You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR

72200 BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN


TEL: 06-4985407 FAX : 06-4982951
Blog sekolah : https://blogofficialsksi.wordpress.com

Laporan Pelaksanaan Latihan Kebakaran Kali Pertama


Peringkat Sekolah Tahun 2022/2023

1. Tarikh 1 September 2022

2.Masa 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

3.Tempat Padang SK Serting ilir

4.Dikendalikan oleh Unit HEM Sekolah


Kebakaran dan Keselamatan
5.Jumlah penyertaan Murid 249 murid

6.Jumlah penyertaan Guru 20 guru


dan Kakitangan 3 kakitangan sekolah

7.Senarai Aktiviti Utama • Murid mengetahui latihan yang perlu dilakukan jika berlaku
Kebakaran
• Murid mengetaui laluan yang selamat semasa Kebakaran.

8.Aktiviti sokongan Murid diterangkan mengenai Latihan Kebakaran seminggu sebelum,


murid tidak diberitahu masa dan hari berlakunya latihan untuk
memastikan murid sentiasa peka jika berlaku Kebakaran semasa di
sekolah.
9.Laporan Aktiviti Pada 1 Septembar 2022 yang lalu Sk Serritng Ilir telah menjalankan latihan
kebakaran siri pertama. Latihan bermula jam 11:30 pagi dan berakhir
sekitar jam 12:00 pagi. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang
disediakan pada setiap tahun sebagai persedian dan latihan sekiranya
terjadi insiden kebakaran sekolah. Pada tahun ini, pihak sekolah rendah
telah merancang untuk mengadakan dua siri latihan kebakaran. Semua
warga SK Serting Ilir terlibat dalam aktiviti ini. Tujuan utama program ini
dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara
bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih
murid-murid bersedia semasa berlaku kebakaran atau kecemasan di
sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke
tempat yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu padang sekolah. Guru
Penolong Kanan HEM telah meminta guru-guru mengawal murid-murid
ketika latihan kebakaran dijalankan. Unit Kebakaran dan Keselamatan
telah memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang
ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk
memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau di
dalam bangunan sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program
wajib sekolah pada setiap tahun bagi memastikan murid,guru dan
kakitangan SK Serting Ilir sentiasa dalam keadaan bersedia ketika
menghadapi bencana kebakaran. Selain daripada kebakaran, murid-murid
didedahkan dengan kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain
seperti banjir dan ribut. Murid,guru dan kakitangan berjaya berkumpul
dalam masa 8 minit 25 saat. Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah
kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran tersebut.

10.Cadangan Walau bagaimanapun ada beberapa perkara perlu diperbaiki, diantaranya


murid-murid di bilik khas tidak dapat mendengar bunyi loceng yang
dibunyikan. Masih terdapat segelintir murid yang belum jelas laluan
selamat semasa bencana Kebakaran berlaku. Pihak sekolah berharap
dapat mengatasi masalah ini sebelum latihan kali kedua dijalankan dan
akan memdedahkan bahayanya kebakaran jika berlaku.

Di sediakan oleh , Disemak oleh,

……………………………………….. ………………………………………..
(NOOR HASNIRA BINTI RAMLI) (PN SHAMSURIA BINTI AHMAD)
PENYELARAS KEBAKARAN DAN KESELAMATAN GURU PENOLONG KANAN HEM
Gambar semasa Latihan Kebakaran Kali Pertama Peringkat Sekolah Tahun 2022/2023

You might also like