You are on page 1of 6

APLIKASI CANVA : INOVASI VIDEO PEMBELAJARAN.

Langkah-langkah =
1) Login email untuk masuk pada aplikasi Canva.
2) Guru boleh memilih template yang disediakan untuk membuat video
pembelajaran.
3) Pada sebelah kiri yang mempunyai gambar anak-anak panah terdapat
bahagian element, upload, music, background dan Text yang guru boleh
gunakan untuk masukkan maklumat dan edit video pembelajaran.

4) Anak panah diatas menunjukkan slaid-slaid yang telah dibuat yang


mengandungi isi pembelajaran topik organ pernafasan iaitu penjelasan
tentang organ pernafasan dan contoh haiwan-haiwan bagi setiap organ
pernafasan.
5) Guru boleh masukkan rakaman suara pengajaran di bahagian upload dan
Tarik audio tersebut pada slaid yang dikehendaki.
6) Akhir sekali, guru boleh download video yang telah siap di lakukan
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU : 35 HARI : SELASA TARIKH :


22/9/2022
MATA SAINS
PELAJARAN STRATEGI PDP
TAHUN 4 BESTARI Pembelajaran
berasaskan /
Scaffolding
MASA 11.00 Pagi-11.50 Tgh Hari Pembelajaran
Berasaskan Masteri /
TAJUK 3.0 HAIWAN Pembelajaran /
Berpusatkan Bahan
/Murid
STANDARD 3.1 ORGAN PERNAFASAN HAIWAN Pembelajaran
KANDUNGAN Kontekstual
STANDARD Murid boleh : Kecerdasan Pelbagai
PEMBELAJARAN 1. Mengenal organ pernafasan haiwan.
2. Memberikan 2 contoh haiwan dengan organ
pernafasannya dengan betul.
AKTIVITI
Fasa: Aktiviti Pelajar Catatan
Permulaan BBM : Audio
1)Murid mendengar audio suara suara haiwan,
(Induksi 10 haiwan – suara gajah /harimau. TMK
KEMAHIRAN BERFIKIR
Minit) (Laptop,LCD)
2)Murid mencatat nama haiwan ARAS TINGGI (KBAT)
dalam buku latihan. Nilai murni : Mengingat /
Berani, Jujur Menganalisis
3)Seorang murid dipilih guru untuk dan tepat.
membacakan jawapan.
Strategi P & P Menilai
4) Guru menyoal murid untuk : Audiodan
Mengelaskan
meneka “Apakah organ pernafasan Video Induksi
haiwan tersebut”.
KEMAHIRAN ABAD KE-
21
6)Murid mula mengaikan aktiviti Berdaya Tahan
dengan tajuk pembelajaran.
Mahir Berkomunikasi
Per 1)Murid membentuk kumpulan BBM : /
kembangan seramai 5 orang mengikut arahan Video
guru. Pembelajaran,
Bersoal jawab /
Kadbod Spin- Kerja Sepasukan /
2) Guru menayangkan video N-Think.
pembelajaran kepada murid. Durasi Bersifat Ingin Tahu /
3min 33 saat. (Inovasi oleh Guru Berprinsip
sendiri ) Nilai murni :
Minat,Berfikir
2)Guru menerangkan tentang topik Rasional,
pembelajaran dengan lebih lanjut Toleransi. PENTAKSIRAN
kepada murid. Prestasi Kemahiran /
Strategi P&P : Senarai Semak
3)Aktiviti “Spin And Think”.. Guru Berpusatkan
memberikan setiap kumpulan murid dan
Rubrik
kadbod yang mempunyai anak bahan..
panah untuk melakukan aktiviti soal Kertas-pensel
jawab dengan rakan kumpulan.

4)Murid bersoal jawab dengan rakan


tentang topik pembelajaran yang
telah diajari.

4)Guru menstruktur kembali


jawapan murid.
Penutup 1)Guru memberikan aktiviti BBM: Kertas
pengukuhan. A4

2) Setiap murid diberikan kertas A4. Nilai murni:


Minat, Berfikir
3) Murid dikehendaki melukis rasional,
haiwan pilihan sendiri yang bernafas
menggunakan organ pernafasan
yang tertulis di bahagian belakang Strategi P&P:-
kertas. Pengukuhan
berasaskan
4)Setiap murid mendapat organ bahan.
pernafasan yang berbeza.

5) Murid diminta membuat refleksi


untuk pembelajaran hari ini.

6) Guru menyimpulkan
pembelajaran hari ini.

7) Murid menyiapkan lukisan


sebagai tugasan di rumah.
REFLEKSI
Cth:

29 / 34 orang murid telah menguasai


objektif pembelajaran dan diberi Latihan
pengayaan/pengukuhan.

5 / 34 orang murid tidak menguasai objektif


pembelajar dan diberi latihan pemulihan
JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI/KAEDAH PDP.

Dalam merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains Tahun 4 ,saya
telah merancang pembelajaran topik Haiwan, unit 3.1 iaitu Organ Pernafasan Haiwan. Waktu
kelas selama 50 minit iaitu 2 waktu. Pada akhir pembelajaran murid diharap dapat mengenal
organ pernafasan haiwan dan dapat memberikan 2 contoh haiwan dan organ pernafasannya
dengan betul . Beberapa KBAT di praktikkan oleh murid semasa pembelajaran tajuk ini iaitu
kemahiran mengingat dan kemahiran bersoal jawab.

BBM yang telah saya gunakan sebagai strategi P&P bagi pengajaran saya, ialah bahan
media berasaskan (TMK) iaitu audio suara haiwan, video pembelajaran yang saya inovasikan
sendiri menggunakan Aplikasi Canva, kertas A4, projector, slaid, laptop, speaker dan beberapa
kadboad permainan Spin-N-Think. Strategi pembelajaran berasaskan “scaffolding” digunakan
dalam pembelajaran dimana guru memberi penerangan dan bertanya soalan manakala murid
perlu menjawab bagi mengaitkan aktiviti dengan tajuk pembelajaran. Strategi pembelajaran
berasaskan masteri juga digunakan dimana murid harus menguasai sesuatu unit pembelajaran
sebelum guru beralih kepada unit pembelajaran yang selanjutnya. Pembelajaran berpusatkan
bahan serta berpusatkan murid difokuskan juga dalam pengajaran topik ini bertujuan untuk
menggalakkan penglibatan aktif murid dan bagi memudahkan mereka menguasai objektif
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 3 fasa iaitu fasa permulaan
, fasa perkembangan dan fasa penutup.

PERMULAAN
Pada peringkat permulaan,audio suara haiwan diperdengarkan kepada semua murid
sebagai set induksi untuk menarik perhatian mereka bagi topik tersebut. Bunyi haiwan seperti
suara gajah atau harimau mampu membuatkan mereka tertanya-tanya dan teruja dengan P&P
yang akan berlangsung. Seterusnya guru menyoal murid untuk meneka nama haiwan dari
bunyi haiwan yang didengari bertujuan supaya murid mengaitkan aktiviti dengan topik
pembelajaran dan menguji kefahaman sedia ada yang terdapat pada mereka.

PERKEMBANGAN
Seterusnya pada peringkat perkembangan,guru meminta murid membentuk kumpulan
seramai 5 orang. Pembentukan kumpulan bertujuan supaya murid dapat menjana idea dan
berkongsi pengetahuan dengan ahli rakan yang lain. Pada peringkat perkembangan murid
akan dipertontonkan dengan video pembelajaran berdurasi 3 minit 33 saat bagi
mengembangkan lagi pengetahuan mereka tentang topik pembelajaran organ pernafasan
haiwan ini. Seterusnya guru akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang tajuk pembelajaran
dimana terdapat 4 organ pernafasan yang digunakan haiwan iaitu peparu, inang, kulit lembap
dan spirakel. Video pembelajaran yang ditayangkan guru mampu membuatkan pelajar lebih
memahami isi pembelajaran yang disampaikan guru kerana guru memberikan contoh-contoh
haiwan bagi setiap jenis organ pernafasan yang digunakan. Guru akan menyoal tentang apa
yang dipahami oleh murid tentang video yang telah ditonton dengan memanggil murid untuk
menceritakan tentang video tersebut. Murid yang dapat menjawab akan diberi hadiah untuk
menaikkan semangat dan motivasi mereka bagi meneruskan pembelajaran.

Video Pembelajaran = Inovasi dari aplikasi teknologi


Canva
Link = https://youtu.be/SqxZ-YmPaVs

Seterusnya, guru meminta murid melakukan aktiviti “Spin-N-Think” pada peringkat


perkembangan. Kaedah yang dipilih ialah kaedah berpusat murid dan berpusatkan bahan. Guru
memberikan setiap kumpulan kadbod yang mempunyai anak panah yang boleh berpusing
digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal,menjawab dan memuji. Murid perlu
menyoal kepada rakan tentang topik yang telah diajarkan dan seorang lagi rakan murid akan
memberi jawapan. Jika soalan tersebut berjaya menjawab terdapat lagi seorang murid yang
berperanan sebagai seorang yang memberi pujian kerana dapat menjawab dengan betul.
Aktiviti ini dipilih kerana ia adalah selari dengan pembelajaran abad ke 21 dimana proses
pembelajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan iaitu berteraskan elemen komunikasi,
pemikiran kritis, serta aplikasi nilai murni dan etika. Disini kemahiran yang dipraktikkan oleh
murid adalah kemahiran bersoal jawab dimana bersoal jawab ini dapat membantu menguji dan
menilai kefahaman murid. Selain itu, dengan bersoal jawab bersama rakan menjadikan mereka
seronok kerana dapat aktif menjana idea dan dapat memberi pendapat. Murid yang lemah juga
akan dirangsang oleh rakan yang lain untuk turut serta dalam
aktiviti ini.

Kadbod Spin-N-Think

Kaedah menyoal dengan aktiviti Spin-N-Think ini bertujuan untuk mendapat tahu sama ada
murid memahami atau tidak tajuk pembelajaran yang disampaikan.Selain itu guru dapat
membantu pelajar untuk meningkatkan prestasi murid justeru menggalakkan pembelajaran
yang aktif, murid dapat mendengar dan memberi maklum balas terhadap rakan lain. Hal ini
dapat meningkatkan kayakinan mereka semasa berinteraksi dengan rakan semasa bertanya
dan menjawab soalan dalam kumpulan. Kaedah ini juga mampu menjadikan murid berfikiran
terbuka dimana murid dapat menerima pandangan rakan yang lain.
PENUTUP
Sebagai penutup P&P, guru memberikan pengukuhan atau peneguhan di akhir kelas.
Aktiviti ini merupakan teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar menunjukkan prestasi
yang baik dalam pembelajaran.Murid diedarkan kertas A4 dan dikehendaki melukis gambar
haiwan pilihan sendiri berdasarkan jenis organ yang terdapat dibelakang kertas. Setiap murid
mendapat jenis organ pernafasan yang berbeza. Aktiviti pengukuhan ini dapat memberi
galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran dan dapat mengukuhkan konsep atau isi
pelajaran kekal dalam ingatan mereka. Selain itu juga, guru meminta murid membuat refleksi
pada tajuk pembelajaran yang telah dipelajari.
Contoh lukisan yang dilukis murid.

Di fasa akhir, guru telah menyimpulkan pembelajaran bagi tajuk pembelajaran dan murid
diminta menyiapkan tugasan lukisan di rumah. Guru juga telah membuat penilaian mengenal
pasti murid yang telah menguasai objektif pembelajaran dan belum menguasai topik
pembelajaran. Penilaian dilakukan berdasarkan kemahiran murid yang telah dipraktikkan
dalam setiap aktiviti seperti bersoal jawab, dapat menjawab dengan betul dan dapat melukis
haiwan yang menggunakan organ pernafasan nya dengan tepat. Kesemuanya dibuat
pemerhatian dan dinilai oleh guru dari awal sehingga selesai aktiviti pembelajaran.

Murid yang telah menguasai objektif pembelajaran diberi latihan yang lebih kompleks
sebagai latih tubi untuk mereka lebih menguasai topik pembelajaran,manakala murid yang tidak
menguasai objektif pembelajaran diberikan latihan berkala yang lebih mudah serta diberi lebih
perhatian untuk bimbingan guru.

You might also like