You are on page 1of 10

TEKS UCAPAN

DATO HJ ABDUL HALIM


B HJ ABDUL LATIF
YDP PIBG

SEMPENA
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN
AKADEMIK
PELAJAR DAN HARI Q

TARIKH : 14 JULAI 2012


MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT: DEWAN SERI SETIA

TEKS UCAPAN YDP PIBG


SMK KING GEORGE V
YANG BERBAHAGIA DATO HJ ABDUL HALIM
BIN HAJI ABDUL LATIF
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis..
Yang Berbahagia Tuan Mohd Sah Bin Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran
Daerah Seremban
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Bin Md Isa, Pengetua Cemerlang SMK
King George V
Barisan Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar
Guru-guru,
Para penerima anugerah,
Ibu bapa,
dan para pelajar sekalian,
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas


kesempatan yang diberikan. Alhamdulillah bersyukur kita kerana dalam
majlis ini kita dipertemukan. Saya amat berbangga kerana dapat bersamasama dalam majlis ini, majlis penghargaan SMK KGV dan PIBG
kepada murid-murid yang telah bertungkus lumus dalam memastikan
kecemerlangan diri dan sekolah kekal menjadi milik kita warga SMK King George
V yang amat kita sayangi ini.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada pihak


Pengetua dan Ahli Jawatankuasa Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Hari Q
pada tahun ini kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang menjadi agenda
tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak yang begitu optimis
dengan kecemerlangan diri masing-masing juga kakitangan sekolah ini
khususnya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selaku ibu bapa yang sentiasa menaruh kepercayaan kepada pihak


sekolah dalam membimbing anak-anak didik ke arah kejayaan yang dicitacitakan, kami berasa berbangga apabila setiap tahun SMK King George V
menunjukkan prestasi kecemerlangan yang tinggi di peringkat negeri mahupun di
peringkat kebangsaan, malah pengiktirafan sekolah di peringkat antarabangsa

telah menaikkan semangat kami untuk terus bersama-sama sebagai warga


sekolah ini.

Saya meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada barisan tenaga


pimpinan dan pendidik di sekolah ini untuk terus berusaha dalam mengekalkan
dan meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang. Kami akan terus
memberikan sokongan yang padu dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Permuafakatan yang baik akan membuahkan hasil yang lumayan. Bulat air
kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat. Keikhlasan kita dalam usaha
yang murni pasti akan mendapat restu daripada Ilahi.

Hadirin sekalian,
Semoga kecemerlangan menjadi milik SMK King George V dan kita
sederap dalam usaha ke arah itu. Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua guru
dan ibu bapa serta para pelajar SMK King George V yang mendokong amanah
kecemerlangan kita.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.

TEKS UCAPAN PENGETUA CEMERLANG


SMK KING GEORGE V
TN HJ MOHD BIN MOHD ISA
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis..
Yang Berbahagia Tuan Mohd Sah Bin Zainal Abidin, Pegawai Pelajaran
Daerah Seremban
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Bin Md Isa, Pengetua Cemerlang SMK
King George V
Barisan Penolong Kanan
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Pelajar
Guru-guru,
Ibu bapa,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala kerana berkat limpah kurniaNya

TEKS UCAPAN YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR


NEGERI SEMBILAN
SEMPENA MAJLIS PENYERAHAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA
2014
DI SMK KING GEORGE V, SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN.
PADA 15 APRIL 2014 (SELASA)

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, salam sejahtera dan
salam 1 Malaysia.
Yang saya hormati saudara/ saudari Pengerusi Majlis

Seterusnya para hadirin yang saya hormati sekalian.


Pendahuluan
1. Pertamanya. saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat
ialhi atas limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bnwesa=samaberkumpul di Majlis Penyerahan Baucer Buku 1
Malaysia bagi Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Daerah Seremban

Syukur alhamdulillah kerana dapat bersama di Majlis Penutupan


Kejohanan Ragbi KGV 10 Sepasukan Kali Ke-8 dengan Kerjasama
CIMB
Foundation dan COBRA. Terlebih dahulu saya mengucapkan syabas
dan
tahniah kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ragbi
KGV

10 Sepasukan atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan


kejohanan ini.
semangat

Ini menunjukkan kepada kita semua bahawa

muafakat yang padu dalam kalangan ahli-ahli jawatankuasa mampu


melahirkan satu bentuk kerjasama yang sangat besar ertinya
sehingga
dapat menjayakan kejohanan ini. Kejohanan Ragbi 10 sepasukan kali
ke-8
diadakan pada 26 dan 27 Oktober 2013 iaitu hari ini dan semalam.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izinya kita dapat
mengadakan Majlis Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 khusus bagi Sekolah Kebangsaan
Alai.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir pada
Mesyuarat Agong PIBG kali ke 38 ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan komitmen yang
tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan Alai untuk mencapai
kecemerlangan di bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

PIBG memainkan peranan yang sangat penting di mana dengan pemuafakatan ini SK Alai
akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visinya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG telah banyak menabur jasa buah fikiran
dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa yang telah memberi pelbagai
sumbangan terhadap sekolah.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Latif Tamby Chik DUN Telok
Mas yang sudi hadir dan juga memberi sumbangan kepada pihak sekolah.
Akhir kata amatilah peribahasa cina berikut
WITH MONEY WE CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOME
WITH MONEY WE CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIME
WITH MONEY WE CAN BUY A BED BUT NOT SLEEP
WITH MONEY WE CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGE"
Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna, banyak yang perlu
dikorbankan, banyak juga yang terpaksa dilepaskan. Sesekali langkah tersadung, rebah
menyembah, sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan
pengorbanan, menentukan kesabaran dan air mata. Selagi prinsip hidup berada di atas
landasan yang betul, usah digusar pada anugerah Tuhan..anggaplah sesekali diduga itu
sekadar untuk mematangkan dan mengajar kita untuk bangun menjadi manusia sesempurna
insan.."
Berbaju Melayu dua mempelai
Duduk bertimpuh beradab sopan
Ayuh bangunlah murid SK Alai
Keputusan cemerlang dikotakan
Sekianlah wabilahi taufiq walhidayah wassalamualaikom warahmatulli wabarakatuh.

You might also like