You are on page 1of 5

KERTAS KERJA FIRE DRILL/LATIHAN

KEBAKARAN SEKOLAH MENENGAH


IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA
NERUS

TARIKH : 16 JUN 2022


HARI : KHAMIS
MASA :1 PAGI
TEMPAT: DATARAN IKON
1.0 PENDAHULUAN

Program fire drill/latihan kebakaran merupakan salah satu aktiviti tahunan SM IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU KUALA NERUS. Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan
langsung kepada pelajar untuk menghadapi bahaya kebakaran. Selain itu, program ini  dilakukan
untuk melatih para pelajar tentang kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di asrama.

2.0 OBJEKTIF
Melalui program ini diharapkan dapat,
(a)  Memberi latihan kepada pelajar asrama sekiranya berlaku kebakaran di asrama.
(b)  Menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang kaedah menyelamat diri ketika
berlakunya kebakaran/kecemasan.
(c)  Memberi pendedahan kepada pelajar asrama tentang pentingnya mengetahui laluan
kecemasan   sekiranya berlaku kebakaran di asrama
(d)  Mengaplikasikan kemahiran Fire drill dalam kehidupan seharian

3.0 TARIKH
16 jun 2022 (Khamis)

4.0 MASA
1 pagi

5.0 TEMPAT
Dataran IKON
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Pengerusi                                               : Haji Othman bin Ngah
                                                                    (Pengetua Sm Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Nerus)
Timbalan Pengerusi                              : Puan Fatin Nur Shafiqah binti Abd Razak
                                                                    (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi                                      : Encik Muhammad Haikal bin A.Latif
                                                                    (Ketua Warden)
Penyelaras                                              : Ahmad Syukri bin Abd Wahab
                                                                    (Warden khas)
Kawalan Disiplin                                    : Semua Warden
Dokumentasi                                          : Puan Atifah binti Wahed
Keselamatan                                          : Encik Muhammad Azam bin Daud
Peralatan                                                 : Encik Farham Azfar bin Kadir
Makanan                                 : Puan Siti Amirah binti Mamat@Muhammad
7.0 TENTATIF PROGRAM

16 Jun 2022
( Khamis )
12.45 am
Semua warden berkumpul di dataran Ikon
1 am
Ketibaan pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus
1.10 am
Siren kecemasan dibunyikan. Semua pelajar asrama bergerak ke tempat berkumpul iaitu di dataran
Ikon dalam keadaan pantas mengikut laluan kecemasan yang ditetapkan.
1.20 am
-Semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut dorm masing-masing.
-Ketua dorm akan merekodkan bilangan pelajar setiap dorm.
-taklimat keselamatan dari pihak Bomba
2 am
-Semua pelajar bergerak ke dorm masing-masing
-jamuan ringan.

8.0 PENYERTAAN
Program akan melibatkan Jawatankuasa Asrama,semua pelajar dan pengawal keselamatan.
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara RM
1. Jamuan ringan (14 orang x RM4) 56
2. Bahan 20
I. Petrol (RM 10)
II. Diesel (RM10)
3. Cenderahati (10 beg x RM5) 50
JUMLAH 126

11.0 PENUTUP

Setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak Jawatankuasa Pelaksana Program Fire drill/latihan


kebakaran SM IMTIAZ Yayasan Terengganu Kuala Nerus kepada pihak pentadbiran sekolah atas
kerjasama dan kelulusan melaksanakan program ini, Kami berharap agar program ini berjalan dengan
lancar dan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan juga agar program ini
dapat meningkatkan pengetahuan dan jalinan permuafakatan bukan sahaja kepada pelajar dan para
warden malah juga kepada sekolah.

You might also like