You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK AWANG JABAR


KG JAMBU BONGKOK, MERCHANG
21610 MARANG, TERENGGANU

Ruj. Kami :
Tarikh : 25 September 2021

Kepada:

ENCIK HARON BIN YUSOF


Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang,
No. 8 Rumah Kedai MDM Sungai Kerak,
21600 Marang,
Terengganu.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN DANA MENAMPUNG BAIKPULIH KEMUDAHAN ASAS DI


SMK DATUK AWANG JABAR

Dengan sukacitanya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, pihak sekolah berhajat untuk membaikpulih dan


menambahbaik kemudahan asas yang bersesuaian untuk memberi kemudahan kepada
semua murid dalam menikmati sistem pendidikan yang lebih baik dan mudah dicapai.
Perkara ini ada dinyatakan dalam Mesyuarat Agung PIBG yang ke-15 yang telah dirasmikan
oleh En. Wahad bin Osman, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu pada 24 September
2021.

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami agar pihak tuan dapat memberi sedikit
sumbangan kepada pihak sekolah dalam merealisasikan hajat kami untuk kemudahan
pelajar-pelajar di SMK Datuk Awang Jabar. Untuk urusan sumbangan, pihak tuan boleh
menyalurkan sumbangan ke akaun bank rasmi PIBG SMK Datuk Awang Jabar seperti
berikut:

Nama Bank : Bank Rakyat


No Akaun : 1101434412
Penama Bank : Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Datuk Awang
Jabar

4. Segala urusan dan pertanyaan, pihak tuan boleh ajukan kepada :

1. Pn. Mariam binti Jabar - 013-9575088 (Setiausaha PIBG),


2. Encik Ismail bin Abu Bakar – 0179762201 (YDP PIBG)
5. Keprihatinan dan kerjasama tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ISMAIL BIN ABU BAKAR)


Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Datuk Awang Jabar

s.k Fail
Bendahari

You might also like