You are on page 1of 22

TAJUK 8:

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI


SUBTAJUK:

PEMBENTUKAN FOLIO DAN PENTAKSIRANNYA


DISEDIAKAN OLEH: NORHAZLINA BINTI AZMI KHAIRUNNISA MAHAT NURUL SATIQAH MD ISA NORAIZA MOHD AZHAR NAQIAH HANIM NAZARI PISMP BM/PJ/KH SEMESTER 4

Pentaksiran adalah daripada perkataan Latin yang bermaksud duduk bersama dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah bermaksud dengan apa yang dimaksudkan. Menurut David Payne(2003), pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu DAN membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

Apa yang boleh ditaksir?

KEMAHIRAN PENGETAHUAN

SIKAP

Perancangan Pentaksiran hendaklah: 1. Bebas daripada bersifat berat sebelah atau dipengaruhi oleh (bias) 2. Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) diajar dan dipelajari 3. Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajaran (pengajaran/kurikulum) 4. Memaklumkan ketidaksefahaman

* Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990). Assesement in the Service of Instruction. Washington, AAAS

MENGAPA GURU PERLU TAHU MENGENAI PENTAKSIRAN?

Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid Memantau kemajuan murid Memberi dan menetapkan penggredan Menentukan keberkesanan pengajaran Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan Menilai guru dan pendidik Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran

PENTAKSIRAN PSIKOMOTOR

PENTAKSIRAN KOGNITIF

PENTAKSIRAN AFEKTIF

JENIS PENTAKSIRAN

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI KESIHATAN

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal. Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . Pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian. Penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Pengukuran

Penilaian

Pentaksiran

TUJUAN PENILAIAN DALAM PJ

Memfokuskan kepada setiap individu Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid. Memilih wakil Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

Menentukan status semasa Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : a) Pemberian gred b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu e) Menentu aktiviti tertentu.

Memotivasikan individu Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan maka kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. Menilai pengajaran dan program Pendidikan Jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA

PENILAIAN FORMATIF

UJIAN RUJUKAN NORMA

JENIS UJIAN DAN PENILAIAN UJIAN KECERDASAN

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

PENILAIAN SUMATIF

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


Digunakan untuk menilai tahap prestasi kemajuan murid. Keputusan yang diperolehi melalui ujian ini tidak akan dibandingkan dengan murid lain. Selalunya digunakan bagi menilai tahap kecergasan berkaitan kesihatan. Melibatkan pengukuran terhadap seseorang murid yang diasaskan dari jangkaan prestasi yang ada kepada murid yang dinilai.

UJIAN RUJUKAN NORMA

Digunakan apabila guru ingin mentafsir kemajuan prestasi dalam satu-satu ujian. Berupaya membandingkan keputusan dalam kalangan murid dalam satu darjah atau kumpulan. Sering digunakan oleh guru untuk menentukan gred yang diperolehi oleh murid dalam satu-satu ujian.

PENILAIAN FORMATIF

Digunakan untuk mengenal pasti perkembangan pembelajaran yang telah dilalui oleh murid semasa mereka mengikuti sebarang kelas pengajaran. Berupaya menjelaskan sama ada objektif pembelajaran pada suatu peringkat telah tercapai atau pun tidak. Mempengaruhi corak P & P seterusnya. Ujian kriteria merupakan sub kepada penilaian formatif

PENILAIAN SUMATIF

Digunakan pada peringkat akhir sesuatu topik pengajaran. Dilaksanakan pada akhir penggal persekolahan atau peringkat akhir persekolahan. Tujuannya adalah untuk mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid bagi satu kelas atau kumpulan. Berbentuk pemarkahan yang mengutamakan aras gred. (ujian kriteria & norma)

UJIAN KECERDASAN

Ujian kecerdasan, yang juga dikenali sebagai ujian mental, ialah ujian yang digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau perbezaan antara individu. Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian BinetSimon.

Ujian kecerdasan mental bagi kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab aspek ini belum mereka kuasai. Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan oleh muridmurid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain ialah Ujian Skala StanfordBinet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL


Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada: Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

KESIHATAN Komposisi Badan Fleksibiliti Daya Tahan Kardiovaskular Kekuatan Otot Daya Tahan Otot

KEMAHIRAN MOTOR Kelajuan Koordinasi Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa Reaksi

BIBLIOGRAFI
Allesandro Albert. (t.t). Penilaian Dan Pentaksiran Dalam Pendidikan Jasmani. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/62005687/Penilaian-DanPentaksiran-Dalam-Pendidikan-Jasmani Pengendali@. (2007). Teori Pentaksiran Asas. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://kheru2006.i8.com/Teori_Pengukuran_Asas.htm Norkhalid Salimin. (2011). Perkaitan teori pembelajaran dan pentaksiran komprehensif. Dicapai pada 7 Juilai 2012 daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2 011/04/perkaitan-teori-pembelajaran-dan.html

Norkhalid Salimin. (2011). Pendidikan Jasmani di Malaysia: Penilaian dan Pentaksiran Satu Proses Berterusan. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.co m/2011/02/pendidikan-jasmani-di-malaysia.html Afdhal Yusoff. (2010). Pentaksiran dalam pendidikan jasmani kesihatan. Dicapai pada 7 Julai 2012 daripada
http://afdhalgenji.blogspot.com/2010/08/sistem-latihan.html

You might also like