You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN GOEBILT


JALAN BAKO
93050 KUCHING Tel : 082-432453
SARAWAK Faks : 082-433058
E-mel : skgoebiltz@gmail.com

Rujukan Kami : SKH(HEM)700-5/1/4( )


Tarikh : 22 Februari 2023
Ketua Balai
Balai Bomba Dan Penyelamat Tabuan Jaya,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching,
SARAWAK.

Tuan,
JEMPUTAN MENGADAKAN LATIHAN KEBAKARAN ‘FIREDRILL’
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah di bawah jawatankuasa Hal Ehwal
Murid(JK HEM) bercadang mengadakan Program Demonstrasi Latihan Kebakaran Dan
Kecemasan Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak (Fire Drill) untuk
warga SK Goebilt seperti pada ketetapan di bawah:

Tarikh : 22 Mac 2023


Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Goebilt, Kuching
Pengisian Aktiviti : - Latihan Kebakaran ‘Firedrill’
- Demontrasi memadam kebakaran

3. Aktiviti latihan kebakaran ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal
khasnya kepada murid-murid tentang langkah-langkah yang perlu diambil seandainya
berlaku kecemasan seperti kebakaran semasa berada di sekolah.

4. Sehubungan itu pihak kami ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan latihan
dan demontrasi tersebut. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Amir
Aizzudin Bin Sebi@Hasbi di talian +6013-5702008.

5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan terlebih dahulu kami ucapkan ribuan
terima kasih.

Sekian.
Saya yang menjalankan tugas,

(MUHAMMAD AZIZI BIN RAHIM)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Goebilt,Kuching.

AAS/AAZ/BOMBA2023

“MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”


FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH

You might also like