You are on page 1of 32

PN.

SITI NORMANISEH BINTI ZAKARIA JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPG KRM

Alat-alat:
i. ii. iii. iv. v. vi.

Pita rakaman Gambar-gambar bersiri Carta Kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar Filem slaid

bahan-bahan disediakan oleh guru Disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid Contoh bahan: dialog seni kata lagu petikan karangan

Alat:

pita rakaman video - murid dapat : i. mendengar contoh-contoh sebutan, nada, intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa ii. melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti gerak tangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatu maksud

Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kta bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan ( Contoh : Lawatan)

Terdiri

daripada bahan-bahan authentic / daripada sumber asal Contoh: laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen Mengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi oleh muridmurid

Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi . Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka. Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka. Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain. Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka. Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.

Murid

meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog. Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya. Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan

Murid menonton rakaman drama. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat. Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.

Murid

diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.

Aspek
1. 2. 3. 4.

yang perlu dinilai: Sebutan dan intonasi Perbendaharaan kata Ketatasusilaan berbahasa Tatabahasa

untuk menilai kemahiran bertutur banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Antaranya: i. Sebutan dan intonasi a. menyebut bunyi-bunyi bahasa dengan tepat. b. boleh menyebut frasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan intonasi yang betul dan membuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. c. Nada, kenyaringan dan kelantangan suara harus juga dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dan konteks pertuturan. d. Kepantasan bertutur juga perlu wujud dengan gerak anggota seperti mimik muka, gerak mata, tangan dan sebagainya. Akan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukan makna sesuatu ujaran yang diucapkan.

Bahagian-bahagian Penilaian Bertutur


Terbahagi kepada dua. 1. Penilaian kemahiran menyebut Lazimnya dijalankan pada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum boleh bertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Contohnya muridmurid bukan Melayu. Sebutan mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibunda yang kuat, lalu menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itu memperlihatkan gangguan.

Murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialek daerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan apabila murid sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripada bunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f. Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem, sukukata, frasa dan ayat-ayat. secara langsung melibatkan pula unsur-unsur tekanan, hentian dan intonasi.

Kemahiran

bertutur dimaksudkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan bahasa iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat, kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir dan menghasilkan ayatayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan.

i. Bertutur dengan gerak balas terhad a. Bertutur mengikut arahan

- guru memberikan arahan-arahan tertentu yang memerlukan murid memberi gerak balas secara terhad kepada arahan tersebut. Contoh: Guru: Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnya esok. Murid: Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok. -Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini. Contoh: Guru: Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.

b.

Bertutur berdasarkan gambar Di sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perlu digunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberi gerak balas kepada soalan-soalan itu. Contoh: Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambara di atas. Misalnya:

Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?

Apa yang sedang mereka lakukan? Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? ( soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis).

Membaca Kuat Aspek yang diuji i. Bahan -

c.

sebutan, pertuturan dan intonasi.

sederhana panjang, sesuai dengan umur

murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit ii. Kelebihan Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas murid tetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai seperti kecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikut unit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi, dan tekanan yang betul. iii.Kelemahan Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasi yang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu, aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayat secara natural dan spontan tidak dapat dinilai.

ii.

Bertutur Secara Berpandu Bertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada murid bertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturan mereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayat soalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membina ayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanapun, batasan masih ada, iaitu fokus pertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru. Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:

a.

Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru. i. Guru memberi murid petikan cerita pendek.
ii. iii. iv. Murid membaca senyap. Guru membaca kuat petikan. Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru.

b. Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul

b. Membuat penjelasan atau pemerian tentang sesuatu Indahnya pantaiair biru.awan memutih.ombak beralundaun kelapa melambai. Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu tentangnya. Contoh: percutian yang dialami pada cuti sekolah. Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa dibimbing oleh guru.

C.

Main peranan Guru perlu memikirkan situasi-situasi tertentu yang memerlukan murid memainkan peranan-peranan tertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum menyuruh murid melakonkan apa yang diarahkan. Penilaian ini boleh dijalankan secara individu ataupun secara berpasangan.

Contoh:

Pilih dua orang murid, tentukan peranan masing-masing, misalnya A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secara spontan. dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur

iii.

Temu bual dan Temu duga Teknik temuduga atau temubual-memberi peluang yang lebiih bebas kepada murid untuk bertutur dengan menggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri mewujudkan situasi komunikasi yang sebenar, iaitu wujud interaksi di antara si penemuramah atau penemuduga iaitu (guru) dengan murid. Guru dapat melihat kebolehan sebenar murid-murid dalam menggunakan bahasa yang mereka pelajari itu secara lisan dalam konteks yang hampir-hampir natural.

Terdapat dua bentuk pemarkatan: iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secara holistik. i. Pemarkatan Secara Objektif a. Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk muridmurid peringkat rendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belum boleh bertutur dengan lancar. b. Bentuk-bentuk soalan yang dikemukakan pula adalah bentuk soalan yang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang pendek seperti bertutur berdasarkan gambar atau menjawab soalan-soalan pendek yang mudah ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkan kepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul.

* sediakan senarai semak - guru menandakan pada ruang-ruang yang disediakan akan markat murid bagi setiap gerak balas yang mereka berikan.

Bahagian

A Baca ayat-ayat di bawah ini dengan intonasi yang betul Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolah Tolong ambilkan ayah surat khabar itu. Dengan siapa adik bermain bola tadi? Wah, besarnya rumah awak!

Bahagian

B Jawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap. i. Apakah cita-cita kamu? ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu? iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?

Bahagian

C Teliti gambar berikut dan jawab soalansoalan yang disediakan.


Soalan: Apakah

yang dilakukan oleh orang-orang itu? Apakah alat-alat yang digunakanoleh mereka? Bagaimanakah cara mereka melakukannya?

Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa. Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa. Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.

1
0

Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagian dengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkan semuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.

ii. Pemarkatan Secara Holistik/Keseluruhan a. kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikan markat secara keseluruhan, bukan secara perincian seperti contoh b. penguasaan kemahiran pertuturan itu dibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiap pecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secara keseluruhan. Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur boleh dibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu sebutan, kefahaman, ketatabahasan, keluasan perbendaharaan kata, dan kelancaran pertuturan. Setiap komponen ini haruslah di berikan peruntukan markat yang sama berat dan perlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan.

Secara

kumpulan sediakan contoh bentuk latihan untuk Penilaian Kemahiran bertutur dan dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk menguji kemahiran bertutur tersebut. Kumpulan 1& 2 Bertutur dengan gerak balas terhad- Secara objektif Kumpulan 3 & 4 bertutur berdasarkan gambar- Secara holistik

You might also like