You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT 4

JALAN PEKAN SELASA


45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR
DARUL EHSAN
Tel: 03 32246206 Fax: 03 32246206

Ruj. Kami : 100-2 / 4 / 2 ( 02 )


Tarikh : 17 Julai 2018
Yang Berhormat,
Tuan Muslimin Bin Yahaya,
Ahli Parlimen Sungai Besar.

Yang Berhormat,

MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN SEMPENA LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Saya ingin memohon sumbangan dari pihak Yang Berhormat merujuk perkara berikut:
Nama Program : Lawatan Sambil Belajar
Tarikh Pelaksanaan : 08 Ogos 2018
3. Program ini merupakan satu program lawatan akademik anjuran Sekolah Kebangsaan Parit 4.
Untuk makluman Yang Berhormat, semua murid terdiri daripada anak-anak yang sedang menuntut di
SK Parit 4. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pengalaman kepada murid tentang dunia luar .
4. Oleh itu, saya memohon jasa baik Yang Berhormat untuk menyumbang kewangan sebanyak
RM 1000.00 untuk menampung perbelanjaan kami kelak. Sumbangan berbentuk cek hendaklah atas
nama TETUAN SURAU SK PARIT 4 , Nombor Akaun 12056010031161 (BANK ISLAM)
sekiranya pihak Yang Berhormat ingin memberikan sumbangan tersebut.
5. Bersama-sama ini disertakan kertas kerja untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama pihak tuan
memberikan sumbangan dalam menyempurnakan program ini amat kami hargai. Sekiranya pihak
Yang Berhormat mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi nombor berikut:
i. 018-2427199 (Tuan Haji Abdul Hakim Bin Awang)
6. Saya amat berharap permohonan kami ini mendapat perhatian dan ihsan daripada Yang
Berhormat. Kerjasama Yang Berhormat demi menjayakan program ini amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Yang menjalankan tugas,

(HAJAH NOOR AIDA BINTI NGAT DENIN)


Guru Besar
SK Parit 4.

Sk: Fail sekolah

You might also like