You are on page 1of 1

PENGENALAN

1. Apakah Rumusan?
Ia dimaksudkan sebagai suatu kerja bertulis yang memerlukan pelajar menukarkan
maklumat dalam bentuk grafik kepada bentuk naratif (tulisan).
2. Bahan grafik yang dimaksudkan ialah:
a) Carta Pai
c) Carta Aliran
b) Carta Palang
d) Graf
i) Iklan dan lain-lain

e) Gambar Tunggal
f) Gambar Bersiri

g) Jadual
h) Peta

3. Pelajar perlu memahami bahan grafik tersebut dan menukarkannya kepada bentuk
maklumat bertulis. Maklumat tersebut disebut sebagai:
a)

Isi Tersurat
maklumat yang didapati melalui kajian terhadap bahan grafik.
isi yang tertulis/tercatat berdasarkan isi dalam petikan.
kajian tersebut dibuat dengan cara:
i) mengatakan sebab atau alasan tertentu.
ii) membuat andaian.
iii) membuat cadangan atau pendapat.

b) Isi Tersirat
isi yang tersembunyi / tidak ada dalam petikan (atau bahan grafik).
isi pelajar sendiri (dengan membuat pendapat/andaian sendiri).
4. Maklumat-maklumat yang diperolehi perlu disusun supaya menarik dan jelas. Setiap
rumusan perlu ditulis dalam binaan yang terancang, iaitu ada: PENDAHULUAN AYAT, ISI
TERSURAT DAN ISI TERSIRAT serta AYAT PENUTUP.
*Kata kunci: kesan/akibat, keburukan/risiko, punca/faktor/sebab.
5. Setiap rumusan perlu dikira jumlah patah perkataannya. Panjang rumusan kira-kira 80
patah perkataan (atau berpandukan kehendak arahan soalan yang diberikan).
TEKNIK ATAU CARA MEMBUAT RUMUSAN
1) Bina lapan ayat daripada bahan grafik yang diberikan.
2) Lapan ayat tersebut terdiri daripada:
a. satu ayat pendahuluan (berdasarkan tajuk/bahan grafik)
b. tiga ayat untuk isi tersurat (berdasarkan maklumat dalam bahan grafik)
c. tiga ayat untuk isi tersirat (memberi sebab/alasan sesuatu, member andaian,
cadangan/pendapat isi
pelajar sendiri)
d. satu ayat penutup (cara mengatasi sesuatu / harapan terhadap sesuatu).
3) Rumusan dibuat dalam SATU PERENGGAN sahaja.
4) Jumlah patah perkataan perlu dikira dan ditulis di sebelah kanan bawah rumusan pelajar.
(80 patah
perkataan)
5) Boleh memetik/menggunakan ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus.
Tukar kepada ayat sendiri.

You might also like