You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG JAYA

PERSIARAN SIAKAP, BANDAR SEBERANG JAYA,


13700 PERAI, PULAU PINANG
LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SESI 1
Tarikh
Hari
Waktu
Tempat

: 17-02-2015
: Selasa
: 8.30 pagi
: Padang Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

Pada 17-02-2015 bersamaan dengan hari Selasa bertempat di padang Sekolah


Kebangsaan Seberang Jaya, satu sesi latihan kecemasan kebakaran telah diadakan
pada pukul 8.30 pagi. Sebelum latihan dimulakan, satu lampiran Peta Laluan Latihan
Kecemasan Kebakaran telah dilekatkan di setiap laluan pada bangunan sekolah.
Taklimat ringkas dan mesyuarat tentang latihan kecemasan kebakaran telah
disampaikan oleh En. Muhammad Rahimi bin Ilyias, Penyelaras Jawatankuasa Kawad
Kebakaran.
Setelah dipersetujui oleh Guru Besar, Pn. Norsiah binti Baharum dan Penolong Kanan
HEM, En. Norhaisham bin Mat, latihan kecemasan kebakaran telah diadakan pada
pukul 8.30 pagi dengan deringan loceng sebanyak 3 kali. Guru-guru, kakitangan
sekolah dan murid-murid telah menunjukkan komitmen yang baik apabila berjaya
mengosongkan bangunan dalam masa 4.15 minit.
Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Saimah binti Soid dan Penolong Kanan HEM, En.
Norhaisham bin Mat telah menyampaikan taklimat ringkas serta post-mortem mengenai
latihan kebakaran. Antara kandungan taklimat tersebut ialah pergerakan murid selepas
loceng kecemasan dibunyikan, rekod kehadiran murid-murid dan tugas guru semasa.
Apabila sesi latihan kecemasan kebakaran selesai, murid-murid dan guru-guru kembali
ke kelas masing-masing dan proses Pengajaran dan Pembelajaran telah disambung
seperti biasa. Hasil latihan ini dianggap sebagai berjaya kerana dapat dilakukan dalam
tempoh bawah 5 minit.
Sesi latihan kecemasan kebakaran ini akan dilakukan semula pada masa hadapan
supaya pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah sentiasa berada dalam
keadaan bersedia dan berjaga-jaga. Hal ini penting dalam memupuk rasa
bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan di sekolah.

Disediakan oleh,
1

...............................................................
(EN. MUHAMMAD RAHIMI BIN ILYIAS)
Penyelaras,
Jawatankuasa Kawad Kebakaran
Disemak oleh,
..................................................
(EN. NORHAISHAM BIN MAT)
Penolong Kanan HEM
Disahkan oleh,
.......................................................
(PN. NORSIAH BINTI BAHARUM)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya

You might also like