You are on page 1of 2

Pengarah,

Dr Sariah binti Abdul Jalil,


Bahagian Matrikulasi,
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Per,
62604 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan
__________________________________________________________________________________
Sumitra Ropini Karuthan
940221-10-5202
No 7, Jalan Sultan Ibrahim 9/8,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor.

29 APRIL 2012

Puan,
Permohonan Penukaran Pusat Matrikulasi dari Kolej Matrikulasi Kedah ke Kolej Matrikulasi
Selangor.
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2.
Saya, Sumitra Ropini Karuthan, nombor kad pengenalan 940221-10-5202 telah berjaya
mencapai keputusan cemerlang 11A+ dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Saya juga sangat
bersyukur kerana telah diberikan biasiswa bursari di bawah tajaan kerajaan dan telah ditawarkan
tempat dalam program matrikulasi tempatan dengan nombor matrik MS1218535489.

3.
Walau bagaimanapun, kolej matrikulasi yang telah ditawarkan kepada saya ialah Kolej
Matrikulasi Kedah (KMK). Saya ingin memohon pertukaran ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)
atas sebab-sebab kesihatan.

4.
Sejak saya berusia 2 tahun, saya menghidapi penyakit asthma yang kronik. (Sila rujuk surat
daripada doktor). Saya telah mendapat rawatan perubatan daripada Dr. Anis dari Poliklinik Anis dari
usia yang muda lagi. Dengan rawatan yang kerap ini, keadaan saya sekarang terkawal. Saya bimbang
keadaan saya mungkin akan bertambah teruk sekiranya saya menghadiri Kolej Marikulasi di Kedah
kerana saya tidak berupaya untuk mendapat rawatan yang begitu kerap daripada beliau. Saya juga
bimbang kerana saya mudah mendapat alahan di tempat yang baru. Jika saya berada di Kolej
Matrikulasi Selangor, saya boleh mendapat rawatan yang segera daripada doktor yang sudah
mengenali keadaan saya.

5.
Selain itu, saya juga menghadiri kelas tarian tradisional setiap pagi Ahad di Pusat Sukan
Bangsar. Kelas-kelas menari ini menolong saya untuk mengawal pernafasan dan turut memainkan

peranan yang penting untuk mengawal keadaan kesihatan saya. Sekiranya saya berada di Kedah,
sudah pasti saya tidah dapat meneruskan kelas-kelas ini dan hal ini akan menjejaskan kesihatan dan
pembelajaran saya.

6.
Saya berasa sangat bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk meneruskan pelajaran di
kolej matrikulasi. Saya merupakan seorang pelajar yang sangat berdedikasi dan rajin dan saya berasa
yakin dengan kebolehan saya untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang sehingga dapat
membanggakan kolej saya. Walau bagaimanapun, saya memerlukan rawatan yang kerap daripada Dr.
Anis dan kelas-kelas menari yang berterusan supaya keadaan kesihatan saya terkawal sehingga dapat
menonjolkan potensi diri saya yang sebenar. Selepas tamat pengajian di kolej matrikulasi, saya ingin
melanjutkan pelajaran saya dalam bidang perubatan di Universiti Malaya supaya rawatan perubatan
dan kelas-kelas tarian saya dapat diteruskan. Oleh hal yang demikian, saya berharap puan akan
mempertimbangkan permohonan saya dan memberikan saya tempat di Kolej Matrikulasi Selangor.

Akhir kata, segala kerjasama dan perhatian daripada pihak puan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Sumitra Ropini Karuthan,


940221-10-5202,
No Matrik : MS1218535489

You might also like