You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA


70450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
TEL:06-6780430 FAX:06-6798505

Ruj.Kami : SKSJ 100-13/1/4 (23)


Tarikh : 30 September 2022

Kepada :

Dato’ V. Saravana Kumar


Penyelaras DUN Seremban Jaya (N24),
1325-G, Jalan SH 9/11,
Taman Seremban Jaya,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Yang Berbahagia Dato’,

JEMPUTAN MENGHADIRI PERTANDINGAN BOLING AMAL PIBG SEKOLAH


KEBANGSAAN SEREMBAN JAYA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk :

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Seremban Jaya akan mengadakan Pertandingan


Boling Amal seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Oktober 2022 (Ahad)

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Ampang Superbowl, Seremban Prima, Seremban

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG SK Seremban Jaya amat berbesar hati menjemput Yang
Berbahagia Datuk untuk hadir ke program ini. Selain itu, sudilah kiranya Yang Bahagia Datuk
menghulurkan sedikit sumbangan kepada tabung PIBG.

4. Kehadiran Yang Berbahagia Datuk ke majlis ini sangat dialu-alukan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(LT. KOL. OMAR ZAI BIN ABAS TUDM)


Yang Dipertua PIBG
SK Seremban Jaya

You might also like