You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK Pasir Puteh, 21610 Merchang,


Marang, Terengganu.

Ruj Kami :SKPP(Tr)100-9/6/1( )


Tarikh : September 2023

Pengetua
SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU MARANG
Kg. Wakaf Tapai,
21040 Marang, Terengganu

Tuan,

MOHON FASILITATOR UNTUK PROGRAM KEM 24434 SK PASIR PUTEH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormat dan penuh takzimnya, pihak sekolah akan mengadakan
program tersebut seperti berikut:

TARIKH : 26-28 oktober 2023 ( Khamis, Jumaat, Sabtu )


Pendaftaran : 2.00 ptg ( Khamis )
Penutup : 12.00 Tengahari ( Sabtu )

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah ini memohon Tenaga Fasilitator dalam
kalangan pelajar sekolah tuan untuk membimbing pelajar dalam kem tersebut. Mohon juga
pihak tuan menguruskan kenderaan sekolah untuk menghantar dan mengambil fasilitator.
Sebarang maklumat berkaitan boleh hubungi Encik Faizo Bin Mat melalui talian
012-9636002 ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran )

Di atas kerjasama serta perhatian tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

“ANJAKAN MUAFAKAT NEKAD”

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( MOHD MAHAZAM BIN ISMAIL )


Guru Besar

You might also like