You are on page 1of 17

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2021
TUGASAN 3 (LAPORAN SIMULASI PENGAJARAN MIKRO)
PRKA3012

NAMA : NOR AIDA BINTI MAHAT


: NURHUSNINA BINTI ABUDHAR @ ABUDZAR
: NURUL ZULAIKHA BINTI MOHD ZORKNAIN
NO. KAD PENGENALAN : 020602-01-0942
: 010924020378
: 021026020118
ANGKA GILIRAN : 2021302340283
: 2021302340289
: 2021302340291
TAHUN AMBILAN : JUN 2021
KUMPULAN/UNIT : RBT 4
KOD KURSUS : PRKA30
NAMA KURSUS : PERANCANGAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
NAMA PENSYARAH : PN NIK ZAIDAWATI BINTI NIK MAJID
: EN. NAJIB BIN RASHID
TARIKH HANTAR : 3 MAC 2023
TAHUN : 2023
SAYA NOR AIDA BINTI MAHAT DENGAN INI MENGAKU BAHAWA SAYA TELAH
MENERIMA MAKLUM BALAS TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN SAYA
DARIPADA PENSYARAH.

TANDATANGAN PELAJAR TARIKH: 3 Mac 2023


AIDA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TUANKU BAINUN
BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN

Nama : Nor Aida Binti Mahat, NurHusnina Binti Angka Giliran Pelajar : 2021302340283,
Abudhar @ Abudzar, Nurul Zulaikha Binti 2021302340289, 2021302340291
Mohd Zorknain

Tajuk Tugasan : Laporan simulasi pengajaran mikro


Nama Pensyarah : Pn Nik Zaidawati Binti Nik Nama Kursus: Perancangan Pengajaran dan
Majid, En. Najib Bin Rashid Pembelajaran

Tarikh Terima : Tarikh Hantar : 3 Mac 2023


Pengakuan Pelajar:
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap
satunya saya jelaskan sumbernya.

TANDATANGAN : TARIKH : 3 Mac 2023

AIDA
( )

PERINCIAN MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah.


Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan
fahami. Catatan ( jika ada )

Tandatangan Pelajar : Tarikh :


ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka Surat

1.0 Pengenalan 1

2.0 Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian 2-7

3.0 Kelebihan 8-9

3.1 Kemahiran Set Induksi

3.2 Kemahiran Penerangan/ilustrasi/contoh

3.3 Kemahiran Penutup

4.0 Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan 10-11

4.1 Kemahiran Set Induksi

4.2 Kemahiran Penerangan/ilustrasi/contoh

4.3 Kemahiran Penutup

5.0 Rumusan 12

6.0 Rujukan 13
1.0 Pengenalan

Menurut Kamilia Sindiong (2012), pengajaran mikro ialah suatu teknik simulasi yang
bertujuan untuk memberikan guru-guru pelatih pengalaman mengajar serta menguasai
kemahiran-kemahiran mengajar dalam satu situasi yang hampir sama dengan aktiviti
pengajaran di bilik darjah. Pengajaran mikro terdiri daripada beberapa kemahiran.
Antaranya ialah kemahiran set induksi, kemahiran penggunaan papan tulis, kemahiran
variasi rangsangan, kemahiran penyoalan, kemahiran peneguhan/pengukuhan, kemahiran
penerangan/ilustrasi/contoh, kemahiran penggunaan bahan sumber dan kemahiran
penutup. Dalam tugasan 3 laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran mikro kursus,
kemahiran yang digunakan adalah kemahiran set induksi, kemahiran
penerangan/ilustrasi/contoh dan kemahiran penutup.

1
2.0 Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian

A. BUTIRAN PdP

Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi

Tarikh 16 April 2023

Masa 9.00-10.00 a.m. (60 minit)

Kelas 4 Cendana

Bilangan Murid __ / 25 Orang

Tema M/P Amalan Keselamatan

Tajuk Unit 1: Keselamatan Bengkel

1. Boleh berperanan dalam organisasi

Kemahiran/Fokus 2. Menjalankan langkah keselamatan semasa


menjalankan aktiviti

Murid pernah merawat luka kecil di rumah dan melihat


Kemahiran Sedia Ada
rawatan apabila terkena renjatan elektrik di televisyen

Standard Kandungan 1.1 Amalan Keselamatan

1.1.3 Mengaplikasikan langkah langkah yang perlu diambil


Standard Pembelajaran
sekiranya berlaku kemalangan di bengkel.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1) Melakukan 3 langkah rawatan luka melecur apabila


Objektif Pembelajaran berlaku kecederaan dengan betul dan tepat.

2) Mengaplikasikan langkah-langkah rawatan terkena


renjatan elektrik dengan betul dan tepat.

Kriteria Kejayaan 1) Murid dapat menyenaraikan 3 langkah merawat luka


melecur dengan penggunaan peta I-Think (peta alir)
dengan tepat

2) Murid dapat melakukan rawatan terkena renjatan

2
elektrik dengan betul dan tepat

1. Soal Jawab (Formatif)

Pentaksiran 2. Aktiviti Berkumpulan (Formatif)

3. Tugasan Kuiz Worksheets (Sumatif)

1. Menyoal dan menyelesaikan masalah


Tabiat Berfikir (HOM/KBAT)
2. Mengumpul data melalui semua deria

Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bahasa, Nilai Murni,


Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kemahiran Berfikir

Berani, Kejujuran, Kerjasama, Tekun, Mendengar Arahan,


Penerapan Nilai
Bertanggungjawab

Video, Projektor LCD, Peti Pertolongan Cemas, Buku


Bahan Bantu Mengajar Teks, Bahan Penebat (Tali Pinggang), Kotak Beracun,
Pembesar Suara

Seni dalam Pendidikan Muzik, Gambar Pegun, Visual, Pergerakan lokomotor

B. BUTIRAN GURU

Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Kerja Berpasukan, Kemahiran


Kemahiran Insaniah (KI): Kepimpinan, Kemahiran Menyelesaikan Masalah, dan Kemahiran
Sosial

Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Komunikasi dan


Pedagogi Masa Kini(PMK): Kolaborasi, Penyelesaian Masalah, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
Simulasi, Peta I-Think

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

3
/ Masa
(Minit)

BBM: Video,

1. Murid melihat tayangan video tentang


tragedi kebakaran Projektor LCD,
https://youtu.be/OTYrdRtrw8U
2. Guru dan murid bersoal jawab tentang
Pengenalan: tayangan video tersebut
Murid diberi Pembesar Suara
pendedahan
Set
Induksi awal
mengenai
topik
(5 minit) 3. Guru membawa peti pertolongan
pembelajaran
cemas dan menguji pengetahuan murid KI:Kemahiran
mengenainya Komunikasi
4. Guru mengaitkan video dan peti
PMK: Literasi TMK
pertolongan cemas dengan tajuk
pelajaran pada hari ini. EMK:Teknologi
Maklumat dan
Komunikasi

TMK: Tayangan video

Nilai: Berani, Kejujuran

1. Guru bersoal jawab secara rawak


dengan murid-murid tentang kepentingan
BBM: Buku Teks,
Penerangan menjaga keselamatan di bengkel
mengenai
Langkah langkah- 2. Guru menerangkan langkah-langkah
1 langkah merawat luka melecur
merawat luka
(25 minit)
melecur 3. Guru menayangkan tayangan video
langkah merawat luka melecur
Video,
https://youtu.be/Dw8UpodPMfs

4. Guru mendemonstrasikan cara

4
merawat luka melecur Peti Pertolongan Cemas,

5. Murid secara individu diminta membuat


nota peta I-Think (peta alir) mengenai 3
langkah-langkah merawat luka melecur

KI: Kemahiran
Komunikasi, Kemahiran
Sosial,

PMK: Komunikasi dan


Kolaborasi, Penyelesaian
Masalah, Simulasi

EMK: Bahasa, Nilai


Murni

TMK: Tayangan Video


(Musik)

Nilai: Berani, Kerjasama

Langkah Penerangan 1. Guru menerangkan langkah-langkah BBM: Bahan penebat


2 mengenai rawatan terkena renjatan elektrik (Tali pinggang)
langkah-
(25 minit)
langkah 2. Pelajar diminta membentuk 5
rawatan
terkena kumpulan kecil yang mengandungi 5
renjatan orang setiap ahli
elektrik
3. Sambil diiringi muzik, pelajar diminta
mengagihkan kotak beracun ke kumpulan Kotak Beracun,
lain sehingga lagu terhenti dan kumpulan
yang terpilih itu hendaklah menghantar 2
orang wakil untuk membuat simulasi di
hadapan kelas mengenai rawatan
terkena renjatan elektrik Buku Teks,

5
Pembesar Suara,

Papan Pemadan,

4. Kumpulan yang berjaya akan diberi


penghargaan (hadiah)

KI: Kemahiran
Menyelesaikan Masalah,
Kemahiran Komunikasi,
Kemahiran Kerja
Berpasukan

PMK: Penyelesaian
Masalah, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi

EMK: Kemahiran Berfikir,


Nilai Murni

Nilai: Tekun, Mendengar


Arahan, Kerjasama

Penutup Rumusan isi 1. Guru merumuskan isi pelajaran pada


pelajaran hari ini
(5 minit) KI: Kemahiran
2. Murid disoal secara rawak tentang 3 Komunikasi

6
langkah merawat luka melecur dan
kepentingan menjaga keselamatan di
bengkel
3. Murid diberi tugasan menjawab kuiz di
rumah (link di hantar ke emel PMK: Literasi Teknologi
pembelajaran para pelajar) Maklumat dan
https://www.liveworksheets.com/c?a=s&g Komunikasi
=4%20Cendana&s=Reka%20Bentuk%20
EMK:Bahasa, Teknologi
dan%20Teknologi&t=kxckflmvax4&sr=n& Maklumat dan
ms=uz&l=op&i=ufxndft&r=et&db=0&f=dzd Komunikasi
tzduo&cd=pcmkceavydm9ljhxemlnezrz2n
TMK: Kuiz Atas Talian
gnzgnxjxg
Nilai:Bertanggungjawab

4. Murid diberi pujian dan nasihat oleh


guru

7
3.0 Kelebihan

3.1 Kemahiran Set Induksi

Set induksi merujuk kepada pemanasan minda bagi para guru dan murid sebelum
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sherly Sandy, 2021). Kandungan
set induksi yang yang dibuat oleh guru hendaklah mengambil kira akan pengetahuan sedia
ada pelajar. Sebagai contoh, set induksi mestilah merujuk kepada peristiwa-peristiwa
semasa dan hal yang berada di sekeliling pelajar. Kekuatan set induksi yang diperoleh
daripada video pengajaran ialah naluri ingin tahu pelajar dapat diwujudkan. Guru telah
menunjukkan video kebakaran bengkel dan bertanyakan akan kemungkinan yang berlaku
kepada mangsa kebakaran dan murid juga turut memberikan pandangan. Guru juga telah
membawa peti pertolongan cemas dan secara tidak langsung dapat meningkatkan naluri
ingin tahu pelajar terhadap apa yang bakal dipelajari. Selain itu, kelebihan penggunaan
video pada set induksi adalah video mampu mempersembahkan sesuatu imej dalam
keadaan realistik atau menyerupai keadaan sebenar yang dapat meningkatkan lagi
keberkesanan PdP. Selain itu, guru juga mempunyai ketegasan dan kelantangan suara
dalam menyampaikan isi pelajaran. Apabila guru menggunakan suara yang lantang dalam
proses PdP maka ianya dapat memudahkan pelajar untuk memahami isi pelajaran yang
disampaikan.

3.2 Kemahiran Penerangan/ilustrasi/contoh

Kemahiran penerangan digunakan bagi menyampaikan maklumat, konsep atau isi


kandungan pelajaran. Guru memberi huraian tentang sesuatu isi pelajaran dengan
menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pembelajaran. Kelebihan yang dapat
dikenalpasti ialah penerangan yang diberikan juga adalah singkat dan padat dan dapat
mengelakkan pelajar cepat bosan apabila guru membuat penerangan berjela-jela. Guru turut
mengaplikasikan penggunaan TMK dalam sesi PdP iaitu guru menunjukkan video mengenai
langkah-langkah merawat luka melecur di Youtube bagi mengukuhkan lagi pemahaman dan
ingatan pelajar terhadap topik tersebut. Selain itu, guru juga dilihat memberikan penerangan
yang jelas iaitu guru menjelaskan sebab-sebab berlakunya luka melecur. Penggunaan buku
teks juga adalah merupakan satu kelebihan dalam PdP. Menurut Muslich (2010), buku teks
adalah satu buku yang dijadikan pegangan atau rujukan oleh para pelajar pada tahap
tertentu sebagai satu medium pembelajaran (intruksional) yang berkaitan dengan sesuatu
bidang pembelajaran tertentu. Buku teks juga dapat memberikan kemudahan pelajar dalam
menjadikannya rujukan apabila di luar sesi PdP. Maklumat-maklumat juga mudah dicari.

8
3.3 Kemahiran Penutup

Penutup adalah merupakan bahagian akhir dalam sesuatu pengajaran. Ianya dapat
membantu mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari iaitu seperti guru atau
murid membuat rumusan isi penting mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut.
Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif
adalah mengarah kepada pengukuhan yang telah dipelajari dan memfokuskan perhatian
murid kepada fakta-fakta penting yang telah dipelajari. Hal ini dapat dilihat pada kemahiran
penutup sesi PdP ialah guru menyoal beberapa soalan berkaitan topik yang telah dipelajari,
kemudian guru turut memberi rumusan kepada para pelajar agar dapat mengukuhkan lagi
ingatan dan kefahaman para pelajar. Bagi jenis penutup sosial pula ialah menekankan
kepada memberikan suatu perasaan pencapaian kepada pelajar supaya mereka ingin terus
belajar. Hal ini dapat dilihat di dalam sesi simulasi PdP yang telah dilakukan dimana guru
mewujudkan sentuhan perasaan pencapaian dikalangan murid-murid dengan penggunaan
teknik peneguhan dan guru juga dilihat memberikan pujian terhadap pelajar. Dengan itu,
murid tidak akan berputus asa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Seterusnya,
terdapat juga lembaran kerja secara atas talian yang perlu dibuat oleh murid-murid dengan
guru menghantarkan kuiz tersebut ke emel e-pembelajaran mereka. Dengan itu, ianya dapat
mengkuhkan lagi ingatan murid-murid mengenai topik yang dipelajari serta ianya
memudahkan guru untuk menguji tahap pencapaian murid dan menilai pencapaian objektif
serta aktiviti PdP.

9
4.0 Kelemahan dan Cadangan Penambahbaikan

4.1 Kemahiran Set Induksi

Dari perspektif kelemahan dalam mengaplikasi kemahiran set induksi berdasarkan


rakaman simulasi pengajaran ialah penggunaan video dari Youtube yang memerlukan
capaian internet apabila ingin mengaksesnya. Hal ini dilihat dengan jelas bukannya setiap
sekolah mempunyai capaian internet yang baik sekiranya guru memilih untuk menayang
video terus dari Youtube. Penggunaan video Sehubungan dengan itu, guru boleh memuat
turun video dari Youtube terlebih dahulu dan simpan kemudian menayangnya kepada murid
di dalam kelas. Jelaslah bahawa juga perlu membuat perancangan terlebih dahulu dan
persediaan awal melibatkan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi bagi
meningkatkan keberkesanan langkah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut.

4.2 Kemahiran Penerangan/ilustrasi/contoh

Selain daripada itu, kelemahan dari aspek kemahiran set penerangan berdasarkan
rakaman simulasi pengajaran ialah tayangan video langkah-langkah rawatan melecur yang
terus dari Youtube. Seorang guru perlu mempunyai daya kreativiti dan inovatif yang tinggi
seperti menghasilkan bahan bantu mengajar yang baharu dan atau lain daripada bahan
asal. Menurut mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (Berita Harian, 2019), guru
perlu berani membuat perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi
mengikut perkembangan teknologi semasa. Dengan itu, langkah yang perlu dilakukan untuk
penambahbaikan adalah guru boleh menghasilkan video simulasi sendiri untuk
menunjukkan langkah merawat luka melecur bagi memberi kefahaman yang lebih jelas
kepada murid.

4.3 Kemahiran Penutup


Pada akhir pembelajaran, guru memberikan kuiz kepada murid untuk melakukannya
di rumah. Terdapat murid mengatakan bahawa rumahnya tidak mempunyai capaian internet
yang baik untuk melihat link kuiz yang diberikan melalui emel. Selain itu, guru akan
mengalami masalah kerana apabila kuiz yang diberikan dan disuruh untuk selesaikan di
rumah, sudah semestinya ada sebahagian murid tidak mengambil kisah. Menurut Chan
Sook Yee & Zolkepeli Haron (2019) murid tidak mengagihkan masa yang sepatutnya
digunakan dalam rancangan menyiapkan kerja rumah kerana murid ingin menghabiskan
masa selepas masa persekolahan dengan aktiviti yang lain berbanding dengan kerja rumah.
Oleh hal demikian, guru boleh mengambil insiatif yang mudah dengan mengedarkan

10
lembaran kerja semasa PdP berlangsung untuk memastikan semua murid dapat
menyiapkan tugasan mereka.

11
5.0 Rumusan

Kesimpulannya, pengajaran mikro ini dikatakan dapat membina kemahiran baharu


dan mengukuhkan kemahiran sedia ada. Simulasi pengajaran mikro ini terdiri daripada
kemahiran set induksi, kemahiran memberi penerangan dan kemahiran penutup yang telah
dianalisis melalui video yang dirakam. Berdasarkan analisis yang diperincikan, simulasi
pengajaran mikro dilihat mempunyai kekuatan bagi setiap kemahiran yang perlu
diperkukuhkan dan kelemahan yang diperbaiki dengan cadangan penambahbaikan. Dengan
adanya pelaksanaan kemahiran-kemahiran tersebut dilihat sangat relevan dan signifikan
dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan dan efektif. Oleh itu, simulasi pengajaran
mikro yang secara menyeluruh dan penilaian kemahiran yang teliti wajar dilaksanakan bagi
meningkatkan keberkesanan langkah pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut.

12
6.0 Rujukan

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran


Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Rahim bin Mohd Sharif, Abdul Karim bin Daud. (2020). Reka Bentuk dan Teknologi
Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Berita Harian. (2019, May 13). Guru perlu bersedia tempuh cabaran revolusi industri. Berita
Harian. Retrieved March 1, 2023, from
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/563340/guru-perlu-bersedia-
tempuh-cabaran-revolusi-industri

Chan Sook Yee, & Zolkepeli Haron. (2019). Penggunaan Buku Peringatan dan Komunikasi
(BPK) untuk meningkatkan kadar penyiapan kerja rumah Bahasa Cina dan
penglibatan ibu bapa. Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Malaysia, 277.

Kamilia Sindiong. (2012). Hubungan antara pengajaran mikro dengan tahap keyakinan
mengajar dalam kalangan guru pelatih UTHM. In CORE. Fakulti Pendidikan Teknikal
Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved March 1, 2023, from
https://core.ac.uk/download/pdf/16218442.pdf

Muslich Mansur. (2010). Text Book Writing. Jogjakarta. Ar-Ruzz Media

13
Sumbangan ahli kumpulan.
Ahli Kumpulan Sumbangan
Nor Aida binti Mahat 1. Menganalisis video simulasi dari aspek
kekuatan
2. Membuat simulasi pengajaran mikro bagi
kemahiran penerangan
3. Merancang Rancangan Pengajaran
Harian
NurHusnina Binti Abudhar @ Abudzar 1. Membuat simulasi pengajaran mikro bagi
kemahiran set induksi
2. Menganalisis video simulasi dari aspek
kelemahan
3. Membuat bahagian pengenalan
Nurul Zulaikha Binti Mohd Zorknain 1. Membuat simulasi pengajaran mikro bagi
kemahiran penutup
2. Menganalisis video simulasi dari aspek
cadangan penambahbaikan
3. Merumuskan dengan membuat
kesimpulan
4. Menyunting video simulasi pengajaran
mikro

14

You might also like