You are on page 1of 1

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pendidikan Jasmani Kumpulan G5.5 dan G5.

6 Jabatan Sains Sukan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, 56000 Kuala Lumpur. 1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Haji Zainuddin bin Haji Abd Samad Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Kilometer 4, Jln Cheras, 56100 Kuala Lumpur

Tarikh : 27 Feb 2013

Tuan, PROGRAM HARI KESIHATAN Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Sukacita dimaklumkan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Semester 5 Pengkhususan Pendidikan Jasmani akan menganjurkan Hari Kesihatan untuk memenuhi syarat tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE 3104). 3. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput pihak tuan untuk ke Program Hari Kesihatan yang akan berlangsung seperti berikut : Tarikh : 7 Mac 2013 (Khamis) Masa : 11.30 pagi Tempat : Dewan Dato Razali Ismail, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas 4. Pihak kami berharap dan memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat bersama-sama dalam menjayakan Program Hari Kesihatan ini. 5. Segala kerjasama, sokongan dan keprihatinan pihak tuan kami dahulukan ucapan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas

(SITI NAJWA BINTI ZULKIFLI) Pengerusi Program Hari Kesihatan, Jabatan Sains Sukan, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Jalan Yaacob Latif, Kuala Lumpur.

You might also like