You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

BENGKEL AHLI PERTOLONGAN


CEMAS
KUMPULAN 09

TARIKH : 24 JUN 2023

TEMPAT : SK PEKAN TELIPOK, TUARAN

ANJURAN : PERSATUAN PENGAKAP, SK PEKAN TELIPOK


1.0 PENGENALAN

Pengakap Kanak-Kanak merupakan bahagian kedua di dalam pergerakan Pengakap Malaysia.


Bagi melayakkan diri menjadi seorang Pengakap Kanak-kanak, individu tersebut hendaklah
telah berumur 8 tahun hingga 12 tahun sahaja. Mereka tidak boleh terus kekal menjadi
Pengakap Kanak-kanak apabila telah berumur 13 tahun dan bersekolah di Sekolah Menengah
Rendah. Setiap bahagian dalam pergerakan Pengakap Malaysia mempunyai Skim Latihan
yang telah disediakan dan digubal mengikut keperluan. Skim ini diadakan untuk membolehkan
ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap.
Sekiranya mereka berjaya melaksanakan dan menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti
kemahiran berpengakap, mereka akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu. Lencana
wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian.

Setelah memperolehi Lencana Keahlian, mereka akan meneruskan latihan sehingga berjaya
memperolehi lencana-lencana tertentu. Salah satu lencana yang perlu diperolehi ialah Lencana
Ahli Pertolongan Cemas di bawah Lencana Kepandaian - Kategori Perkhidmatan. Lencana ini
akan diberikan kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan
kesungguhan memberikan perkhidmatan pertolongan cemas seperti memberhentikan
pendarahan, membalut luka, menjaga peti pertolongan cemas dan membuat anduh. Ilmu
pertolongan cemas perlu dipelajari oleh semua lapisan masyarakat tanpa had umur. Hal ini
kerana sesuatu kemalangan dan kecederaan boleh berlaku tanpa mengira masa, tempat, dan
keadaan.

Dengan berbekalkan ilmu yang dapat dipelajari melalui skim latihan yang disediakan,
seseorang Ahli Pengakap Kanak-Kanak mampu untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan
atau melegakan kesakitan dan mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk. Oleh
itu, latihan ini wajar dipraktikkan oleh semua Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai langkah
membentuk modal insan yang terbaik.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk mendedahkan murid terhadap asas
bantuan pertolongan cemas, di samping untuk melengkapkan skim lencana bahagian
perkhidmatan untuk murid-murid Pengakap. Bengkel ini juga dapat mendedahkan murid untuk
menangani situasi kecemasan dan kecederaan ringan yang kemungkinan akan dihadapi oleh
murid-murid di masa akan datang.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan murid dengan skim lencana bahagian perkhidmatan ahli Pengakap
SK Pekan Telipok.
3.2 Mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan murid terhadap asas pertolongan
cemas yang berguna di masa hadapan.
3.3 Melahirkan murid yang berkemampuan menghadapi saat-saat kecemasan yang
berlaku samada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.
3.4 Memberi peluang kepada murid-murid untuk mengikuti aktiviti Pengakap untuk
melengkapkan lencana sedia ada, sekaligus menyumbang markah dalam kegiatan
kokurikulum

4.0 KUMPULAN SASARAN


30 orang ahli PKK, 10 orang murid dari setiap UB yang lain.

5.0 Maklumat Program


5.1 Tempoh Pelaksanaan : 24 Jun 2023, Sabtu (1 hari)
5.2 Tempat Pelaksanaan : SK Pekan Telipok, Tuaran.
5.3 Masa : 7.30 pagi – 4.30 petang

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Lampiran I

7.0 TENTATIF BENGKEL


Lampiran II

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Lampiran III
9.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar bengkel asas pertolongan cemas ini dapat dijalankan dengan
lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru
dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan hasrat murni ini.

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH, DISAHKAN OLEH,

................................. ........................................ .......................................


(ANIDAH BINTI KAMSIN) (HISHAM BIN AHMAD) (RIPAH BINTI MAJI)
PEMIMPIN, PEN KANAN KOKURIKULUM , GURU BESAR,
PERSATUAN PENGAKAP, SK PEKAN TELIPOK, SK PEKAN TELIPOK.
SK PEKAN TELIPOK, TUARAN TUARAN
TUARAN.
Lampiran I

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Ripah Binti Maji


Guru Besar, SK Pekan Telipok.

Timbalan Pengerusi 1 : En Hisham Bin Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Pekan, Telipok.
Timbalan Pengerusi 2 : Pn Latifah Omar,
Pen Kanan Pentadbiran.
Timbalan Pengerusi 3 : Pn Azizah Miasin.
Pen Kanan HEM
Timbalan Pengerusi 4 : En Bhaif Bin Baar
Penyelia Petang.

Penasihat : En Edmund Thomas


PT Pengakap, Daerah Tuaran.
Penyelaras : Pn Anidah Binti Kamsin,
Pemimpin Kumpulan 09,
SK Pekan Telipok, Tuaran.
Setiusaha : Pn Siti Masrina Nian
Bendahari : Pn Nur Amalina Binti Mali

JK KERJA

Jawatankuasa Guru Terlibat Bidang Tugas


JK Pendaftaran Peserta 1) Siti Marsita Kelana  Mendaftarkan peserta
2) Bandung @Lihya dalam borang yang
disediakan.
JK Pengurusan Patrol Ahli Kelana  Menguruskan dan
En Franco Morrow menyusun murid mengikut
En Fitri Wahyudi kumpulan
Dokumentasi Pn Siti Masrina Nian  Membuat pelaporan
program
Pn Rohazirah Roslan  Mengumpul gambar aktiviti.
JK Peralatan En Ridzhan Tompipi  Menguruskan dan
En Marcel Ebin Siong mengaturkan sebarang
En Redzuan Bin Awang peralatan yang diperlukan
En Jamluddin Mohsin sepanjang program.
En Zaiman Syah Bin Othman

PA System En Fandi Ajim  Memastikan kegunaan PA


En Fahmi Brahim system berjalan dengan
lancar.
JK Makanan Pn Fatimah Abd Muis  Menyediakan makanan
Pn Norseelawati Binti Suhai untuk peserta dan para
Pn Emilda E Sungkit jurulatih
Pn Suryani  Mengagihkan makanan
kepada para peserta
mengikut jumlah yang telah
dipersetujui.
JK Sijil & Cenderahati Pn Janet Jaibet  Menyediakan sijil
Pn Siti Masrina Nian penghargaan dan
Pn Anidah Binti Kamsin cenderahati kepada
jurulatih dan kelana yang
terlibat.
 Menyediakan sijil
penyertaan kepada murid
yang terlibat.
JK Penutupan Program Pn Heldah Pilang  Menguruskan perjalanan
Dibantu oleh ahli kelana majlis penutupan.
Lampiran II
TENTATIF PROGRAM

BENGKEL ASAS PERTOLONGAN CEMAS (BAHAGIAN PERKHIDMATAN)

KUMPULAN 09, SK PEKAN TELIPOK

24 JUN 2023

Bil Masa Acara / Perkara


1 7.30-8.00 pagi Pendaftaran kehadiran kanak kanak.
2 8.00-8.30 pagi Taklimat Bengkel dan pembahagian petrol.
3 8.30-9.30 pagi Pengenalan Pertolongan Cemas dan Peti Pertolongan Cemas.
- Mengenal Tahap Kecemasan
- Kaedah tindakan Kecemasan
- Mengenal 5 vital sign manusia.
4 9.15- 9.45 pagi Kaedah memanggil bantuan kecemasan, Ambulance ( 999 MERS –Malaysian Emergency
Response Services)
9.45-10.00 pagi Take Five/ Rehat
5
6 10.00-10.30 pagi Kepatahan dan rawatan.
Kepatahan terbuka dan tertutup.
7 10.30- 11.00 pagi Pendarahan dan Luka
- Pendarahan hidung
- Rawatan Luka terbuka dan Luka tertutup
8 11.00-11.30 pagi Gigitan/ sengatan serangga & Sengatan Obor2 di laut.
- Rawatan sementara.
9 11.30- 12.30 Mengenal Basik CPR ( Pemulihan Jantung dan Pernafasan)
- Baringan mangsa pengsan ( Baringan pemulihan)
12.30-1.00pm Ujian bertulis Pengenalan Pertolongan Cemas, menggunakan google form ( 20 solaan
10 objective)

1.00-2.00 pm Rehat/ Lunch / Solat


11
2.00-2.15 pm Persedian petrol- petrol untuk menjalani pratikal Pertolongan Cemas. ( 6 sekawan untuk 5
12 petrol)
- Setiap satu petrol membawa Peti Pertolongan Cemas, jika ada.
2.15-4.30pm Station Satu – Mengenal Peti Pertolongan Cemas dan Kandungan isi Pertolongan Cemas
( 30 minit setiap station)
13
( 30 minit setiap station) Station Dua- Kaedah memanggil bantuan Kecemasan MERS 999 atau Hospital berhampiran
dan Pemimpin.
- Menggunakan handfon kpd MERS atau Hospital / walkie talkie kpd pemimpin.
( 30 minit setiap station)
Station Tiga- Merawat Luka terbuka dan balutan.
- Luka di tapak tangan dan di dahi/kepala)

( 30 minit setiap station) Station Empat- Merawat kepatahan tertutup di lengan / kaki ( Arm sling / andu lengan, kaki
betis)

( 30 minit setiap station) Station Lima- Mengendali mangsa pengsan.


- Dua kaedah baringan Pemulihan
- Demonstrasi CPR
14 4.30-5.00 Pm Taklimat Penutupan dan keputusan Ujian Teori.

Lampiran III

ANGGARAN PERBELANJAAN

1 Sumber

1. Kokum RM 2100.00

JUMLAH PENDAPATAN ( A ) RM 2100.00

2 Perbelanjaan

- Makanan
Peserta (RM10 x 70) RM 700
Jurulatih & Kelana (RM15 x 16) RM 240

- Sijil Penyertaan Peserta (RM5 x 70) RM 350


- Sijil dan Cenderahati Jurulatih (RM100 x 3) RM 300
- Sijil Penghargaan Kelana (RM5 x 13) RM 65

- Peralatan
Peti Pertolongan Cemas (RM 30 x 2 ) RM 60
Kain Anduh (RM 3 x 10 ) RM 30
Crepe Bandage (RM 2 x 10) RM 20
Stretcher (RM 170 x 1) RM170
Kertas A4 (Rm 15 x 1 rim) RM15
Lencana Ahli Pertolongan Cemas(RM5 x 30 keping) RM 150

JUMLAH PERBELANJAAN ( B ) RM 2100.00

You might also like