You are on page 1of 1

Antara masalah yang dikenalpasti sepanjang saya menjalani praktikum semester 6 ialah murid-murid mengalami masalah kemahiran menendang

bola leret dalam permainan bola sepak. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat menendang bola kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang tepat dan ini menyebabkan hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang menunggu untuk menerima hantaran leret. Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana melakukan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan untuk menyerkap bola dengan baik dan rakan juga terpaksa berlari jauh untuk menyerkap bola yang dihantar kepada mereka. Teknik yang digunakan murid salah, antaranya kaki sokongan tidak diletakkan di sisi bola dan tiada perlakuan ikut lajak.

Langkah-langkah ansur maju tersebut adalah seperti berikut ; 1. 2. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan.

Kaki sokongan dibengkokkan sedikit. 3. 4. 5. Tendang di bahagian tengah bola. Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf L Ikut lajak.

You might also like