You are on page 1of 3

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Kulim,


No.1 , Lebuh Bandar 2 ,
Bandar Putra ,
09000 Kulim ,
KEDAH DARUL AMAN
Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN POKOK HIASAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SEKOLAH
LESTARI - ALAM SEKITAR TAHUN 2015
Dengan segala hormatnya perkara atas dirujuk.
2. Dimaklumkan kepada pihak Yang Dipertua bahawa Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar
sedang melaksanakan Program Sekolah Lestari sebagai salah satu projek sekolah bagi
tahun 2015 ini .
3. Untuk pengetahuan pihak tuan lagi , program ini dilaksanakan oleh pihak sekolah
adalah bertujuan untuk memperkukuhkan proses pendidikan alam sekitar daripada peringkat
usia muda iaitu menerapkan kesedaran warga sekolah ini , khususnya para pelajar serta
komuniti setempat tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar selaras
dengan Dasar Alam Sekitar Negara.
4. Sehubungan dengan matlamat itu , pihak sekolah dengan rasa rendah diri ingin
memohon jasa baik daripada pihak tuan agar dapat memberikan sumbangan kepada pihak
sekolah dengan membekalkan beberapa jenis tumbuhan seperti yang dinyatakan dibawah :
4.1 – Anak benih pokok hiasan
4.2 – Anak benih pokok berbunga
5. Pihak sekolah amat yakin dan percaya , dengan sumbangan anak-anak pokok
daripada pihak tuan kelak sudah pasti dapat membantu usaha untuk merealisasikan
program penghijauan persekitaran kawasan sekolah.
6. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak Tuan . Kerjasama dan maklum balas positif daripada pihak Tuan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih

SK Taman Megah Ria


Jalan Api-Api 1, Taman Megah Ria Tel : 07 – 386 6700
81750 Masai, Johor Bahru Fax : 07 – 386 2700
Johor Email : sktmrjb@gmail.com
Kod Sek : JBA1091

Ruj Kami : JBA1091.100-9/4/1


Tarikh : 20 Julai 2022
Kepada,

Guru Besar,
SK Seri Kota Puteri,
(UP : Setiausaha Sukan Sekolah)

Tuan/Puan,

JEMPUTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN ACARA REJAM LEMBING TERBUKA L12


DAN P12

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Taman Megah Ria akan


mengadakan Perlawanan Persahabatan sebagaimana ketentuan di bawah :

Tarikh : 21 Julai 2022


Hari : Khamis
Masa : 8.20 pagi – 12.00 tengahari
Masa acara : 9.30 pagi
Tempat : Padang SK Taman Megah Ria

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan berbesar hati menjemput dan mengalu-
alukan agar pihak sekolah tuan/puan dapat menghantar peserta Rejam Lembing lelaki dan
perempuan bawah 12 tahun pada tarikh dan masa acara yang ditetapkan di atas. Sebarang
pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi Encik Muhammad Zulfadhli Akmal Bin Muzzafar (SU
Sukan) di talian 014-8408242.

4. Bersama surat ini kami sertakan aturcara aktiviti dan jadual perlawanan. Semoga dengan
penyertaan sekolah tuan/puan akan membentuk kerjasama dua hala dalam bidang sukan dan
mempersiap atlet untuk Kejohanan MSSD Pasir Gudang akan datang.

Semoga kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………….
(ROSLAN BIN DAUD)
Guru Besar
SK Taman Megah Ria

ATURCARA PERLAWANAN PERSAHABATAN

MASA AKTIVITI

8.20 pagi  Ketibaan Para Atlet

 Pemanasan badan dan regangan

 Taklimat acara

 Latihan Praktikal

 Perlawanan Pertama Rejam Lembing Lelaki Bawah 12 Tahun

 Perlawanan Kedua Rejam Lembing Perempuan Bawah 12 Tahun

 Penyejukkan badan

 Sesi bergambar
12.00 Tengahari
 Bersurai

You might also like