You are on page 1of 7

SK HUA HIN ENGLISH

KERTAS KERJA PROGRAM


DEMONSTRASI LATIHAN KAWAD
KEBAKARAN BERSAMA BOMBA

Anjuran:
Unit Hal Ehwal Murid

Dengan Kerjasama:
Jabatan Bomba Sungai Merah
1. PENDAHULUAN
Program ini diadakan untuk mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi
bahaya kebakaran serta melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika kecemasan
atau kebakaran berlaku di sekolah. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjalin hubungan
yang erat bersama agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan
pencegahan kebakaran.

2. OBJEKTIF
a. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid kaedah menyelamatkan diri ketika
kebakaran atau kecemasan.
b. Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik dalam menyelamatkan diri
dan mencegah risiko kebakaran.
c. Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba dan agensi keselamatan yang
lain.
d. Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh disiplin.

3. TARIKH CADANGAN
Tarikh: 13 Disember 2023
Hari: Rabu
Jam: 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempoh: 2 jam 30 minit

4. TEMPAT
Tempat parkir sekolah

5. SASARAN
Semua warga SK Hua Hin English.
6. AHLI JAWATAN KUASA INDUK
Penasihat: Puan Chua Khai Gii (Guru Besar)
Pengerusi 1: Encik David anak Fabian Libau (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Pengerusi 2: Encik Zainol anak Emus (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pengerusi 3: Encik Frank Mason anak Edward (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras: Encik Larry anak Tandang (AJK 3K - Keselamatan)
Bendahari: Encik Lahan bin Suhaili (Pembantu Tadbir Sekolah)

7. AHLI JAWATAN KUASA KERJA


AJK Juruacara
Puan Sandra Ipui

AJK Kawalan Murid:


Semua guru kelas atau pembantu guru kelas

AJK Persediaan Tempat:


Puan Rowina Nicole anak Richard Anok

AJK Loceng:
Puan Ding Mee Ting

AJK Fotografi:
Ustazah Noor Aisyah binti Khalid
Puan Loh Ching Ching

AJK Peronda:
Cik Lu Pik Ping
Ustazah Nur Amanina Balqis binti Sobri
Puan Ting Tui King
AJK Buku Program:
Puan Kibtiyah binti Joho American

AJK Sijil:
Puan Muliati binti Majidi

AJK Cenderamata:
Puan Muzalfah binti Khalek

AJK PA Sistem:
Encik Sofian bin Mohamad

AJK Peralatan dan Bahan:


Encik Larry anak Tandang
Encik Dominic anak Johnny
Encik Timothy anak Tony Minggu

AJK Jamuan:
Encik David anak Fabian Libau
Puan Zaiton anak Demong
Puan Phelomena anak Ukit

8. AGIHAN TUGAS AJK


Jawatan Tugas
Penyelaras • Merancang dan menyediakan kertas kerja aktiviti.
• Menyediakan laporan aktiviti .
AJK Juruacara • Menyediakan teks pengacara majlis.
• Mengacarakan majlis.
AJK Kawalan Murid • Mencetak dan melekatkan pelan laluan kecemasan di
dalam kelas.
• Mencetak senarai nama murid kelas masing-masing.
• Mengambil kehadiran murid semasa kawad kebakaran.
• Memastikan murid senyap dan terkawal semasa ceramah.
AJK Persediaan tempat • Menyusun susunan kerusi dan meja.
AJK Loceng • Membunyikan loceng kecemasan.
AJK Fotografi • Mengambil gambar dan video semasa aktiviti berlangsung.
• Menghantar gambar dan video ke dalam kumpulan
telegram sekolah.
AJK Peronda • Meronda kawasan sekolah selepas murid berkumpul.
• Memastikan tiada murid yang tertinggal dalam kelas dan
bilik lain.
• Memastikan suis elektrik telah dipadamkan.
AJK Buku Program • Menyediakan buku program yang mengandungi atur cara
aktiviti.
• Mengedarkan buku program.
AJK Sijil • Menyediakan sijil penghargaan kepada Jabatan bomba.
AJK Cenderamata • Menyediakan cenderamata untuk Jabatan Bomba.
AJK PA Sistem • Menyediakan pembesar suara, mikrofon dan LCD
projektor.
AJK Peralatan • Menyediakan tong dram, minyak diesel, kayu api dan alat
pemadam kebakaran.
AJK Jamuan • Menyediakan jamuan untuk Jabatan Bomba.

9. ATURCARA PROGRAM
Masa Aktiviti
1000 Kawad kebakaran:
• Loceng kecemasan dibunyikan.
• Murid berkumpul di tapak parkir.
• Guru kelas atau pembantu mengambil kehadiran murid
• Guru kelas melapor jumlah murid kepada PKHEM.
• Guru peronda meronda ke setiap kelas.
1015 Ceramah bermula:
• Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dan Ibu Pertiwiku.
• Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar.
• Ceramah keselamatan dan kebakaran daripada Jabatan Bomba.
• Demonstrasi memadam kebakaran daripada Jabatan Bomba.
• Pameran kelengkapan memadam kebakaran daripada Jabatan Bomba.
• Penyampaian sijil dan cenderamata kepada Jabatan Bomba.
• Bergambar kenangan bersama Jabatan Bomba.
• Jamuan
1230 Bersurai

10. SENARAI PERALATAN


Bil Peralatan Kuantiti Tindakan
1. Meja 1 buah AJK Peralatan
2. Kerusi 10 buah AJK Peralatan
3. Tong Dram 1 buah AJK Peralatan
4. Pemadam kebakaran 2 unit AJK Peralatan
5. Kayu api 10 batang AJK Peralatan
6. Minyak diesel 5 liter AJK Peralatan
8. Minyak petrol 5 liter AJK Peralatan
9. Layar skrin LCD 1 buah AJK PA Sistem
10. LCD Projektor 1 buah AJK PA Sistem
11. Mikrofon 1 unit AJK PA Sistem
12. Pembesar suara 1 unit AJK PA Sistem
13. Sijil 1 helai AJK Sijil
14. Cenderamata 1 buah AJK Cenderamata
15. Makanan 15 hidangan AJK Makanan

11. SUMBER KEWANGAN


Bil Perkara Kos Jumlah
1. Jamuan RM5 x 15 orang RM75.00
2. Minyak Diesel RM2.15 x 5 liter RM10.75
3. Minyak Petrol RM2.05 x 5 liter RM10.25
4. Sijil 1 helai RM1.00
5. Cenderamata 1 buah RM50.00
JUMLAH BESAR RM147.00
***Tertakluk kepada perubahan harga barangan semasa.
12. PENUTUP
Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan dalam merancang dan melaksanakan
program. Demonstrasi Latihan Kebakaran bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya
diharapkan warga sekolah bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan: Disemak: Diluluskan:

________________________ ___________________________ _______________

(LARRY ANAK TANDANG) (DAVID ANAK FABIAN LIBAU) (CHUA KHAI GII)

Penyelaras Keselamatan, Penolong Kanan HEM, Guru Besar,

SK Hua Hin English. SK Hua Hin English. SK Hua Hin English.

Tarikh:__________________ Tarikh:_____________________ Tarikh:_____________

You might also like