You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan jurnal : Ke -1 Minggu praktikum : Pertama Tarikh peristiwa/kejadian

: 1 5 April 2013 Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK Bandar Baru Seri Petaling (2) Pada hari pertama,1 April 2013, saya bersama kumpulan praktikum melapor diri kepada Encik Mohd Rizan bin Baba, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Bandar Baru Seri Petaling (2). Kumpulan praktikum kami terdiri daripada 4 orang guru pelatih pengkhususan Pendidikan Jasmani, 2 orang guru pelatih Pendidikan Muzik dan 2 orang guru pelatih pengkhususan pengkhususan TESL. Kami

memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Dalam sesi itu, beliau memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan SK Bandar Baru Seri Petaling (2) antaranya : Sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah Struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, Guru Penolong Kanan , guru disiplin, guru kokurikulum, dan guru akademik Latar belakang murid dan masyarakat setempat Tugas dan tanggungjawab murid di sekolah Pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu perhimpunan, kami diperkenalkan kepada warga guru SK Bandar Baru Seri Petaling (2) dan kami diberikan tempat di Bilik Guru untuk digunakan sepanjang sesi praktikum ini. Kami kemudiannya berjumpa dengan GPK Kokurikulum, Encik Mohd Rizuwan bin Toharuddin. Beliau menerangkan serba sedikit tentang kokurikulum sekolah serta prosedur kami sebagai guru Pendidikan Jasmani di sekolah ini. Kemudian, kami berjumpa dengan guru subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan untuk mendapatkan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran serta rancangan pengajaran tahunan.

Pada hari kedua, 2 April 2013, saya bersama-sama Encik Mohd Rizan bin Baba, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dan Encik Muhamad Fauzi bin Md Isa menyediakan jadual waktu sepanjang saya berada di sekolah ini. Saya mendapat 9 waktu mengajar terdiri daripada 2 jam Pendidikan Jasmani Tahun 6 Cekap, 2 jam Pendidikan Jasmani Tahun 4 Kreatif, 2 jam Pendidikan Jasmani Tahun 2 Cekap, 2 jam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5 Cekap dan 1 jam Pendidikan Kesihatan tahun 2 Cekap. Pada hari ketiga, 3 April 2013, kami mengadakan senamrobik untuk murid Tahun 1 dan Tahun 2 semasa sesi 1 Murid 1 Sukan. Selepas itu, saya ditugaskan untuk menjadi guru ganti Matematik Tahun 1 Kreatif pada pukul 10.30 sehingga 11.30 pagi. Kemudiannya, saya dan kumpulan praktikum ditugaskan untuk membersihkan serta mengecat bilik Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di bawah seliaan En Wong Cheong Wah, GPK Hal Ehwal Murid. Tugasan ini adalah sebahagian daripada persiapan pihak sekolah dalam pertandingan program PPDa peringkat kebangsaan. Pada hari keempat, 4 April 2013, saya dan ahli kumpulan meneruskan kerja-kerja mengemas dan mengecat bilik PPDa sekolah. Pada hari ini juga saya mengambil peluang untuk berinteraksi dengan guru pembimbing saya, En Fadzlee bin Nisab dan bertanyakan beberapa perkara yang perlu saya siapkan. Pada hari kelima, 5 April 2013, saya ditugaskan untuk menjadi guru ganti Bahasa Malaysia tahun 3 Cekap pada pukul 7.40 sehingga 8.40 pagi. Pada hari itu juga saya mengemaskini maklumat serta menyediakan Rancangan Pengajaran Harian untuk minggu kedua.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like