You are on page 1of 4

Sekolah Kebangsaan Goebilt

Kertas Kerja Program Demonstrasi Latihan


Kebakaran Dan Kecemasan Bersama
Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Negeri Sarawak (Fire Drill)

Tarikh: 22 Mac 2023


Hari: Rabu
Masa: 0830-1130
Tempat: Tapak Perhimpunan
Sekolah Kebangsaan Goebilt
Disediakan Oleh:
Amir Aizuddin bin Sebi@Hasbi
1.0 Tajuk

Program Demonstrasi Latihan Kebakaran Bersama Jabatan Bomba Negeri Sarawak.

2.0 Penganjur

Unit 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan).

3.0 Pendahuluan

Latihan kebakaran biasanya diadakan dua kali setahun bagi memenuhi peraturan keselamatan
bangunan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib. Oleh itu, Unit Hal Ehwal Murid Sekolah
Kebangsaan Goebilt bersetuju dan mengadakan latihan yang pertama bagi tahun 2023. Program ini
dilaksanakan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan bertindak pantas
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran sebenar didalam Sekolah Kebangsaan Goebilt serta
melengkapkan semua warga yang terlibat dengan pengetahuan keselamatan yang secukupnya.

4.0 Rasional

Memberi pendedahan kepada warga Sekolah Kebangsaan Goebilt mengenai kepentingan menjaga
keselamatan. Seterusnya, program ini bertujuan untuk menunjukkan demonstransi yang betul dan
tepat kepada warga Sekolah Kebangsaan Goebilt mengenai pekara yang perlu dilakukan sekiranya
berlaku kebakaran di Sekolah Kebangsaan Goebilt.

5.0 Matlamat

Matlamat utama program kebakaran ini iaitu:


a) Mendedahkan kepada warga Sekolah Kebangsaan Goebilt pengalaman langsung menghadapi
bahaya kebakaran.
b) Melatih warga Sekolah Kebangsaan Goebilt kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan atau kebakaran di Sekolah Kebangsaan Goebilt.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga
keselamatan dan pencegahan kebakaran.

6.0 Objektif

Antara objektif yang melaksakan latihan ini adalah:


d) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika
kebakaran atau kecemasan.
e) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan
mencegah risiko kebakaran.
f) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang
lain. d)Warga Sekolah Kebangsaan Goebilt berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh
disiplin.
g) Memupuk keprihatinan warga Sekolah Kebangsaan Goebilt untuk menjaga keselamatan.
7.0 Butiran Program

Tarikh : 22 Mac 2023


Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Sekitar premis sekolah
Kumpulan Sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Goebilt termasuk
pentadbir,
guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pekerja kantin.

8.0 Implikasi Kewangan

Berikut merupakan implikasi kewangan untuk melaksanakan Program Demonstrasi Latihan Kebakaran
Bersama Jabatan Bomba Negeri Sarawak:

No. Perkara Jumlah


1. Makanan untuk tetamu jemputan (10 orang  RM10) RM100
2. Perkakas alat tulis RM50

Jumlah Keseluruhan RM150

9.0 Penutup

Dengan Program Demonstrasi Latihan Kebakaran Bersama Jabatan Bomba Negeri Sarawak ini telah
dirancang, diharap program ini boleh memberi manfaat kepada semua warga Sekolah Kebangsaan
Goebilt untuk persediaan semasa berlakunya kecemasan yang tidak dapat di ramal.
Disediakan oleh: Ulasan:

AMIR AIZUDDIN BIN SEBI@HASBI


Setiausaha Unit Selematan Sekolah
Sekolah Kebangsaan Goebilt,
Kuching, Sarawak.
Disahkan oleh: Ulasan:

ADA@AIDA BINTI JOLHAN


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Goebilt,
Kuching, Sarawak.
Diperaku oleh: Ulasan:

MUHAMMAD AZIZI BIN RAHIM


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Goebilt,
Kuching, Sarawak.

You might also like