You are on page 1of 4

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH KE PERSATUAN EKUESTRIAN MALAYSIA MOHD IZZUDDIN BIN MUHAMMAD PISMP G 5.

Seramai 43 pelajar PISMP PJ Semester 5 ambilan Januari 2011 IPGM Kampus Ilmu Khas telah mengadakan lawatan ilmiah ke Royal Selangor Polo Club. Pelajarpelajar yang mengambil kursus ini telah ditugaskan mengurus lawatan ini dengan bimbingan pensyarah penyelaras kursus ini, iaitu Datin Noraini Mohamed. Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan (PJM 3112). Kandungan wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani di badan-badan sukan. Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapatberjalan dengan lancar dan teratur. Semua pelajar menerima tugasan masingmasing seperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatani ilmiah ke Royal Selangor Polo Club pada 27 Februari 2013. Lawatan ini diiringi oleh Ketua Jabatan Sains Sukan, Encik Mokhtar bin Ahmad dan Datin Noraini binti Mohamed. Kumpulan lawatan ini bertolak pada pukul 9.00 pagi dan tiba sekitar jam 10.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh pengurus Royal Selangor Polo Club , En. Mohamed Siraj. Kami diberikan taklimat oleh beliau mengenai tempat ini dan sukan polo. Melalui pemerhatian saya, kelab ini merupakan antara kelab polo yang terawal dibina semasa zaman Tanah Melayu. Kelab ini juga menjadi tumpuan golongan diraja serta bangsawan. Antara perkara yang diberi penerangan oleh pengurus kelab ialah mengenai penjagaan padang polo, penjagaan kuda, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kelab ini. Padang polo yang terdapat di kelab ini mempunyai keluasan sekitar saiz sepuluh padang bola sepak dan kelab ini pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Ekuestrian Dunia 2011. Padang ini memang dijaga rapi dan tidak boleh

digunakan tanpa kebenaran atau kegunaan rasmi. Hanya program yang diluluskan pihak pengurusan kelab sahaja boleh menggunakan padang ini kerana kelab ini memberi keutamaan kepada permainan polo. Namun kami dikira bertuah kerana diberi peluang untuk memijakkan kaki ke padang tersebut. Selain itu, kami juga diperkenalkan kepada asas-asas permainan polo. Pengurus kelab menunjukkan kuda kayu yang digunakan sebagai permulaan atau asas mendapatkan kemahiran memukul ketika berada di atas kuda. Seterusnya, kami dibawa ke kandang kuda serta kawasan latihan menunggang kuda. Menurut beliau lagi, kelab ini mempunyai hampir 250 buah kandang kuda dan menempatkan pelbagai jenis kuda dari seluruh dunia. Kebanyakan kuda yang dibawa ke Malaysia didatangkan dari Eropah dan Argentina. Kuda yang terdapat di sini bukan sahaja kuda yang digunakan untuk sukan polo sahaja, malah terdapat juga kuda padi yang digunakan bagi tujuan kelas menunggang kuda untuk kanak-kanak. Ini kerana, kelab ini juga menawarkan kelas dan latihan kepada individu yang berminat untuk belajar cara menunggang kuda serta sukan polo. Semasa mengelilingi kawasan kelab, kami didedahkan bagaimana kelab ini diuruskan dari segi penjanaan modal, aktiviti serta pengurusan dan pentadbiran. Kami juga didedahkan kepada alatan permainan polo serta cara penjagaan kuda. Beliau juga menunjukkan kepada kami gudang makanan kuda dan cara menjaga makanan tersebut. Lawatan ini diakhiri dengan sesi jamuan ringan dan penyampaian cenderahati kepada pihak pengurusan kelab. Sekitar jam 12.30 tengahari, kami bertolak pulang ke institut. Antara kelebihan yang saya peroleh sepanjang lawatan adalah saya dapat menambahkan pengetahuan saya tentang sukan polo. Walaupun sukan ini masih tidak popular dalam kalangan rakyat Malaysia, namun sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya perlu mengetahui serba sedikit mengenai sukan ini. Saya juga memperoleh pengetahuan mengenai kuda serta cara penjagaannya. Selain itu, saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai pengurusan dan pentadbiran sesuatu kelab atau organisasi. Antara penambahbaikan yang boleh dibuat adalah kami perlu merancang perjalanan lawatan supaya kami dapat meluangkan lebih masa di sesuatu tempat yang dilawati.

Sesi mendengar taklimat daripada pengurus kelab, En. Mohamed Siraj

Sesi taklimat mengenai sukan polo

Dibawa mengelilingi sekitar kawasan padang polo

Sesi bergambar sebelum pulang ke institut

You might also like