You are on page 1of 2

SK BUKIT GUNTONG,

21060 TEPOH, KUALAM NERUS, TERENGGANU.


NO.TELEFON & FAX: 09 –
E-mail: tba7006@yahoo.com

Rujukan Kami: SCM 02/07/


jld.4(46)
Tarikh: 21 Oktober 2023

Pengarah
Balai Bomba dan Penyelamat, Kuala Terengganu,
Jalan Kemajuan, Bukit Kecil,
20648, Kuala Terengganu,
Terengganu.

Tuan,

Memohon Lawatan Bermaklumat Prasekolah ke Balai Bomba Kuala Terengganu

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa prasekolah SK Bukit Guntong akan


mengadakan lawatan bermaklumat. Lawatan ini adalah untuk menambahkan pengetahuan
murid dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

2. Sehubungan itu, pihak kami telah memilih tempat tuan kerana ingin memberi
pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan semasa berlaku kebakaran. Maka,
kami berharap pihak tuan dapat menjalankan demonstrasi cara-cara memadam api atau
lain-lain yang berkaitan dengan pencegahan dan keselamatan kebakaran.

3. Lawatan ini akan diadakan seperti berikut:


a) Tarikh : 9 November 2023 ( Khamis )
b) Masa : 9.00 pagi hingga 11 pagi
c) Jumlah murid : 50 orang
d) Jumlah guru : 5 orang

4. Oleh itu, kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan
permohonan kami ini. Diharapkan pihak tuan dapat memberikan jawapan dalam tempoh
yang terdekat ini. Jika pihak tuan mempunyai sebarang maklum balas, sila hubungi
Dayang Eliza binti Mohd Noor (0199882500). Kerjasama daripada pihak tuan, kami
ucapan terimakasih.

Sekian, terima kasih.

' Melestarikan Pendidikan Terbilang '


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah.

_________________
( Shamsida@Suriyam bt Hamzah )
Guru Besar
SK Bukit Guntong

You might also like