You are on page 1of 6

Program i-Think (Innovative Thinking)

Program i-Think (Pemikiran Inovatif) merupakan satu program yang bertujuan mempertingkat
dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid
berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Dalam usaha ini, Peta Pemikiran diperkenalkan
sebagai salah satu alat berfikir yang dapat meningkatkan aras pemikiran murid.

Program i-Think mengandungi lapan Peta Pemikiran. Setiap Peta Pemikiran mempunyai proses
pemikiran yang disesuaikan mengikut tajum atau unit pelajaran. Guru dan murid perlu
menyesuaikan Peta Pemikiran dengan tajuk pembelajaran yang merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

8 Peta Pemikiran:

1. Peta Bulatan (Circle Map)


2. Peta Buih (Bubble Map)
3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
4. Peta Pokok (Tree Map)
5. Peta Dakap (Brace Map)
6. Peta Alir (Flow Map)
7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map)
8. Peta Titi (Bridge Map)

1
Bingkai Rujukan (Frame of Reference)

1. Digunakan dalam semua 8 Peta Pemikiran.


2. Dilukis pada bahagian luar Peta Pemikiran setelah semua maklumat di dalamnya sudah diisi.
3. Bertujuan untuk menyatakan sumber rujuk atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.
Contoh: ibu bapa --- bermaksud maklumat yang didapati telah diambil daripada ibu bapa.

buku kawan

guru
ibu bapa

2
1. Peta Bulatan (Circle Map)

i. Proses pemikiran: Mendefinisikan mengikut konteks.


ii. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan di dalam bulatan kecil di bahagian tengah.
iii. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan topik tersebut
untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
iv. Lukiskan bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau
sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

2. Peta Buih (Bubble Map)

i. Proses pemikiran: Menerangkan menggunakan kata sifat atau kata adjektif.


ii. Labelkan topik utama dalam bulatan di bahagian tengah.
iii. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya untuk diisi dengan kata/frasa adjektif yang
mewakili topik tersebut, sama ada positif atau negatif dan warna yang berbeza boleh
digunakan.
Contoh kata adjektif : cantik, periang, cemburu, malas.
frasa adjektif : bertelinga besar, bersisik tebal.
iv. Sambungkan semua bulatan tersebut dengan topik utama menggunakan garis lulus.

3
3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)

i. Proses pemikiran: Membanding beza.


ii. Lukiskan dua bulatan di bahagian tengah untuk menulis dua topik (objek/idea) yang ingin
dibandingkan.
iii. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara dua bulatan utama.
iv. Bagi bulatan yang berada di antara dua topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik
untuk mewakili persamaan.
v. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan yang hanya bersambung dengan satu topik
sahaja.

4. Peta Pokok (Tree Map)

i. Proses pemikiran: Membuat pengelasan/Mengklasifikasikan


ii. Tuliskan topik atau tajuk utama di bahagian atas dan gariskannya.
iii. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
iv. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
v. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori dan gariskan.

4
5. Peta Dakap (Brace Map)

i. Proses pemikiran: Hubung Seluruh-Bahagian (sebahagian daripada keseluruhan).


ii. Digunakan untuk mengkaji atau menganalisa objek secara fizikal/maujud.
iii. Tuliskan objek yang ingin dipecahkan dan gariskannya.
iv. Tuliskan bahagaian atau pecahan utama.
v. Tuliskan bahagian/komponen yang lebih kecil di sebelah kanannya.
vi. Lukiskan ( ) untuk menggabungkan/menyatukan objek dan komponennya.

6. Peta Alir (Flow Map)

i. Proses pemikiran: Urutan


ii. Tuliskan tajuk (peristiwa/langkah).
iii. Lukiskan segiempat tepat dan isikan dengan langkah-langkah sehingga tamat proses
yang ingin diterangkan.
iv. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
v. Sembungkan carta aliran bermula dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu).
vi. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan petak kecil di bawah langkah utama
berkenaan.
5
7. Peta Pelbagai Alir (Multi-Flow Map)

i. Proses pemikiran: Sebab dan akibat.


ii. Digunakan untuk menggambarkan analisa sebab dan akibat.
iii. Tuliskan peristiwa yang dikaji di dalam petak di bahagian tengah; sebab-sebab berlakunya
dalam petak di sebelah kiri dan akibat daripada peristiwa tersebut dalam petak di sebelah
kanan peristiwa.
iv. Sambungkan setiap sebab dan akibat dengan anak panah mengarah ke kanan.

8. Peta Titi (Bridge Map)

i. Proses pemikiran: Melihat analogi (hubungan yang sama, mencari faktor penghubung).
ii. Tuliskan faktor penghubung (relating factor) di sebelah kiri.
iii. Lukiskan garisan dan tuliskan di bahagian atas dan bawahnya pasangan yang berkaitkan.
iv. Semua pasangan berkaitan disambungkan oleh titi ( ).
v. Sentiasa meletakkan ‘as’ yang berserti sama seperti pada peta titi.

Contoh:
Simpulan bahasa ringan tulang yang bermaksud rajin, sama seperti simbulan bahasa otak cair
yang bermaksud pandai, sama seperti murah hati yang bermaksud tidak kedekut.

You might also like