You are on page 1of 1

1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Rujukan : MPIK/144/Jld 3. (95) Tarikh : 27 Feb 2013 Kepada: Eye-riz Optometry No.

55, Jalan Dwi Tasik 2, Dataran Dwi Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tuan, JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN PAMERAN KESIHATAN Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacitanya dimaklumkan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 5, pengkhususan Pendidikan Jasmani akan menganjurkan Hari Kesihatan untuk memenuhi syarat tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE 3104). 3. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput pihak tuan untuk mengadakan pameran dan pemeriksaan mata sempena Hari Kesihatan yang bertemakan Hidup Sihat Pilihan Bijak yang akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis) Masa : 8.00 pagi 2.00 petang Tempat : Dewan Dato Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur. 4. Pihak kami berharap dan memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat bersama-sama dalam menjayakan program ini. Sebarang pertanyaan sila rujuk kepada Puan Jamaliyah Binti Ahmad (013-3988909) atau Siti Najwa binti Zulkifli (013-5942319). 5. Segala kerjasama, sokongan dan keprihatinan pihak tuan kami dahulukan ucapan terima kasih. Sekian. PRODUKTIF, BERKUALITI DAN EFEKTIF Saya yang menjalankan tugas . (SHAARI BIN OSMAN) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur.

You might also like