You are on page 1of 3

Latihan :

1 _____ Hui Ling menjadi contoh kepada murid-murid lain.


A Ketekunan
B Bertekun
C Tertekun
D Menentunkan

2 Daun-daun kering ______ di halaman rumah apabila ditiup angin.


A penaburan
B pertaburan
C menaburkan
D bertaburan

3  Kehidupan rakyat derita semasa zaman ______ Jepun.


A berkedudukan
B kedudukan
C pendudukan
D menduduki

4 Jane ____ pengalaman bercutinya kepada kawan-kawan karibnya.


A perceritaan
B menceritai
C menceritakan
D pencerita

5 Pak Busu akan ____ pembedahan pada minggu hadapan.


A menjalani
B menjalankan
C perjalanan
D dijalankan

6 Persembahan teater itu telah ______ oleh beribu-ribu penonton.


A menyaksikan
B disaksikan
C kesaksian
D penyaksian

7 Kelihatan banyak burung ______ di langit.


A menerbangkan
B berterbangan
C penerbangan
D diterbangkan

8 Skuad bola sepak yang terpilih ke pertandingan Piala Aisa _____ oleh pemain-pemain muda.
A berbaris
B dibarisi
C perbarisan
D barisan

9 Ramai murid tidak ______ pelajaran yang disampaikan oleh Cikgu Borhan pada hari ini.
A memahami
B kefahaman
C persefahaman
D pemahaman

10 Sekolah kami telah ______ dengan pelbagai prasarana moden.


A melengkapi
B dilengkapi
C melengkapkan
D kelengkapan

11 Kerja-kerja ______ bahan-bahan kitar semula itu dilakukan oleh beberapa orang pekerja.
A diasingkan
B keasingan
C berasingan
D mengasingkan

12 Harimau itu ______ mangsanya dengan senyap.


A terhampir
B berhampiran
C menghampiri
D penghampiran

13 ______ tahunan bapa saya ialah RM 24 000.


A Mendapatkan
B Pendapatan
C Mendapati
D Didapati

14 ______ jawatan Encik Faizal secara tiba-tiba menyebabkan pentadbiran Syarikat Kejora menjadi
kelam kabut.
A Diletakkan
B Meletakkan
C Perletakan
D Terletak

15 Haiwan ______ Fatiha ialah kucing.


A disayangi
B menyayangi
C kesayangan
D bersayang-sayangan

16 Atlet itu berjaya _____ tahap kelayakan Sukan Olimpik dalam kejohanan tersebut.
A melepasi
B melepaskan
C pelepasan
D dilepaskan

17 Pembinaan kedai runcit di kawasan itu telah memudahkan penduduk membeli barang-barang
_____
A keperluan
B memerlukan
C diperlukan
D seperlunya
18 _______ kereta terbaru syarikat itu dirasmikan oleh pengarah syarikat tersebut.
A Dilancarkan
B Pelancaran
C Kelancaran
D Melancarkan

You might also like