You are on page 1of 4

Laporan Latihan Kebakaran Sekolah Kebangsaan Sungai Baru 2014

Sekolah Kebangsaan Sungai Baru telah mengadakan latihan kebakaran


pada 10 April 2014. Latihan kebakaran ini telah diadakan kira-kira Jam 9.30 pagi.
Program ini telah dijalankan oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM). Tujuan utama
program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara
bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga
diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku
kecemasan atau kebakaran di sekolah.
Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke
tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Kawasan yang telah ditetapkan
untuk murid-murid berkumpul ketika berlaku kebakaran adalah di padang
sekolah. Kawasan ini dipilih memandangkan kedudukannya yang strategik dan
mudah untuk dijadikan kawasan tempat berkumpul ketika berlaku kecemasan.
Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-masing. Guru yang
mengajar di dalam kelas ketika itu telah bertugas untuk memastikan semua
murid berkumpul dan ada pada tempat yang telah ditetapkan. Guru kelas
masing-masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang pun
murid yang tertinggal di dalam kelas. Bagi kelas yang tidak mempunyai guru
pula, pengawas kelas akan bertindak sebagai pengganti guru dengan
menunjukkan laluan kepada kelas tersebut menuju ke padang sekolah.
Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada
setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan Sekolah Kebangsaan
Sungai Baru sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana
kebakaran. Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan
kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan
gempa bumi.

Tahniah kepada pihak HEM sekolah kerana telah berjaya

menjalankan latihan kebakaran tersebut.

Disediakan oleh;

......................................................
(AMY ANAK TABOL)
Guru Pelatih,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Darulaman.

12 APRIL 2014

LAPORAN BERGAMBAR LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN


SUNGAI BARU

Gambar 1: Pelajar sedang berkumpul di padang sekolah

Gambar 2: Guru kelas sedang mengambil kehadiran para pelajar

You might also like