You are on page 1of 9

KERTAS KERJA

PROGRAM DEMONSTRASI LATIHAN KEBAKARAN


BERSAMA JABATAN BOMBA
(Fire Drill)

TARIKH :
HARI :
MASA :

Disediakan Oleh :
EN.WAN ANUAR BIN WAN HUSSAIN
SK CHENDERAWASIH,
26700 MUADZAM SHAH,PAHANG D.M
1. Pendahuluan

Matlamat program ini iaitu;

a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi bahaya kebakaran.


b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan/kebakaran berlaku di
sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga
keselamatan dan pencegahan kebakaran.

2. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika
kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri dan
mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang
lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3. Tarikh :
4. Masa : 08.00 Pagi – 10.35Pagi
5. Tempat : Padang Sekolah & Dewan
6. Pengelolaan : Sekolah
7. Penglibatan :

Bil Peserta/Sumber Manusia Lelaki Perempuan Jumlah


1 Guru 7 7 14
2 Murid 51 56 107
3 Staf Sokongan 2 2
4 Pekerja Swasta 2 2
5 Pekerja Kantin 1 1
6 Pengawal Keselamatan 2 2
Jumlah 62 66 128

8. Pelan Kecemasan SK.


8.1 Seperti Lampiran 1
9. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran
9.1 Seperti Lampiran 2
10. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran
10.1 Seperti Lampiran 3

11.Kewangan

Bil Perkara Kos Catatan


1 Jamuan Ringan RM50.00
2 Peralatan
*Tong Dram RM35.00
*Minyak Diesel & Petrol/Minyak Tanah RM15.00

3 Cenderahati & Sijil Penghargaan (Berserta frame) RM20 x 5 orang


=RM 100
Jumlah RM 200.00
12. Jawatankuasa Unit Keselamatan Sekolah

Pengerusi :
Tim. Pengerusi :
Naibpengerusi 1 :
Naibpengerusi 2 :
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

AhliJawatankuasa :
1. Semua Guru Kelas
2. PekerjaSwasta

13. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

Pengerusi : (Guru Besar)


Tim. Pengerusi : (GPK HEM)
Naibpengerusi 1 : (GPK Kurikulum)
Naibpengerusi 2 : (GPK Kokurikulum)
Penyelaras :
Pen. Penyelaras :

Ahli Jawatankuasa
Loceng : Pn Siti Nursyaqiera binti Rosli
Kawalan murid (Padang) : Guru Kelas Kawalan murid
(Dewan) : En. Mohamad Wahiddin bin Kadir
Jururakam peristiwa : En. Mohamad Faris Edhwan bin Zakaria
Kebersihan : Cik Norliyana binti Basri
Guru peronda : Guru Bertugas Mingguan
Tugasan penyediaan kebakaran/api : Tukang Kebun & En Wan Anuar bin Wan Hussain

Penyediaan Alatan
(Pembesar Suara Healer) : En. Che Rosli bin Che Hassan
PA Sistem (Dewan) : En Amri bin Zakaria
Dokumentasi Program : En. Wan Anuar bin Wan Hussain
Sijil& Cenderamata : Pn. Nurul Izzati binti Ajid
Jamuan : Pn. Khairiah bt Abd Wahab

14. Penutup

Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan dalam merancang dan melaksanakan program.
Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah
bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh:

………………………
( )
Penyelaras Program
Sekolah Kebangsaan SKCH
Disahkan oleh:
………………………
(Pn.Intan Nurbaizurra binti Mohd
Rosmi)
GPK Hal Ehwal Murid,
Sekolah Kebangsaan SKCH

Dilluluskan / Tidak Diluluskan

……………………………
(En.Azmi bin Abd.Majid)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan SKCH
Lampiran 2

PERATURAN LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM

i. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan kebakaran
diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-talu.
ii. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti latihan ini dan
mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
iii. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci atau ditutup rapat sebelum
ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
iv. Padamkan lampu dan kipas
v. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting seperti wang, barang
kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.
vi. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan laluan yang dilampirkan.
vii. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi pantas.
viii. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang dipertanggungjawab membuat
demikian.
ix. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID

i. Masukkan kerusi di bawah meja


ii. Tidak dibenarkan membawa beg
iii. Matikan suis lampu dan kipas
iv. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan kepadang dengan senyap
dan pantas
v. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH

i. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke padang. Bawa
jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan bilik guru ditutup. Sekiranya masa
kritikal tidak perlu menutup pintu.
ii. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang seperti dalam pelan
laluan keluar.
iii. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP

i. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-murid


ii. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipasdan tanggalkan plug dari soket-soket
berkenaan.
iii. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan
keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
iv. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA PERPUSTAKAAN,MAKMAL
KOMPUTER DAN BILIK AKSES.

i. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke tempat asal.
ii. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug darisoket yang berkenaan
iii. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan berjalan keluar
secara senyap dan pantas.
iv. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu
berbuat demikian.

6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN

i. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.


ii. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT

i. Tutup semua tingkap


ii. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
iii. Matikan semua suis lampu, kipas dan komputer serta cabut plug dari soket.
iv. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di pejabat,bawa
bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
v. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.
vi. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA

i. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera.


ii. Ketua pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu bilik dengan
rapat.
iii. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan beberapa pekerja
diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN

i. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendak lah diberhentikan serta-merta.
ii. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang mengikut laluan
yang ditetapkan.
iii. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk dipadamkan. Cabut plug
daripada soket.
iv. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua tigkap dan kunci
dengan segera.

10.PERONDA

i. Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan kepada bomba jika
dikehendaki.
Lampiran 3

3. 1 Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

TARIKH :……………………..
MASA : 8.00-11.30 pagi

Masa Butir-butir Aktiviti

8.00 –9.00 Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.


pagi Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan dan menuju ke tempat
berkumpul seperti yang terdapat dalam plan kecemasan
Guru kelas memeriksa kehadiran murid.

9.00 –10.00 ‘ Post mortem’ oleh pengawai bomba.


pagi Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia

10.00-10.30 REHAT
pagi
10.35-11.30 Refleksi dan sesi soaljawab bersama pihak bomba
pagi Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran (JenteraBomba)
Ceramah ringkas latihan kebakaran dan keselamatan (Dewan)
Para murid bersurai.
Tetamu dijemput ke jamuan ringan.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN CHENDERAWASIH,
26700 MUADZAM SHAH,
PAHANG DARUL MAKMUR
No.Tel/Faks : 09-4372130
E-mel : CBA8041@moe.edu.my

Ruj kami :
Tarikh :

Ketua Balai,
Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia,
Jalan Masjid,
26700 Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.
(u/p..................................)

Tuan,

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA DENGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Berhubung dengan perkara di atas, pihak Sekolah Kebangsaan Chenderawasih akan


mengadakan program tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh :
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang & Dewan SK CHENDERAWASIH

2. Antara agenda program ialah seperti berikut:

i. Latihan kebakaran(Fire Drill)


ii. Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran
iii. Ceramah keselamatan dan kebakaran
iv. Pameran Kelengkapan Peralatan Memadam Kebakaran ( Jentera Bomba)

3.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bercadang untuk menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah mencegah kebakaran untuk pelajar-pelajar sekolah kami .

4.Bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh menghubungi En Wan Anuar Bin Wan Hussain
,No.Tel: 0199866684)

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
( Wan Anuar bin Wan Hussain)
Penyelaras Program,
PELAN LANTAI & LALUAN KECEMASAN
SEKOLAH KEB.CHENDERAWASIH

MAKMAL KOMPUTER

PRA SEKOLAH
m

BLOK B

SURAU

BLOK A
(Aras 1)
BLOK A
(Aras Bawah) BLOK C-Aras

BLOK C –Aras

Blok C-Aras

PADAN
G
KANTIN

MASUK

You might also like