You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT MAJLIS GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH RANAU

BIL 1/2014

Tarikh : 20 Januari 2014


Masa : 8:32 Pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama Aras 1, Bangunan Kompleks Persekutuan Daerah Ranau

*Minit ini dicatit selepas pembentukan AJK MGPK 2014/2016


AGENDA 2.0 PEMBENTUKAN AJK MGPK SESI 2014/2016
Selepas perbincangan dan persetujuan semua ahli mesyuarat, keputusan berikut telah dicapai:
Pengerusi : Cik Maryani Binti Kasirun
Tim. Pengerusi : En. Rosipin Bin Latiman
Setiausaha : Pn. Teffeny Tommy Suili
Tim. Setiausaha : Pn. Susanna Imelda Sausun
Bendahari : En. Jamiun@Waimin
Senarai Biro
Pengerusi Zon Kinabalu: En. Andy Kimin
Pengerusi Zon Timur : En. Vencis Lee Su Kong
Pengerusi Zon Ulu Sugut : En. Alick
Pengerusi Zon Selatan: Pn. Siti Milia Giak
Pengerusi Zon Pekan : Pn. Hazliah Rosetifa Yuni
Pengerusi Zon Garas : Pn. Nora
Pengerusi Zon Utara : Cik Suhana
Pengerusi Zon Tengah: Pn.Ismahwati Nasirin
Biro Kursus : En. Yuliamin Sahirursah
Biro ICT dan Data : Pn. Teffeny Tommy Suili
Biro Kebajikan : Pn. Norafidah
Biro Lawatan : En. Ajiron
Biro Disiplin : Ustaz Juhiddin
Biro Jaminan dan Kualiti: Pn. Siti Aisyah JB
Tindakan: Semua ahli mesyuarat

AGENDA 3.0 TAKWIM MGPK DAERAH RANAU

1
Takwim terbaharu MGPK akan diedarkan pada 27 Januari 2014
Tindakan: Cik Enarty Mill
AGENDA 4.0 LAPORAN KEWANGAN
Laporan kewangan ada dilampirkan. Selain daripada itu sila sediakan laporan kewangan Kejayaanku
Kecermelanganmu
Yuran Negeri : Rm10.00/setahun
Yuran Daerah: RM10.00/setahun
Tindakan: Cik Veronica Tanggarap

AGENDA 5.0 OUTREACH 2014


Senarai sekolah yang terlibat ada di tempat Cik Enarty. Berikut merupakan persetujuan semua ahli
mesyuarat untuk Pembentukan AJK Outreach 2014:

Pengerusi: En. Anthonie James


Tim. Pengerusi: ____________
Setiausaha: Pn. ____________
Tim. Setiausaha: En. Jaudi Lawrence Giak
Bendahari: En. Vencis Lee Su Kong

Mana-mana sekolah yang mempunyai calon murid (yang tidak tersenarai) boleh menyertai program ini.
Semua sekolah terlibat diminta untuk menjalankan instrumen Ujian Spesifikasi Dislexia dan Masalah
Pembelajaran sebelum Program Outreach dijalankan. Instrumen tersebut akan dihantar kepada
Pegawai Kesihatan untuk pengesahan.
Tindakan: Makluman semua ahli yang terlibat
AGENDA 6.0 LAPORAN SETIAUSAHA
Laporan disediakan/ambil oleh Cik Maryani Kasirun
Tindakan: Cik Teffeny Tommy Suili

AGENDA 7.0 PROGRAM KASIH DISEMAI BUDI DITABUR (KDBT)


Program KSBT pada kali ini akan memfokuskan kemenjadian Pembejaran dan Pengajaran (PdP).
Sekolah-sekolah yang terlibat utnutk program ini adalah sekolah yang masih mempunyai murid LINUS
tegar (tidak menguasai) dan yang terlibat Program Outreach. Guru-guru dari Sekolah yang sudah sifar

2
LINUS tegar akan membantu sekolah-sekolah tersebut. Surat pelepasan rasmi akan dikeluarkan dari
PPD.
Tindakan: Cik Enarty Mill

AGENDA 8.0 KEM MOTIVASI KEJAYAANKU KECERMELANGANMU


Pembentukan AJK Kem Kejayaanku Kecermelanganmu mencapai keputusan berikut:
Pengarah : En. Yuliamin Sahirursah
Tim. Pengarah : En. Rosipin Latiman
Setiausaha : Pn. Martina Minning
T. Setiausaha : Pn. Nuraini
Bendahari : Cik Saulin Into
Tim. Bendahari : En. Waimin Majukin

AJK adalah seperti tahun 2013. (Sila lihat lampiran)


En. Rosipin mencadangkan agar kem motivasi ini juga dijalankan di peringkat Zon . Cadangan masa
adalah semasa Penggal 1 persekolahan. Dan seterusnya kem motivasi peringkat daerah pada penggal
kedua nanti dengan lebih berfokus kepada teknik mejawab soalan.
Tindakan: En. Yuliamin Sahirursah

8.1 Sumbangan sekolah untuk Kem Kejaayanku Kecermelangamu 2013


Masih terdapat sekolah yang tidak menyerahkan sumbangan sebanyak RM30. Guru terlibat masih perlu
menyerahkan sumbangan tersebut kepada Bendahari program secepat mungkin
Tindakan: Cik Saulin Into

AGENDA 9.0 HAL-HAL LAIN


9.1 Cik Saulin Into
Train of Trainer (T.O.T.) pemeriksa kertas UPSR BM dan MT
Cik Saulin Into mencadangkan agar bengkel untuk tujuan tersebut diadakan sebelum melaksanakan
Kem Motivasi Kejayaanku Kecermelanganmu. Ini bagi melancarkan sesi pemeriksaan kertas BM dan MT
(terutamanya Kertas II) berjalan dengan lebih lancar. Dicadangkan untuk menjemput guru pemeriksa
kertas soalan UPSR BM dan MT sebagai penceramah dan fasilitator.
Tindakan: Biro Kursus (En. Yuliamin Sahirursah)

3
9.2 Cik Enarty Mill
9.2.1 Bahan baharu berkaitan Guru Pemulihan Khas diedarkan dalam bentuk sofcopy. Semua guru
diminta untuk baca dan print out bahan yang berkaitan.
Tindakan: Makluman semua ahli mesyuarat
9.2.2 Kad OKU
Semua sekolah terlibat perlu menyerahkan salinan kad OKU kepada Cik Enarty secepat mungkin
Tindakan: Maklumat semua guru yang terlibat

9.2.3 SISOCO
Semua guru terlibat perlu membaca dan memahami prosedur pengeluaran duit bantuan untuk murid
OKU. Bahan tersebut boleh di dapati dalam laman web KPM.
Tindakan: Makluman semua guru yang terlibat

9.2.4 Keputusan UPSR 2013 Mantan Murid Pemulihan Khas


Guru-guru yang belum menghantar keputusan UPSR 2013 mantan murid pemulihan khas diminta
untuk berbuat demikian selewat-lewatnya 24 Januari 2014 (Jumaat). Sila masukkan ke dalam peti
surat /pigeon hole SK Badukan .
Tindakan: Makluman semua guru yang terlibat
9.2.5 Program Kasih disemai budi ditabur (KDBT)
Surat berkenaan akan diedarkan kepada sekolah-sekolah terlibat (sifar LINUS Tegar). Memaklumkan
bahawa Program KDBT dijadikan SKT Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Tindakan: Makluman Semua guru yang terlibat

9.3 En. Yuliamin Sahirursah


Memaklumkan tentang pencapaian Kumpulan Inovatif Kreatif Minda Ajaib (KIKMA) pada Konvensyen
KIK Kebangsaan di Putrajaya, November 2013, iaitu mendapat tempat Ketiga Kategori Teknikal. KIKMA
adalah 98% terdiri daripada Guru Pemulihan Khas. Menyeru kepada semua rakan guru pemulihan khas
yang mempunyai idea untuk penambahbaikan dalam apa juga bidang untuk mengembangkan potensi
tersebut terutamanya melalui KIK.
Tindakan: Makluman semua ahli mesyuarat

4
9.3.1 Tarikh cadangan Kem Kejayaanku Kecermelanganmu
Tarikh cadangan kem ialah pada 5-7 Mei 2014 bertempat di Bina Negara Kundasang
Tindakan: Makluman Semua guru yang terlibat

9.4 Cik Maryani Kasirun


Tarikh cadangan menjalankan T.O.T. belum ditentukan namun dicadangkan pada bulan Mac 2014,
seboleh-bolehnya sebelum cuti persekolahan Mac 2014.
Tindakan: Cik Maryani Kasirun

10.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:40 pagi. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tarikh yang
akan ditentukan kemudian.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….................... ……………………………....................
TEFFENY TOMMY SUILI MARYANI KASIRUN
Setiausaha MGPK Daerah Ranau Pengerusi MGPK Daerah Ranau
2014/2016 2014/2016

Pengesahan minit mesyuarat:


Nama pencadang: _____________________ Tandatangan: ___________________ Tarikh: _________
Nama penyokong: _____________________ Tandatangan: ___________________ Tarikh: _________
s.k
- fail

You might also like