You are on page 1of 1

PERSATUAN PENDUDUK KOMUNITI JALAN NURI

D/A No 7,
JALAN NURI 11
TAMAN SCIENTEX,
81700, PASIR GUDANG
JOHOR DARUL TAKZIM Email: komunitinurits2018@gmail.com

Pentadbir,
SK Taman Scientex
Jalan Persiaran Scientex 2
81700 Pasir Gudang Tarikh: 8 Oktober 2018

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tuan,

MEMOHON UNTUK MEMINJAM PERALATAN SUKAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2018

Seperti perkara yang tertera di atas, saya selaku wakil Persatuan Penduduk Jalan Nuri, Scientex ingin
memohon jasa baik pihak tuan untuk meminjam beberapa peralatan sukan bersempena dengan program
#HSN2018 peringkat komuniti Jalan Nuri yang akan dijalankan pada 13 Oktober 2018.

2. Sehubungan dengan itu, saya senaraikan beberapa peralatan yang perlu dipinjam daripada pihak
sekolah untuk melancarkan lagi majlis pada hari tersebut;

BIL. PERALATAN UNIT


1. Tali tarik tali 1
2. Kon Penanda 10
3. Healer 1
4. First Aid 1
5. Tiang Gol Mini 1

3. Justeru, diharapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama & ucapan ribuan terima kasih saya
dahulukan. peralatan yang dipinjam akan dijaga sebaik mungkin & dihantar semula selepas digunakan
dalam keadaan yang baik. Terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………
(Mohd Harisudin Bin Abd Razak)
Naib S/U Persatuan Penduduk
Jalan Nuri, Taman Scientex

You might also like