You are on page 1of 2

Kepentingan menghormati Kontrak Sosial

Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan
permuafakatan pelbagai kaum. Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di
kalangan pemimpin-pemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika
era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara
kaum kerana Berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap
hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.

Antara kepentingan Kontrak Sosial ialah Menyatupadukan Seluruh Rakyat Malaysia


Menjadi Satu Negara Bangsa yang Kuat dan Kukuh ikatan perpaduannya dimana
semua rakyat tertakluk dan menurut perintah atau undang-undang yang telah
dipersetujui ramai.

Contohnya, Kontrak Sosial merupakan satu perjanjian yang telah dipersetujui oleh
pelbagai pihak dan ini juga membawa maksud bahawa semua rakyat di negara ini
mengetahui tentang kandungan-kandungan yang terdapat di dalam perjanjian tersebut.

Dengan ini, jika terdapat apa-apa masalah perkauman atau terdapat isu-isu yang
sensitif yang telah dicungkilkan oleh mana-mana pihak, maka kita semua boleh merujuk
kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua orang.

Selain itu, Memudahkan Komunikasi Semua Penduduk Malaysia yang menpunyai


kepelbagaian dari segi bahasa dengan penggunaan Bahasa Melayu.

Salah satu unsur yang tertakluk di dalam Kontrak Sosial ialah mengiktirafkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara kita.

Dengan adanya unsur yang telah diperjanjikan ini, maka masyarakat Malaysia
yang menpunyai pelbagai-bagai jenis bahasa ibunda tidak akan menpunyai masalah
untuk berkomunikasi dalam kalangan etnik yang pelbagai.
Tujuan

Ianya juga bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau


kelompok masing-masing. Di samping itu, memastikan kepentingan majoriti dan
minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.

KOntrak Sosial sangat penting kerana memastikan persetujuan yang dicapai


kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan
yang berpanjangan. Ia juga memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan
menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Kesimpulannya, kontrak sosial adalah satu formula mewujudkan satu cara hidup
yang dinamik, aman dan terus membangun melalui perpaduan. Formula ini diamalkan
untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah negara maju. Tugas
rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak
keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme; dan pada masa yang sama terus
memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini dalam satu ikatan yang erat dan padu.
Dalam kata-kata yang ringkas, kontrak sosial menjunjung semangat keadilan dan
perpaduan berasaskan kepada prinsip ‘duduk sama rendah, berdirisama tinggi´. Dan
inilah semangat kontrak sosial yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah
masyarakat majmuk di Malaysia.

- Untuk melanjutkan kelangsungan pentadbiran yang cekap;

- Untuk mewujudkan keadaan politik yang stabil;

- Untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan rakyat;

- Untuk memupuk semangat petriotisme dan cintakan tanahair;

- Untuk mewujudkan masyarakat yang bebas dan adil;

- Untuk mencapai integrasi nasional; dan

- Untuk menjamin hak-hak istimewa orang-orang Melayu.

You might also like