You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA IHYA RAMADAN

SK BANDAR PENAWAR
Masa: 8.15 pagi

Dari Raub pergi ke Pontian


Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera dan Salam Ramadan


Al-Mubarak

Yang Berusaha,
TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN ASRAP
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar

Yang Dihormati,
PUAN HAJAH YATINAH BINTI SABARIE,
Penolong Kanan Pentadbiran,

EN ROSMAN BIN MD SIDEK,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

EN ZAHARI BIN NATIMI ,


Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati, barisan pendidik Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar,


Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
1.
Pembukaan / Lenggang bertapak seni memandang
Aluan Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke majlis kami.

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya
kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Penutupan Ihya Ramadan ,
Bulan Dakwah, Mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa arab.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sebagai pengisian sepanjang bulan Ramadan yang
melibatkan semua warga SK Bandar Penawar. Antara aktiviti yang dijalankan adalah
tilawah al quran, nasyid, bercerita, khat, mewarna, kuiz Ramadan serta sumbangan
kasih di bulan Ramadan,

Dengan terlaksananya aktiviti yang dirancang sepanjang bulan Ramadan al-mubarak


ini, diharapkan Ramadan kali ini lebih bermakna ke arah membentuk modal insan yang
seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Hadirin yang dihormati,

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan
5.
Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita sama-sama mendengar ucapan
Ucapan Guru
perasmian penutupan daripada YANG BERUSAHA TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN
Besar
ASRAP selaku TUAN Guru Besar SK BANDAR PENAWAR untuk menyampaikan
ucapan.
Fal yatafadhol masykura.

**Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada TUAN Guru Besar atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput BARISAN PENTADBIR bagi mengiringi TUAN


HAJI KAMARUDDIN BIN ASRAP GURU BESAR SK BANDAR PENAWAR untuk
menyampaikan hadiah

Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan _________

Seterusnya bagi pertandingan __________ dijemput

Dijemput __________________________________________ untuk menerima


6.
Seterusnya bagi pertandingan __________ dijemput
Penyampaian
Hadiah
Dijemput __________________________________________ untuk menerima
Pertandingan
*** Rujuk senarai nama

###Terima kasih diucapkan kepada TUAN HAJI KAMARUDDIN BIN ASRAP atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada pemenang

**Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bagi acara yang telah dipertandingkan.
Semoga dengan adanya anugerah ini dapat menyuntik semangat semua murid untuk
terus berusaha dalam apa jua lapangan.

Hadirin sekalian, majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan
bercerita dan kalam arabiy yang akan dipersembahkan oleh Aqil Nazhan bin
Kamaruzaman dan Adilia Hana binti Adri Tauriq.
4.
Oleh itu, majlis menjemput persembahan terbaik daripada adil Aqil Nazhan.
Persembaha
n
Dipersilakan

**Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan itu tadi


10. Yang cantik itu pekerti,
Penutup Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua
Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Ihya Ramadan dan mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca
tasbih kaffarah dan surah al asr

Dengan ini saya sudahi dengan

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

You might also like