You are on page 1of 16

KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH

1) KEPERLUAN Persatuan sukan mesti menentukan keperluan mereka dalam bidang sukan. Pemimpin sukan hendaklah menetapkan bentuk & peringkat kepakaran yang diperlukan mereka. Cth: sama ada melahirkan jurulatih di peringkat tempatan, kebangsaan @ antarabangsa

KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH


2) PERINGKAT
Mempertimbangkan bilangan jurulatih yang diperlukan di tiap-tiap peringkat itu dalam tempoh masa lima tahun akan datang. Memikirkan sumber, kemudahan, peralatan & tenaga pengajar yang akan melatih mereka. Mudah merancang latihan jika terdapat segala kemudahan yang diperlukan.

KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH


3) MENGENAL PASTI Persatuan sukan harus dapat mengenal pasti jurulatih yang berkemahiran tinggi untuk :
Memberi latihan yang teratur. Membantu merancang program latihan.

Jika tiada kemudahan, mereka perlu mencari altenatif lain, iaitu berhubung dengan badanbadan sukan yang lain untuk mengendalikan latihan.

KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH


4) MERANCANG Latihan jurulatih boleh dirancang untuk mencapai matlamat latihan. Hal ini kerana latihan jurulatih memerlukan latihan yang sistematik. Rancangan tersebut mesti mengikut keperluan jurulatih yang sering berubah-ubah.

KAEDAH MENYUSUN PROGRAM PEMBANGUNAN UNTUK JURULATIH


5) MEMIKIRKAN SUMBER Mengambil kira sumber-sumber yang ada di persekitaran persatuan sukan itu. Latihan dapat dikendalikan oleh Kementerian dan Jabatan Belia & Sukan. Majlis Sukan Negara dan Majlis Olimpik Malaysia dapat membantu melatih jurulatih di peringkat pusat. Tenaga kerja pensyarah dan guru boleh digunakan untuk mengadakan latihan jurulatih.

1) PERINGKAT Latihan jurulatih terdiri daripada empat peringkat:

CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN JURULATIH

Tahap asas: Jurulatih bertugas dalam kalangan mereka yang baru melibatkan diri dalam sukan. Tahap pertengahan: Melatih peserta di peringkat daerah. Tahap lanjutan: Melatih peserta di peringkat negeri. Tahap tinggi: Melatih peserta di peringkat kebangsaan.

CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN JURULATIH


2) BAHAGIAN KURSUS LATIHAN Bhg Pertama Merupakan pengetahuan teknik tertentu, seperti teknik sukan, strategi dan perancangan latihan. Bhg Kedua Teori kejurulatihan, seperti psikologi, psisiologi, biomekanik, prinsip latihan, kecederaan ahli sukan, pemakanan dll. Bhg Ketiga Pengalaman amali (bidang yang penting dalam kursus sukan).

CIRI-CIRI PROGRAM LATIHAN JURULATIH


3) PENSIJILAN Sangat penting menganugerahkan sijil kepada ahli sukan yang berjaya mengikuti kursus pada setiap peringkat. Sijil menjadi perangsang kepada mereka meneruskan latihan. Latihan kejurulatihan menjadikan mereka lebih cekap mengendalikan kegiatan sukan.

SUMBER & PELUANG LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN


1) KERJASAMA Kerjasama yang erat antara sumber-sumber yang telah memberi latihan kejurulatihan. 2) KLINIK SUKAN Jurulatih yang berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sering menjadi tenaga pengajar bagi kursus jurulatih peringkat perintis. Perkhidmatan pakar-pakar klinik sukan boleh diperolehi daripada mereka.

SUMBER & PELUANG LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN


3) KLINIK TEORI KEJURULATIHAN Meliputi psisiologi sukan, biomekanik dan teori latihan sukan. Perkhidmatan didapatkan daripada pusat latihan sukan di peringkat institut perguruan, universiti, hospital tempatan dll. 4) PRAKTIKAL Dijalankan oleh guru PJK dan pensyarah pusat IPT.

MERANGKA RANCANGAN LATIHAN KEJURULATIHAN SUKAN


Menentukan bentuk, jenis & bidang pengetahuan yang perlu disampaikan bagi tiap-tiap peringkat latihan kejurulatihan itu. Menetapkan peruntukan masa untuk menyiapkan tiap-tiap tajuk dalam kursus latihan itu dengan menyusun penjadualannya secara tersusun. Menentukan sumber yang berbentuk kemudahan, alat tulis menulis, kelengkapan & tenaga pengajar bagi tiap-tiap peringkat kursus latihan.

Mengadakan program latihan untuk melahirkan jurulatih yang cekap & berkelayakan bagi tiap-tiap peringkat latihan. Menentukan tenaga pengajar yang bertauliah bagi tiaptiap tahap latihan. Mengeluarkan tawaran mengenai kursus latihan daripada perstuan sukan, pusat latihan sukan @ institusi pendidikan. Jurulatih yang telah berjaya menamatkan kursus di peringkat tertentu hendaklah diberi pengikhtirafan dalam bentuk pensijilan. Peringkat pertandingan sukan yang berlainan memerlukan jurulatih yang berlainan kaliber mereka. Oleh itu, jurulatih digalakkan mengikuti program latihan mengikut peringkat.

KRITERIA PEMILIHAN CALON JURULATIH


i. Memiliki kecerdasan & kematangan fikiran. ii. Mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan & perkembangan manusia. iii. Mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang & perkembangan sukan. iv. Berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan jangka panjang. v. Mempunyai kemahiran mengajar dengan menyeronokkan & berkesan. vi. Mempunyai hubungan manusia yang baik, mesra, ceria & pandai bergaul. vii. Mempunyai banyak masa yang diperlukan untuk melatih ahli-ahli sukan kelak.

PRINSIP KEJURULATIHAN
Individu yang pakar dan dapat membantu mengembangkan bakat. Menyedari perbezaan individu. Bermatlamat untuk mencapai kecemerlangan. Kepimpinan melalui teladan. Berketrampilan menarik. Sukan sebagai cabaran hidup.

BIDANG TUGAS DAN TANGUNGJAWAB JURULATIH SUKAN


Menetapkan P&P mengikut individu dan aktiviti. Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran sukan. Memberi bimbingan yang diperlukan. Menilai kejayaan individu mengikut objektif yang telah ditetapkan.

You might also like