You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

KEJOHANAN RAGBI BAWAH 12 TAHUN MSSD KOTA TINGGI TAHUN 2019

TARIKH : 10 APRIL 2019


HARI : RABU
MASA : 2.00 PETANG HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK BANDAR EASTER
PENGERUSI : PN NGATINA BINTI SENEN (GURU BESAR SKBE)

KEHADIRAN : RUJUK SENARAI KEHADIRAN

1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (EN MOHAMAD HALIM BIN ISA)

1.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.


1.2 Ucapan terima kasih kepada pihak PPD yang memberi kepercayaan kepada SKBE
untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.
1.3 Beliau berharap agar segala perancangan dan penganjuran pada tahun ini dapat
berjalan dengan lancar.

2.0 UCAPAN PENGERUSI PENGELOLA PERTANDINGAN (PN NGATINA BT SENEN)

2.1 Beliau berharap agar aktiviti berjalan lancar.


2.2 Memohon agar semua guru dapat mengutamakan keselamatan pelajar dan guru
pengiring ketika latihan, semasa membawa murid pergi dan pulang dan juga
sepanjang kejohanan berlangsung.
2.3 Memastikan semua SOP diikuti seperti yang telah ditetapkan.
2.4 Sebarang masalah yang timbul oleh berbincang dengan pihak yang berkenaan.

3.0 UCAPAN PENYELIA SUKAN PPD KOTA TINGGI (EN NOR AZAN BIN HAMIN)

3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada SKBE kerana telah menerima pelantikan
sebagai pengelola kejohanan ragbi MSSD Kota Tinggi bagi tahun 2019.
3.2 Berharap semua sekolah yang terlibat bersama-sama membantu untuk melancarkan
kejohanan ini.
3.3 Menjelaskan bahawa yuran pendaftaran yang telah ditetapkan oleh JPN adalah
RM200 untuk satu acara berpasukan namun yuran yang akan dikenakan bergantung
kepada keputusan mesyuarat.
3.4 Beliau juga menekankan tentang aspek keselamatan pelajar dan guru pengiring
terutama ketika pergerakan pergi dan pulang daripada kejohanan. Sekolah diminta
mematuhi segala SPI yang berkaitan dan menyediakan surat arahan membawa
kenderaan oleh pentadbir dan surat setuju terima oleh guru pengiring.
3.5 Pengelola hendaklah memastikan jadual pertandingan dapat disusun dengan betul
supaya masa kejohanan dapat ditamatkan dalam masa yang ditetapkan. Pihak PPD
akan mengeluarkan surat kepada sekolah menyatakan waktu kejohanan sehingga
jam 7.00 petang.

4.0 TAKLIMAT PERATURAN PERTANDINGAN OLEH PENGERUSI TEKNIK (EN MUHAMMAD FIKRY
BIN ZAHRY)

4.1 Permainan yang ditetapkan adalah touch rugby.


4.2 Setiap pasukan boleh mendaftar 12 pemain dengan format 7 sebelah.
4.3 Kesalahan dalam permainan akan dikenakan kad.
4.4 Scrumb tidak ada push.
4.5 Setiap pasukan digalakkan menyediakan seorang fisioterapi serta alatan first aid
yang lengkap.
4.6 Sekiranya ketika perlawanan terpaksa diberhentikan kerana faktor cuaca,
kemenangan akan ditentukan mengikut kiraan mata ketika perlawanan dihentikan.
Sekiranya kejohanan terpaksa ditangguhkan, pemenang ditentukan melalui kaedah
toss-coin.
4.7 Penganjur akan menggunakan 2 gelanggan sebagai alternatif sekiranya perlu.
4.8 Masa pertandingan adalah 10 minit sehala. Water break akan diberikan sekiranya
perlu.
4.9 Masa pertandingan untuk perlawanan akhir sahaja ditetapkan 7-1-7 minit.
4.10 Penggabungan dibenarkan untuk sesama sekolah-sekolah kecil iaitu murid kurang
250 atau bergabung dengan sekolah biasa. Kebenaran hanya tertakluk pada
kejohanan pada tahun ini sahaja.
4.11 Bagi pasukan Sekolah Kebangsaan Teluk Hutan Lesung terdiri daripada 3 orang
murid sekolah tersebut bergabung dengan 9 orang murid daripada Sekolah
Kebangsaan Seri Setia Jaya yang berumur bawah 9 tahun. Namun begitu perlu ada
surat permohonan dan kebenaran daripada Guru Besar sekolah berkenaan supaya
tidak timbul isu-isu sampingan.
4.12 Pasukan diminta merancang perjalanan dengan baik dan mematuhi jadual
pertandingan yang telah ditetapkan. Pihak tuan rumah menganggarkan kejohanan
akan ditamatkan pada jam 2.00 petang.

5.0 PENETAPAN TARIKH PERTANDINGAN

5.1 Tarikh kejohanan adalah 5 Mei 2019 (Ahad).

6.0 PENETAPAN YURAN PERTANDINGAN

6.1 Yuran pertandingan bagi setiap pasukan ialah RM200.


6.2 Tarikh akhir bagi pembayaran yuran pendaftaran samda secara tunai atau cek perlu
dijelaskan kepada pengelola pertandingan sebelum 23 April 2019.
6.3 Lebihan daripada yuran akan diberikan kepada PT untuk kegunaan latihan
pasukan MSSJ.

7.0 PENGESAHAN PASUKAN YANG BERTANDING

NAMA SEKOLAH BIL PASUKAN


SEK KEB BANDAR EASTER 2
SEK KEB SERI SETIA JAYA 2
SEK KEB TUN DR SYED NASIR 1
SEK KEB DATUK USMAN AWANG 1
SEK KEB TELUK HUTAN LESUNG 1
SEK KEB MUZAFAR SHAH 1
SEK KEB FELDA LOK HENG 1
JUMLAH 9
8.0 UNDIAN KUMPULAN

8.1 Undian Pasukan

KUMPULAN A KUMPULAN B KUMPULAN C


A1 SK BANDAR EASTER B B1 SK TUN DR SYED NASIR C1 SK BANDAR EASTER A
A2 SK DATUK USMAN B2 SK MUZAFAR SHAH C2 SK SERI SETIA JAYA A
AWANG
A3 SK SERI SETIA JAYA B B3 SK FELDA LOK HENG C3 SK TELUK HUTAN
LESUNG
8.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke kumpulan X dan Y

KUMPULAN X KUMPULAN Y
JOHAN A JOHAN C
JOHAN B N JOHAN A
N JOHAN C N JOHAN B

8.3 Akhir : JOHAN X vs JOHAN Y


Tempat 3 dan 4 : N JOHAN X vs NAIB JOHAN Y

9.0 PERLANTIKAN PENGADIL

9.1 Setiap sekolah diminta menghantar seorang pengadil untuk mengendalikan


perlawanan kecuali SK Felda Lok Heng yang tidak dapat menyediakan pengadil atas
sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun pengecualian ini hanya untuk kejohanan
tahun ini sahaja.

9.2 Senarai nama pengadil:

BIL NAMA PENGADIL SEKOLAH STATUS PENGADIL


1
2
3
4
5
6
7
8
9

10 HAL-HAL LAIN

10.1 Tempahan makanan boleh dibuat melalui nombor telefon yang akan diberikan oleh
En. Azeze.
10.2 Pengerusi menjelaskan tentang masalah air yang sedang dialami oleh pihak sekolah
pada masa ini.
10.3 Setiap pasukan perlu mengawal pergerakan murid agar tidak mengganggu proses
Pdpc di dalam kelas. Penggunaan kantin dan surau dibenarkan untuk kegunaan
pasukan yang memerlukan.
10.4 Pasukan kecemasan akan dibentuk daripada kalangan AJK bagi menghantar kes-kes
kecemasan ke klinik kesihatan berhampiran. Surat pemakluman kejohanan akan
dihantar ke klinik kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.
10.5 Pembentukan pasukan MSSJ akan dipilih dikalangan pasukan menjadi johan atau
naib johan namun sekiranya ada pemain lain yang dapat dikenalpasti daripada
pasukan lain juga akan diambil kira.
10.6 Jurulatih MSSJ kebiasaannya dilantik daripada pasukan yang menjadi johan.
10.7 Peruntukan untuk pasukan MSSJ adalah seramai 12 orang pemain dan 4 orang
pegawai.
11 PENUTUP

3.1 En. Nor Azan mengucapkan tahniah kerana terdapat peningkatan penyertaan
pasukan berbanding pada tahun lepas.
3.2 Beliau berharap agar kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Segala
permasalahan harap dapat diselesaikan terus semasa kejohanan.
3.3 Mesyuarat ditanggungkan pada pukul 4.30 petang.

You might also like