You are on page 1of 6

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA LENGGONG

PERAK DARUL RIDZUAN

ULASAN ARTIKEL

Tema
Kontrak Sosial antara Kaum

Tajuk
Apa Itu Kontrak Sosial Masyarakat Malaysia

Penulis Artikel
Namri Sidek

Disediakan Oleh
FARZANA AMALIN BINTI ZULKIFLE (LG 1902524)

PENSYARAH
ENCIK NORASLAN BIN HJ NORASIM
Unit Pengajian Malaysia (DUA 20072)
Jabatan Pengajian Am

DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN REKA BENTUK


SESI JANUARI – JUN 2022
1.0 Pengenalan
Artikel bertajuk ‘Apa Itu Kontrak Sosial Masyarakat Malaysia?’ ditulis oleh Namri Sidek
dan diterbitkan dalam laman web Iluminasi.com. Beliau merupakan salah seorang
penulis bebas. Tulisan beliau ini diterbitkan pada 2 Ogos 2017 di laman Iluminasi.com.

Dalam artikelnya, beliau telah mengetengahkan isu kontrak sosial antara kaum.
Kontrak sosial dalam masyarakat Malaysia dimaksudkan sebagai kesepakatan
rundingan antara pemimpin-pemimpin kaum di Malaysia sebelum Negara mencapai
kemerdekaan. Rundingan tersebut berkaitan penerimaan kedudukan keistimewaan
orang Melayu dan penduduk asal Malaysia yang perlu diterima dan diiktiraf oleh kaum-
kaum lain. Sebagai tolak ansur, orang Melayu dan penduduk asal Malaysia
melonggarkan kepentingan-kepentingan mereka yang tertentu kepada kaum-kaum lain.
Kesepakatan ini dicapai melalui rundingan meja bulat sebagai perjanjian yang sah dan
perlu diakuri biarpun tidak dimaktudkan dalam perlembagaan.

2.0 Perbincangan Artikel


Isu mengenai kontrak sosial masyarakat Malaysia kembali menjadi buah mulut dalam
kalangan kerajaan dan rakyat Malaysia apabila Datuk Seri Lim Keng Yaik
menganjurkan kepada parti-parti politik agar meninggalkan amalan kontrak sosial yang
diamalkan selama ini di Malaysia. Susulan daripada insiden itu, timbullah pelbagai
spekulasi yang menyebabkan kerajaan Malaysia mengumumkan agar semua
perdebatan mengenai isu kontrak sosial dihentikan. Hujahnya kerana polemik ini
membuatkan rakyat Cina dan India kecil hati dengan kelebihan yang diberikan kepada
orang Melayu dan Bumiputera. Justeru artikel ini telah menjelaskan makna ‘kontrak
sosial’ bagi memastikan pemahaman yang dimaksudkan supaya isu tersebut tidak akan
timbul semula.
2.1 Kontrak Sosial ialah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka
Pada awal penulisannya, saudara Namri menyatakan bahawa kontrak sosial ialah
persetujuan yang dicapai melalui kemenangan Parti Perikatan pada Pilihan Raya.
Persetujuan ini menjadi kayu ukur kekuatan kontrak sosial. Secara majoriti rakyat
bersetuju untuk menerima kewujudan kontrak sosial antara masyarakat pelbagai
bangsa dan pemimpin setiap kaum Melayu, Cina dan India menerusi parti UMNO, MCA
dan MIC.

2.2 Kontrak sosial ialah kesefahaman yang menjurus kepada kemerdekaan


Negara
Penulis kemudiannya mendakwa ada sesetengah pihak yang mengatakan kontrak
sosial tidak wujud dalam perlembagaan. Dakwaan ini adalah benar tetapi kenyataannya
tanpa kontrak sosial yang telah disepakati bersama antara kaum, manakan mungkin
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dapat dimaktubkan untuk diterima pakai
oleh semua kaum. Seandainya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tidak berjaya
dimaktubkan maka mustahil bagi Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

2.3 Kontrak sosial mengambil kira faktor-faktor sentimen sejarah


Selanjutnya penulis menyatakan bahawa kontrak sosial dilihat bukan dari sudut
undang-undang tetapi sepatutnya dilihat dari faktor-faktor sentimen sejarah. Faktor-
faktor inilah yang memungkinkan pembentukan empat perkara berikut yang
merangkumi perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan
negara kita.

2.4 Kontrak sosial ialah titik tengah kepada persetujuan kesemua wakil-wakil
pemimpin
Menurut penulis, kontrak sosial ialah titik tengah kepada persetujuan kesemua wakil-
wakil pemimpin. Sebagai titik tengah inilah, Malaysia mampu lahir sebagai sebuah
negara berbilang bangsa yang mengamalkan sistem kenegaraan Melayu dengan
adanya semua persetujuan dalam kontrak sosial.

2.5 Kontrak sosial adalah asas persefahaman kepada pembentukan Malaysia


Sebagai yang akhirnya, penulis menegaskan bahawa kontrak sosial adalah asas
persefahaman kepada pembentukan Malaysia. Keistimewaan, kemakmuran dan
keharmonian hubungan antara kaum yang dicapai sekarang adalah hasil kewujudan
kontrak sosial yang disepakati bersama.

3.0 Mesej Penulis


3.1 Kontrak Sosial ialah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka
Pada awalnya, Namri Sidek cuba sampaikan mesej persetujuan kaum bukan hanya
pemimpin atau kumpulan elit tertentu sahaja. Persetujuan itu perlu mendapat sokongan
rakyat sehingga dibuktikan dengan kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955.
Oleh hal yang demikian itu, rakyat perlu benar-benar memahami fakta sejarah bahawa
kontrak sosial yang dicapai itu sebenarnya melalui proses muafakat dan musyawarah.

3.2 Kontrak sosial ialah kesefahaman yang menjurus kepada kemerdekaan


Negara
Mesej seterusnya yang didapati, walaupun hidup dalam kepelbagaian kaum, berbeza
dari segi agama, budaya dan sebagainya, kita tetap boleh hidup perpaduan dalam satu
kelompok yang amat harmonis kerana mengetahui tentang kepentingan untuk menjaga
hubungan persefahaman di Negara kita. Dengan adanya kontrak sosial yang seragam,
hubungan kaum di Malaysia tidak menjadi huru-hara kerana kita semua mengetahui
bahawa satu perjanjian telah dipersetujui dalam kontrak sosial tersebut. Jelas di sini,
tanpa kontrak sosial ini, mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun
1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan sebagai prasyarat.
3.3 Kontrak sosial mengambil kira faktor-faktor sentimen sejarah
Penulis juga cuba menyampaikan mesej bahawa kontrak sosial sepatutnya dilihat dari
faktor-faktor sentimen sejarah sebelum pembentukan perlembagaan, kemerdekaan,
hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara kita. Sebab itu, kontrak sosial adalah
kunci kepada hubungan kaum di Malaysia sebagaimana yang termaktub dalam
perlembagaan. Ia juga merupakan asas kepada sistem pemerintahan yang telah
menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep
negeri dan persekutuan.

3.4 Kontrak sosial ialah titik tengah kepada persetujuan kesemua wakil-wakil
pemimpin
Titik tengah kepada persetujuan kesemua wakil-wakil pemimpin dapat dilihat tanpa satu
pakatan murni yang melibatkan toleransi antara kaum di kalangan wakil-wakil
pemimpin, kejayaan tidak akan dicapai dalam menentukan hala tuju Negara ketika era
kemerdekaan. Dengan kebijaksanaan mereka, kemerdekaan Negara telah dicapai
tanpa menumpahkan darah. Sikap kerjasama dan sentiasa mengutamakan
perundingan dan kata sepakat telah menjadi pendekatan yang terbaik bagi masyarakat
majmuk di Persekutuan Tanah Melayu. Kepentingan kontrak sosial ini adalah sebagai
pemangkin kemerdekaan Tanah Melayu kerana kontrak sosial telah mendapat
persetujuan daripada kesemua wakil-wakil pemimpin dan boleh diterima oleh rakyat.

3.5 Kontrak sosial adalah asas persefahaman kepada pembentukan Malaysia


Penulis cuba menyampaikan mesej bahawa berganding bahu dalam kesepakatan
bersama dan persefahaman adalah penting dalam pembentukan Malaysia seperti
keistimewaan, kemakmuran dan keharmonian yang berjaya dicapai sekarang.
Keistimewaan ini hasil kewujudan kontrak sosial melalui persefahaman bersama antara
kaum, persefahaman pemimpin-pemimpin dan rakyat.
4.0 Penutup
Intihanya kontrak sosial mempunyai kepentingan dan kekuatannya tersendiri.
Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial
p e n t i n g u n t u k mewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan
kesedaran terhadap pentingnya faham-memahami, hormat-menghormati, harga-
menghargai dan bertolak ansur. Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebuah
negara yang aman damai dapat d i n i k m a t i b e r s a m a . J u s t e r u k o n t r a k
s o s i a l a d a l a h s e m a n g a t d a l a m a n y a n g kepentingannya tidak semata-mata
dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan p e r b i n c a n g a n i l m i a h , t e t a p i
j u g a d a r i s e g i h a k i k a t s e j a r a h d a n k e i k h l a s a n h a t i menjunjung hasrat murni
sebuah negara.

You might also like