You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH JENIS KEBANGSSAN(CINA) CHUNG SAN


LOT 663, JALAN RIAM (Miri By Pass),
98000 MIRI, SARAWAK.
Tel : 085-611791 Faks : 085-617934 Email : sjkcs168@gmail.com
( TETAP UNGGUL DALAM PELBAGAI TRANSFORMASI 全力应战 ,变中求胜 )
_________________________________________________________________________ _______________________
Ruj. Kami : SJKCS.700-6/1/2
Tarikh : 24 Ogos 2023

Ketua Balai Bomba,


Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Jalan Miri – Pujut,
98000 Miri,
Sarawak

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN LATIHAN DAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah bercadang untuk menjemput pihak tuan bagi
mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) dan Taklimat serta Demonstrasi Memadam Kebakaran di sekolah
kami. Latihan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang cara-cara yang
perlu dilakukan oleh murid dan kakitangan sekolah dalam menghadapi bencana kebakaran di sekolah.
3. Bagi mencapai objektif di atas, pihak tuan dengan hormatnya dijemput untuk mengadakan latihan
tersebut seperti ketetapan berikut : -
Hari : Rabu
Tarikh : 11.10.2022
Tempat : SJK(C) CHUNG SAN
Masa : 0830 Pagi
4. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(CHOO CHONG LOK)


Guru Besar,
SJK(C) CHUNG SAN

You might also like