You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TUDM SUBANG 2023

ATURCARA TEKS CATATAN


NYANYIAN Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Kak Nani
LAGU Selangor dan lagu Sekolah.

[NYANYIAN LAGU]

Hadirin dipersilakan untuk duduk.


SALUTASI Dari Kelantan Ke Negeri Melaka, Kak Nani
Singgah Berehat di Pekan Kuantan,
Sudah 66 Tahun Malaysia Merdeka,
Hidup Aman Tiada Keperitan.

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan


Salam Malaysia Madani-Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

1.Yang Berusaha,
Puan Fadzilah binti Zainu Hasri,
Penolong Kanan Kokurikulum, SK TUDM Subang

2.Puan Siti Ruhaiza binti Mohd Siran


Penolong Kanan Pentadbiran, SK TUDM Subang

3. Puan Rasidah binti Abdul Rashid


Penolong Kanan Petang, SK TUDM Subang

4. Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Bulan Kebangsaan


5. Ketua-ketua panitia mata Pelajaran
6. Barisan guru & Anggota kumpulan pelaksana (AKP)
7. serta murid-murid Sekolah Kebangsaan TUDM Subang yang disayangi
sekalian.
UCAPAN ALU- Pohon selasih tumbuh sebatang Kak Nani
ALUAN Sayang merbah di dahan cemara
PENGACARA Terima kasih dan selamat datang
MAJLIS Kalimah Bismillah pembuka bicara

Hadirin yang dirahmati Allah,


Alhamdulillah, marilah sama sama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka kita diizinkan untuk sama-
sama berkumpul di Dataran Ibnu Sina bagi menjayakan Majlis Penutupan
Bulan Kebangsaan Peringkat SK TUDM Subang bagi tahun 2023.
BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan, Kak
Hanum
Jalur gemilang Bendera Malaysia,
Megah Berkibar Setiap Hari,
Selalulah Kita Berdoa PadaNya,
Supaya Malaysia Terus Aman Harmoni.

Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan, Al Fadhil Ustaz Mohammad Yusmizi
bin Che Harun untuk memimpin bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[BACAAN DOA]

Majlis mengucapkan terima kasih Ustaz Mohammad Yusmizi bin Che


Harun atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
UCAPAN Kalau tuan pikat kenari, Kak
PERASMIAN Jangan patahkan batang Jerami, Hanum
GURU BESAR Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, Puan Siti Ruhaiza


binti Mat Siran untuk merasmikan Majlis Penutupan Bulan
Kebangsaan Peringkat SK TUDM Subang bagi tahun 2023.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan.

[UCAPAN PERASMIAN]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Siti Ruhaiza binti
Mat Siran atas kesudian beliau merasmikan majlis.
PENYAMPAIAN Kini, majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada Kak Nani
HADIAH PRA para pemenang bagi Pra Petang & Tahun 1.
PETANG &
TAHUN 1 Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput, Puan Rasidah
binti Abdul Rashid, Penolong Kanan Petang untuk tampil ke atas
pentas bagi menyampaikan hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH PRA PETANG & TAHUN 1


RUJUK SENARAI PEMENANG

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Rasidah binti Abdul


Rashid atas kesudian beliau menyampaikan hadiah.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Fadzilah


binti Zainu Hasri, Penolong Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau


menyampaikan cenderahati.
PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis akan mengorak langkah dengan penyampaian Kak
HADIAH TAHUN hadiah kepada para pemenang Tahun 2 & Tahun 3. Hanum
2 & TAHUN 3
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput, Puan Siti
Ruhaiza binti Mat Siran, Penolong Kanan Pentadbiran untuk tampil ke
atas pentas bagi menyampaikan hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2 & 3


RUJUK SENARAI PEMENANG

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Fadzilah


binti Zainu Hasri, Penolong Kanan Kokurikulum untuk
menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau


menyampaikan cenderahati.

PENYAMPAIAN Kini, majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada Kak Nani
HADIAH para pemenang pertandigan kategori terbuka Tahap 1 & Tokoh
KATEGORI Patriotik sesi petang.
TERBUKA
TAHAP 1 Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput, Puan Fadzilah
binti Zainu Hasri untuk tampil ke atas pentas bagi menyampaikan
hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH KATEGORI TERBUKA & TOKOH PATRIOTIK


RUJUK SENARAI PEMENANG

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Cik Nur


Asyikeen binti Ishak, Penyelaras Bulan Kebangsaan untuk
menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian beliau


menyampaikan cenderahati.
PERSEMBAHAN Awan bersulam citra berkasih, Kak
JOHAN Ukiran sukma kilauan suasa, Hanum
NYANYIAN Penyampaian hadiah selesai sudah
PATRIOTIK Persembahan nyanyian menyusul pula.
SOLO
Majlis kini diserikan lagi dengan persembahan dari Johan Nyanyian
Patriotik Solo Tahap 1 iaitu Aduqa Asdahrizam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[PERSEMBAHAN KOIR]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada persembahan nyanyian


patriotik solo yang sangat memukau sebentar tadi..
PENUTUP Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah Majlis Kak Nani
Penutupan Bulan Kebangsaan Peringkat SK TUDM Subang bagi tahun
2023.

Inilah yang dikatakan


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berlari sudah sampai ke garisan penamat
Umpama musafir sudah sampai ke destinasi

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa yang


terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis
pada hari ini.

Besi tembaga biar di tanah,


Emas suasa dibawa pergi
Berakhir kata di hujung noktah.
Di lain ketika bersua kembali.

Assalamualaikum wbt. Majlis mohon izin bersurai.

You might also like