You are on page 1of 5

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 MATLAMAT 1
3.0 OBJEKTIF 1
4.0 KUMPULAN SASARAN 1
5.0 CADANGAN PELAKSANAAN 1
6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA INDUK 1
7.0 KRONOLOGI PELAKSANAAN 2
8.0 SYARAT – SYARAT PROGRAM 2
9.0 AJK PELAKSANA 2
10. ANGGARAN PERBELANJAAN 3

0
11. KESIMPULAN 3

0
1.0 PENDAHULUAN

Adalah menjadi satu kepentingan dalam kehidupan harian kita baik orang dewasa
mahupun kanak-kanak untuk mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk
mengelakkan suatu kebakaran itu berlaku. Dengan adanya pendedahan seperti ini, kes-kes
kebakaran akan dapat dikurangkan. Maka dengan itu, menjadi tanggungjawab unit beruniform
(Kadet Pertahanan Awam) untuk memberikan pendedahan awal kepada murid-murid
berkenaan apakah yang dimaksudkan tentang kebakaran melalui program perkongsian ilmu
yang bertajuk “Melawan Kebakaran”. Dalam perkongsian ini, murid akan diberikan
maklumat/info tentang bagaimana api bermula, bagaimana api dipadamkan, jenis-jenis api dan
jenis pemadam api. Diharapkan agar kejayaan pelaksanaan program perkongsian ilmu ini dapat
memberikan iktibar dan panduan kepada murid-murid untuk lebih berhati-hati dan dengan
adanya ilmu yang diperolehi daripada program ini, mungkin ada nyawa atau harta benda diluar
sana yang dapat diselamatkan kelak.

2.0 MATLAMAT

2.1 Menerangkan kepada murid apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil
apabila berlaku kebakaran.
2.2 Menerangkan kepada murid apakah faktor yang menyebabkan kebakaran.
2.3 Menerangkan kepada murid apakah pemadam api yang sesuai untuk beberapa jenis
kebakaran.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan prihatin tentang isu-isu kebakaran
3.3 Melahirkan pelajar yang seimbang dalam akademik dan kokurikulum.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua pelajar SMK Bukit Garam dari Tingkatan 1 hingga 5.

5.0 CADANGAN PELAKSANAAN


Tarikh : 01 September 2021
Hari : Rabu
Masa : 3.00 PM – 4.00 PM
Tempa : Dalam Talian
t

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA INDUK

Pengerusi: En. Thien Nyuk Kong(Pengetua)


Tim. Pengerusi: Pn. Armizurani Hj. Mahmod (PK Kokum)
Pengarah: En. Malsone Bin Medil

1
Setiausaha: En. Asri Bin Bahri
Bendahari: Cik Cissy Armico Sami

2
7.0 KRONOLOGI PELAKSANAAN

7.1 Satu kuiz dalam talian tentang “Melawan Kebakaran” akan diberi kepada ahli kadet di
dalam Kumpulan Telegram Kadet Pertahanan Awam.
7.2 Ahli kadet menjawab kuiz tersebut dengan merujuk kepada sumber/bahan yang telah
dikongsikan di group dan ahli kadet dibenarkan untuk mencari maklumat tambahan
daripada Internet.
7.3 Ahli kadet menghantar dengan menekan submit sahaja.
7.4 Ketua guru penasihat atau guru penasihat bertugas akan menyemak jawapan kuiz setiap
ahli dan meneliti siapakah layak mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga.

8.0 KATEGORI DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

8.1 Penyertaan dibuka kepada semua murid SMK Bukit Garam dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5.
8.2 Peserta boleh menggunakan pelbagai sumber contohnya Internet, Youtube dan Buku
Rujukan untuk mencari jawapan kuiz.
8.3 Tempoh masa untuk menjawap kuiz adalah 1 jam sahaja.
8.4 Peserta menjawab kuiz di rumah mereka masing-masing.
8.5 Peserta mestilah menulis nama penuh dan kelas yang betul dan jika salah, penyertaan
akan ditolak.
8.6 Ketua guru penasihat Unit Beruniform (KPA) berhak menolak mana-mana penyertaan
yang didapati bukan ahli Kadet Pertahanan Awam, SMK Bukit Garam.

9.0 AJK PELAKSANA


Bil. AJK Keterangan Tindakan
1. Pelaksana kuiz Membuat kuiz Google Form Pn. Jumatiah Binti
Mengumpul maklumat tentang Djumarang
tajuk “Melawan Kebakaran”.
Menyemak jawapan kuiz ahli.
Memilih pemenang tempat
pertama, kedua dan ketiga

2. Pengurusan hadiah Mengongsikan pautan kuiz En. Malsone Bin Medil


kepada ahli-ahli kelab yang En. Mohd Nor Duaidi
berdaftar. Pn. Aisah Kahar
Mengurus hadiah ahli yang
mendapat tempat pertama,
kedua dan ketiga.

3
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

No Perkara Catatan Kuantiti Jumlah


1. Hadiah tempat Pertama Hamper bernilai 1 RM50
RM50
2. Hadiah tempat Kedua Hamper bernilai 1 RM40
RM40
3. Hadiah tempat Ketiga Hamper bernilai 1 RM30
RM30
Jumlah RM120

11.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penyebaran maklumat dan penyertaan murid-murid dalam kuiz


melawan kebakaran ini diharapkan dapat memupuk sikap berhati-hati dan sentiasa bersedia
untuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan ketika berada dalam situasi kebakaran
yang ringan.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

_____________ ______________________ ____________________


(MALSONE BIN MEDIL) (RENTO DINSIM) (ARMIZURANI MAHMOD)
Ketua Guru Penasihat, Penyelaras Unit Beruniform, Penolong Kanan Kokurikulum,
Kadet Pertahanan Awam, SMK Bukit Garam. SMK Bukit Garam.
SMK Bukit Garam.

You might also like