You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

PANITIA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI BIL.1 SESI 2024/2025


SK HUA HIN ENGLISH

Tarikh: 5 Mac 2024


Hari : Selasa
Jam : 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN:
1. Cikgu Zainol anak Emus – PK Pentadbiran
2. Cikgu Larry anak Tandang – Ketua Panitia RBT
3. Cikgu Sofian bin Mohamad – Setiausaha Panitia RBT
4. Cikgu David anak Fabian Libau – Guru Mata Pelajaran RBT

TIDAK HADIR BERSEBAB:


1. Tiada

AGENDA:
1. Ucapan alu-aluan Ketua Panitia RBT.
2. Pengesahan minit mesyuarat lepas.
3. Perkara Berbangkit.
4. Laporan Ketua Panitia RBT.
5. Hal-hal lain.

1. Ucapan alu-aluan Ketua Panitia


1.1 Cikgu Larry mengalu-alukan kehadiran semua guru panitia RBT ke mesyuarat kali pertama
bagi sesi 2024.
1.2 Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara penting dalam panitia RBT yang
memerlukan persetujuan dan makluman daripada semua guru panitia RBT.
Tindakan: Makluman semua

2. Pengesahan minit mesyuarat lepas:


2.1 Dicadang: Cikgu Sofian bin Mohamad
2.2 Disokong: Cikgu David anak Fabian Libau

3. Perkara Berbangkit:
3.1 Tiada

4. Laporan Ketua Panitia RBT


4.1 Lantikan Ahli Jawatankuasa Panitia RBT Sesi 2024/2025
4.1.1 Cikgu Larry memaklumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Panitia RBT sesi 2024/2025
adalah seperti dibawah ini:
Ketua Panitia RBT: Cikgu Larry anak Tandang
Setiausaha: Cikgu Sofian bin Mohamad
Guru MP RBT 4A: Cikgu Sofian bin Mohamad
Guru MP RBT 4B: Cikgu Larry anak Tandang
Guru MP RBT 5A: Cikgu David anak Fabian Libau
Guru MP RBT 5B: Cikgu Larry anak Tandang
Guru MP RBT 6A: Cikgu Sofian bin Mohamad
Guru MP RBT 6B: Cikgu Larry anak Tandang
Tindakan: Makluman semua

4.2 Perancangan Tahunan Panitia RBT


4.2.1 Cikgu Larry memaklumkan perancangan tahunan Panitia RBT sesi 2024/2025 telah
dirangka dan dihantar kepada pentadbir untuk semakan.
4.2.2 Butiran perancangan adalah seperti dibawah:
BULAN AKTIVITI TINDAKAN
Mac 2024  Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 Semua guru RBT
 Penyelarasan Rancangan Pengajaran Tahun
dan Rancangan Pengajaran Harian.
 Memastikan semua murid mempunyai buku
teks dan buku kerja RBT.
 PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti
biasa.

April 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Mesyuarat Panitia RBT Bil.1
 PLC RBT Fasa 1

Mei 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Pencerapan guru
 Penyemakan Buku Latihan Murid

CUTI PENGGAL 1 SESI 2024/2025 (25 MEI – 2 JUN 2024)

Jun 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Mesyuarat Panitia RBT Bil.2

Julai 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Projek RBT mengikut kelas.
 Menggubal Kertas Ujian Pertengahan
Akademik.

Ogos 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Ujian Pertengahan Sesi Akademik.
 Pengisian Pelaporan PBD

September 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Pendekatan Bertema

CUTI PENGGAL 2 SESI 2024/2025 (14 SEPTEMBER – 22 SEPTEMBER 2024)

Oktober 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 PLC RBT Fasa 2
 Penyemakan Buku Latihan Murid.

November 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Membuat Pesanan Panitia RBT

Disember 2024  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Menggubal Kertas Ujian Akhir Sesi
Akademik

CUTI PENGGAL 3 SESI 2024/2025 (21 DISEMBER – 29 DISEMBER 2024)

Januari 2025  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Mesyuarat Panitia RBT Bil.3
 Ujian Akhir Sesi Akademik
 Pengisian Pelaporan PBD secara atas talian.

Februari 2025  PDP dan Pentaksiran RBT berjalan seperti Semua guru RBT
biasa.
 Analisis Pelaporan PBD Panitia RBT.

CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 (18 JANUARI 2025 – 16 FEBRUARI 2025)

Tindakan: Makluman semua


4.3 Pelarasan Rancangan Pengajaran Harian RBT
4.3.1 Cikgu Larry memaklumkan penyediaan RPH untuk RBT masih bertaip dan perlu dicetak
untuk semakan pihak pentadbir.
4.3.2 RPH itu perlu disimpan di dalam fail untuk dihantar kepada pihak pentadbir setiap hari
Jumaat pada setiap minggu.
4.3.3 RPT juga perlu dicetak dan disimpan di dalam fail RPH untuk rujukan guru bagi
penyediaan RPH.
Tindakan: Makluman semua

4.4 Perlaksanaan Unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)


4.4.1 Cikgu Larry memaklumkan unsur KBAT perlu di dalam RPH RBT.
4.4.2 Penerapan unsur KBAT di dalam kelas wajib dilaksanakan semasa mengajar di dalam kelas
supaya dapat melahirkan murid yang berupaya berfikir secara kritis dan kreatif.
Tindakan: Makluman semua

4.5 Perlaksanaan Professional Learning Communities (PLC)


4.5.1 Cikgu Larry memaklumkan perlaksanaan PLC masih lagi diteruskan untuk sesi 2024/2025.
4.5.2 PLC untuk sesi 2024/2025 dilaksanakan 2 fasa. Fasa 1 (Mac-Ogos) dan Fasa 2 (September-
Februari).
4.5.3 Fasa 1: Cikgu Sofian
4.5.4 Fasa 2: Cikgu David
4.5.5 Guru MP RBT yang telah dipilih perlu cetak 1 laporan PLC yang telah dilaksana untuk
disimpan di dalam fail panitia.
Tindakan: Makluman semua

4.6 Perlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.6.1 Cikgu Larry memaklumkan perlaksanaan PBD masih lagi diterusakan untuk sesi
2024/2025.
4.6.2 PBD untuk sesi 2024/2025 dilaksanakan dalam 2 fasa. Fasa 1 (Mac-Ogos) dan Fasa 2
(September-Februari).
4.6.3 Sila cetak markah PBD murid selepas selesai disahkan oleh pentadbir untuk disimpan di
dalam fail PBD panitia RBT.
Tindakan: Makluman semua

4.7 Perlaksanaan Ujian RBT


4.7.1 Cikgu Larry memaklumkan pentaksiran ujian RBT dijalankan sekurang-kurangnya 2 kali
setahun.
4.7.2 Guru MP RBT boleh menggunakan item pentaksiran yang sedia ada di dalam buku aktiviti
RBT.
Tindakan: Makluman semua
5. Hal-hal Lain
5.1 Sudut RBT – Sila tampal dan kemaskini sudut mata pelajaran RBT di dalam kelas yang telah
disediakan oleh guru kelas.
5.2 Hasil projek – Sila pamerkan hasil projek yang telah siap di dalam kelas. Hasil projek sesi
2023/2024 boleh disimpan di dalam stor panitia.
Tindakan: Makluman semua

6. Penangguhan Mesyuarat:
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari
6.2 Dicadang: Cikgu David anak Fabian Libau
6.3 Disokong: Cikgu Sofian bin Mohamad

Disediakan: Disemak: Disahkan:

_______________________ ________________________ ________________________


(SOFIAN BIN MOHAMAD) (LARRY ANAK TANDANG) (CHUA KHAI GII)
Setiausaha, Ketua Panitia, Guru Besar,
Panitia RBT, Panitia RBT, SK Hua Hin English.
SK Hua Hin English. SK Hua Hin English. Tarikh:_________________
Tarikh:_________________ Tarikh:__________________

You might also like