You are on page 1of 5

LAPORAN LATIHAN KAWAD KESELAMATAN DAN KEBAKARAN SECARA DALAMAN

SK. ST. MARY KUALA LUMPUR 2017

A. Pendahuluan
Latihan kawad keselamatan dan kebakaran amat penting bagi memberikan
pengetahuan asas kepada warga sekolah tentang kawad keselamatan apabila berlaku
kebakaran di sekolah. Latihan kebakaran ini merupakan aktiviti ahli jawatankuasa
keselamatan pelajar sekolah yang dilaksanakan setiap tahun.

B. Objektif
Latihan kawad keselamatan kebakaran ini diadakan betujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada warga sekolah khususnya murid-murid untuk menghadapi
kemungkinan berlakunya kebakaran.

C. Pelaksanaan

Latihan kawad keselamatan kebakaran ini dilaksanakan seperti di bawah.

Tarikh :4.10.2017
Masa : 08.30 pagi
Hari : Rabu
Tempat : SK. ST. MARY, KUALA LUMPUR
Aktiviti : 1. Latihan kebakaran dIkendalikan oleh AJK keselamatan sekolah

Anjuran : Unit Jawatankuasa Keselamatan Sekolah, SK. ST. Mary, Kuala Lumpur.

D. Ahli Jawatan Kuasa Pelaksana

Penasihat : Miss Ngan Wai Fun


Pengerusi : Pn. Norlisa Bt Norsham
Penyelaras : En. Hasnan B Mohd Nor
AJK : En.Mohd Azran Bin Radhi
: Pn. Yuhana Bt Abdul Rahman
Laporan Latihan kebakaran

Tarikh : 4.10.2017
Masa : 08.30 pagi
Tempat : SK. ST. Mary, Kuala Lumpur

Pelaksanaan

1. Siren dibunyikan tepat pukul 08.20 pagi.


2. Guru-guru dan murid bergerak untuk mengosongkan bangunan seperti yang diarahkan oleh
guru mata pelaajaran masing-masing.
3. Cara-cara pengosongan bangunan diperhatikan oleh ketua AJK keselamatan sekolah.
4. AJK keselamatan sekolah membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada penghuni yang
berada di dalam bangunan.
5. Pengosongan bangunan mengambil kurang dari 7 minit dan ini menepati masa yang
sepatutnya.
6. Takimat ringkas diberikan oleh ketua AJK keselamatan sekolah.
7. Latihan kawad kebakaran akan dilaksanakan pada setiap tahun bagi memastikan pergerakan
dengan lebih lancar.

Masalah

1. Kebanyakan pintu-pintu kelas dan cermin tidak ditutup oleh murid semasa meninggalkan
kelas masing-masing

Cadangan

1. Latihan seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan pelajar sentiasa
bersedia apabila berlaku kebakaran.
2. Semua warga sekolah perlu mengikut prosuder yang betul dalam pengosongan bangunan
ketika latihan kecemasan seperti ini dilaksanakan.

3. Masih terdapat warga sekolah seperti khususnya murid-murid sambil lewa mengikuti latihan
kebakaran tersebut

Disediakan oleh,

_____________________
( Puaan Yuhana Bt Abdul Rahman )
Setiusaha,
Jawatankuasa keselamatan dan kebakaran,
Sekolah Kebangsaan St Mary, Kuala Lumpur
LAMPIRAN

Murid-murid dan kakitangan sekolah berkumpul di tempat yang telah ditetapkan


Murid-murid sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua AJK keselamatan sekolah

You might also like