulum.
Sebelum mengundur diri TAHNIAH dari unit Kokurikulum, semoga Puan
Norliza dan Puan Faizah akan lebih cemerlang di sekolah baharu

Pergi ke dusun memetik kelapa,


Kelapa muda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.

SEKIAN. TERIMA KASIH

You might also like