You are on page 1of 3

FORUM 1 - Huraikan kaedah pembelajaran Heutagogi dari aspek

A. Teori

Menurut Hase & Kenyon (2000), Heutagogi membawa maksud pembelajaran penentuan
kendiri yang berkonsepkan pembelajaran berpusatkan murid. Dalam konteks teori heutagogi
pembelajaran sebenar berlaku melalui pengalaman yang dilalui oleh murid itu sendiri secara
semula jadi. Murid berpeluang untuk menentukan kandungan, aktiviti dan bahan untuk
pembelajaran mereka Sendiri. Pendekatan ini memperkembangkan konsep pembelajaran
kendiri dengan mempromosi dan mengangkat peranan agensi manusia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

B. Elemen-elemen Kaedah Heutagogi

1. Meneroka - Pelajar diberi kebebasan untuk mendalami sebuah topik dan konsep
menggunakan penerokaan kendiri. Pelajar mempunyai autonomi sepenuhnya untuk
menentukan perkara yang mereka pelajari, cara mereka belajar, dan bila mereka belajar.

2. Mencipta - Kaedah heutagogi menekankan elemen mencipta dengan memberi ruang


pelajar untuk mencipta hasil dapatan mereka sesuai dengan keperluan pembelajaran yang
dipersetujui bersama mengikut cara mereka tersendiri. Pelajar memiliki pemahaman yang
jelas tentang apa yang ingin dicapai dan apa yang ingin dicipta.

3. Kolaborasi - Elemen koloborasi dicipta untuk menyediakan pelbagai persekitaran yang


sihat di mana pelajar boleh belajar daripada satu sama lain. Guru bertindak sebagai fasilitator
yang menyokong dalam proses kolaboratif untuk membantu pelajar.

4. Berhubung - Elemen ini menggalakkan guru membantu dan menggalakkan pelajar


untuk mendapatkan jaringan maklumat yang betul untuk mendapatkan hasil dapatan
berkaitan suatu idea yang ingin dicipta.

5. Berkongsi – Perkongsian idea antara para pelajar membantu mereka untuk


mengenalpasti kelebihan dan memperbaiki kelemahan masing-masing.

6. Refleksi - Pelajar perlu memberikan refleksi hasil daripada pembelajaran supaya


pelaksanaan heutagogi berkesan kepada pelajar.

Pelajar perlu memberikan refleksi hasil daripada pembelajaran supaya pelaksanaan heutagogi
berkesan kepada pelajar.
C. Hasilkan satu Rancangan Pelajaran Harian yang menggambarkan aktiviti
pembelajaran heutagogi.

Rancangan Pengajaran Harian

MATA PELAJARAN SAINS

KELAS 2 Amanah
TARIKH 2 Januari 2023

MASA 09.00 - 10.20 Pagi

UNIT Bab 1 Biodiversiti

TAJUK Kepelbagaian Organisma

STANDARD KANDUNGAN Biodiversity adalah kepelbagaian Organisma

STANDARD PEMBELAJARAN Menggunakan deria berikut dalam


penerokaan alam persekitaran secara terbuka:
a. penglihatan.
b. pendengaran.
c. sentuhan.
d. hidu.
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, murid dapat :

i. Mengenalpasti Kepelbagaian Organisma


ii. Mengetahui kepentingan Biodiversiti
iii.Mengetahui Sumber-sumber Ekologi
BBM Buku Teks Sains, Slide Power Point
PENUTUP DAN REFLEKSI Murid membuat refleksi terhadap isi pelajaran

LANGKAH AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN


SET Guru menayangkan slaid Murid melihat tayangan
INDUKSI powerpoint slaid powerpoint dengan

( 10 minit ) teliti
LANGKAH 1. Guru membahagikan 1. Murid membentuk Elemen
1 murid kepada beberapa kumpulan. Berkongsi,
kumpulan Berkerjasama
(10 minit) 2. Murid bertindak atas
arahan guru

LANGKAH 1. Guru meminta murid untuk 1. Murid bertindak atas Elemen


2 membincangkan isi utama arahan guru. Meneroka,
subtopik mereka. Mencipta,
(15 minit) 2. Murid berbincang, Berhubung,
2. Guru membimbing berkongsi dan mengumpul Berkongsi
perbincangan jika idea-idea yang didapati
perbincangan tidak berlaku. melalui bacaan tentang
subtopik yang sama.

LANGKAH 1.Guru meminta murid 1. Murid bertindak atas Elemen


3 membuat pembentangan arahan guru. Berkongsi,
dalam kumpulan. Berhubung
(30Minit) 2. Murid membuat
2. Guru meminta murid pembentangan dalam
memberi respon di akhir kumpulan atas hasil
pembentangan kumpulan perbincangan.
dengan aktiviti soal jawab
3. Murid membuat sesi soal
jawab di akhir
pembentangan

PENUTUP Guru membimbing murid Murid merumuskan isi Elemen


untuk merumuskan isi pembelajaran pada hari ini.. Merefleksi
(15 minit) pembelajaran pada hari ini.

Refleksi

You might also like