You are on page 1of 20

Kepentingan Hubungan Etnik Dan Kontrak Sosial Dalam Konteks Hubungan Etnik

KEPENTINGAN HUBUNGAN ETNIK YANG HARMONIS Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata-mata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

Pengajaran daripada Peristiwa 13 mei 1969

Peristiwa 13 mei 1969 telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahliahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kata pepatah "yang baik buat teladan, yang buruk dijadikan sempadan." Pertama, rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Kedua, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Ketiga, perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Keempat dan akhir sekali, peristiwa 13 mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain. Kita harus bersikap toleran dan menghormati adat resam kumpulan-kumpulan etnik lain.

18

KONTRAK SOSIAL Pada pandangan saya, kontrak sosial ini adalah lebih merujuk kepada mewujudkan sesebuah negara yang stabil dan harmoni di mana rakyatnya dapat hidup dalam suasana yang aman dan tenteram. Seterusnya dapat mengatasi atau mengelakkan daripada berlakunya kekecohan atau huru-hara yang bukan sahaja antara sesama kaum malah antara kaum-kaum lain di Malaysia. Ia adalah unik kerana walaupun penduduknya terdiri daripada

berbilang etnik namun konflik antara kaum jarang berlaku. Jika berlaku tidaklah

sehingga menghancurkan negara. Di antara masalah utama ke arah kemerdekaan ialah masalah perpaduan. Ia berkait rapat dengan kepelbagaian keturunan, budaya, bahasa

dan agama. Setiap kaum mahukan bahasa ibundanya dijadikan bahasa kebangsaan. Di samping itu, kaum-kaum lain berasa bimbang apabila orang Melayu mahukan agama Islam dijadikan agama rasmi.

KONSEP KONTRAK SOSIAL

Konsep Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan Negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14-18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada merekadaripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian- bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysiaadalah sebuah negara sekular. Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran
19

Barisan Nasional yangmenegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayukepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah

mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu. Sebenarnya, Kontrak sosial merupakan watikah asas keadilan sosial untuk negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Malaysia. Teori kontrak sosial menurut pandangan ahli teori demokratik Eropah seperti Thomas Hobbes dan John Locke ialah bahawa manusia mewujudkan negara sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat. Perlembagaan

Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syaratsyarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-syarat perjanjian atau cabang undang-undang yg berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh ditakrifkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak sosial apabila diasimilasikan boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan ditetapkan oleh undang-undang ( perlembagaan) yang melibatkan semua masyarakat di sesebuah negara. Dalam sistem demokrasi moden, kontrak
20

sosial diungkapkan melalui pilihanraya. Pilihan raya merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam amalan system demokrasi berparlimen. Di Malaysia pilihan raya diadakan setiap lima tahun bagi pemerintah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Untuk memperoleh semula kuasa, pemerintah perlu mendapat mandat baru daripada rakyat melalui proses pengundian sulit oleh mereka yang layak mengundi. Pada umumnya kontrak sosial mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, kontrak sosial penting untuk mewujudkan masyarakat yang kental, utuh dan kukuh berasaskan kesedaran terhadap pentingnya faham memahami, hormat menghormati, harga menghargai dan bertolak ansur. Manfaatnya terjelma dalam kehidupan sebauah negara yang aman damai dapat dinikmati bersama. Justeru kontrak sosial adalah semangat dalaman yang kepentingannya tidak sematamata dihujahkan dengan bersandarkan perundangan dan perbincangan ilmiah, tetapi juga dari segi hakikat sejarah dan keikhlasan hati menjunjung hasrat murni sebuah Negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau perjanjian, walaupun ada

sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh dipinda mengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan persetujuan bersama atau keizinan

bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja. Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, asal usul dan rintitan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan, diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti memahami dan

21

menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni. Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara sungguh-sungguh, terutama melalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

UNSUR-UNSUR BERKAITAN DENGAN KONTRAK SOSIAL Perlembagaan Persekutuan adalah hasil daripada persetujuan yang tercapai antara penduduk di Malaysia daripada kalangan kaum Melayu, Cina dan India. Perlembagaan Malaysia bukan sahaja dokumen perundangan akan tetapi ia adalah kontrak sosial dan perjanjian perdamaian. [Ahmad Mohd Ibrahim, 1995]. Beberapa peruntukan yang digubal dalam perlembagaan mengekalkan beberapa elemen penting yang menjadi tradisi sejak zaman sebelum penjajahan British lagi. Para penggubal mengangap elemen-elemen tersebut penting memandangkan peranan yang dimainkan dalam menjaga kestabilan negara terutamanya dalam konteks Negara Malaysia yang berbilang kaum [Mohamed Suffian Hashim, 1984]. Peruntukan itu adalah hasil proses tawar menawar pada asasnya merupakan semangat perjanjian di sebalik pembentukan perlembagaan tahun 1957. Inilah asas yang menjadi perjanjian sosial di antara masyarakat majmuk di Malaysia dengan memberi pengorbanan dalam sebahagian hak mereka dan menghormati hak sebahagian komuniti yang lain demi untuk keseimbangan dalam masyarakat bernegara. Sebahagian besar ciri-ciri utama yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan adalah unsur kontrak sosial yang dipersetujui oleh semua pihak. Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan. Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang mendiami Tanah Melayu memasukkannya kedalam Perlembagaan bagi mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang
22

mengekalkan keistimewaan

Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa kebangsaan.

bahasa Melayu sebagai

Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. ApabilaTanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula tergugat. Penjajah British memperkenalkan undang-undang beraja sebelum memberi

kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Beberapa abad lamanya orang Melayu diperintah berdasarkan pemerintahan beraja. Mereka

diperintah oleh sultan dan kepadanya diberikan sepenuh taat setia. Kesultanan Melayu

merupakan elemen penting dalam masyarakat Melayu. Ianya mengekalkan simbol penting bagi survival orang-orang Melayu. Semasa pemerintahan British pun raja-raja masih dianggap sebagai raja yang berdaulat[14] dan masih lagi mempunyai kuasa bagi hal-hal tertentu bagi negeri masing-masing meskipun mereka dipaksa menerima beberapa triti dengan British untuk menerima penasihat British. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh Abbas, 1997]. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isi kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja

dengan sendirinya menekankan ciriciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari,

1999].

23

Masyarakat

Melayu

bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka

olehBritish. Selain itu juga,

sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas dibawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan bagi mereka

kedudukan dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan termasuk permit atau lessen perniagaan. Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undangundang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu

dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu juga , hak keistimewaan orang melayu dalam Perlembagaan Persekutuan adalah satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan orang Melayu iaitu pribumi di Malaysia.

24

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL Kepentingan Kontrak sosial memainkan peranan penting di dalam menjaga dan mempertahankan prinsip ketuanan Melayu. Kontrak ini sebenarnya telah dipersetujui dahulu dan ia adalah perjanjian antara orang Melayu dengan orang bukan melayu di dalam kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan pemberian hak kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu. Namun penekanan yang lemah tentang perkara ini telah menyebabkan ramai golongan muda sekarang tidak mengetahui perkara ini. Sepatutnya golongan bukan Melayu dan Bumiputera harus tahu bahawa kontrak sosial ini masih digunapakai dan perlu diikuti sehingga bila - bila. Namun dewasa ini, perkara ini telah di ambil mudah dan menyebabkan ramai pihak lupa akan perkara ini maka wujudlah pelbagai ancaman dan soal hak keistimewaan orang Melayu dan kau Bumiputera dipertikaikan. Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak

sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum diMalaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh

perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahandalam

keharmonian kaum. Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang

mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan

25

patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontraksosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang

diberikan kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran. Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai sesuatu yang sudah berlalu. Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan

kerana bagi mereka ia adalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi masyarakat bumiputera pula diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat tertentu, perlindungan melalui fasal-fasa l dalam

Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum

bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah keduadua pihak harus saling memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik

berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan. Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah

ditimbulkan oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia 83

(Suqiu) satu ketika dahulu iaitu tentang

tuntutan yang antaranya menuntut agar semua orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan

menghapuskan hak istimewa orang Melayu. [Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan - PM -Kerajaan menolak samasekali tuntutan hapuskan hak istimewa Disember 1998]. orang Melayu", 24

26

Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai kemerdekaan. [Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum - Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan

masyarakat Cina dan India merasa kecil hati. Malah negara kita juga pernah gempar dengan

kontroversi berkaitan isu agama iaitu tentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara

Agama (IFC) dan usahaKumpulan Artikel 11 yang giat berkempen ke seluruh negara atas nama kebebasan individu untuk bebas beragama sehingga menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam setiap kali mengadakan

kempen-kempen peneranganmereka. [Utusan Malaysia, "Agama: Amaran Pemuda UMNO bangkit kesedaran", 16November 2006]. Ini adalah rentetan daripada polemik kes Lina Joy dan juga kesperebutan mayat Moorthy, Nyonya Tahir dan juga terbaru Rayappan antara keluarga simati dan juga Jabatan Agama Islam. Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka akan memebi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika ini berlaku sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu, bagi mengelakkan rasa prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara terbuka.

27

KESIMPULAN Berdasarkan pengalaman 13 mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik. Peristiwa tersebut telah mendedehakan kepada kita semua bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak sematamata terletak pada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mapan. Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik

yangharmonis.

Sekiranya tidak dilakukan, dalam sekelip mata, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik yang kita nikmati akan tergugat sekiranya berlaku lagi konflik etnik secara terbuka seperti peristiwa 13 mei 1969.

28

Refleksi

Selamat Sejahtera. Saya Jeevitha a/p Muniyandy dari J13. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En.Shanmuga Velu yang memberikan tugasan ini dan menerangkan tugasan ini dengan baik. Saya banyak menggunakan masa untuk bertanya tentang kerja kursus ini kepada En.Shan dan beliau telah banyak meluangkan masa dengan saya untuk menerangkan kerja kursus ini. Dengan penjelasaan beliau dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Penjelasan beliau amat jelas bagi saya. Saya juga amat berterima kasih kepada tuhan kerana memberikan saya kesihatan dan telah membantu saya menyiapkan kerja kursus pendek ini tanpa sebarang masalah. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sekolah menengah saya iaitu Pn.Ho, guru Sejarah Sekolah Menengah yang memberikan banyak sokongan moral untuk mendapatkan maklumat tentang kerja kursus ini. Saya juga telah pergi ke perpustakaan Tun Razak untuk mencari bahan yang berkaitan dengan kerja kursus Hubungan Etnik. Pada pandangan saya, kerja kursus ini memberi manfaat kepada saya. Ini kerana sebelum membuat kerja kursus ini saya tidak berapa tahu tentang pemupukan hubungan Etnik di Malaysia. Selepas membuat kerja kursus Hubungan Etnik ini, saya dapat mengetahui tentang konsep Hubungan Etnik, Perancangan Pembangunan lima tahun, garis masa pemupukan Hubungan Etnik di Malaysia dan akhir sekali ialah kepentingan Hubungan Etnik dan Kontrak Sosial dalam konteks Hubungan Etnik.
29

Dalam kerja kursus ini, saya telah membuat soalan satu iaitu membuat peta minda berdasarkan konsep hubungan etnik dan perancangan pembangunan lima tahun. Dari situ dapat saya belajar untuk membuat peta minda dengan menggunakan fakta-fakta. Saya telah berjaya menyiapkan peta minda dengan merujuk kepada modul Hubungan Etnik dan maklumat daripada Internet. Saya telah bermula untuk membuat soalan satu selepas saya mengkaji segala fakta yang saya terima. Saya tidak akan melupakan kerja kursus sampai bila-bila ini kerana saya dan ahli kumpulan berusaha menghabiskan kerja kursus Ini tanpa mengira siang malam dalam tempoh masa yang pendek. En.Shan telah memarahi kelas kami kerana tidak menghantar kerja kursus ini sebelum cuti bulan Mac. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan saya membuat keputusan untuk menghantat lebih awal dan berganding bahu untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan berjayanya. Ahkir kata, saya harap kerja kursus sedemikian ini harus diberikan kepada guruguru pelatih pada masa akan datang. Berjuta-juta terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang membantu saya. Sekian, terima kasih

30

REFLEKSI Saya Anigala a/p Mahadevan telah menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya dalam masa yang ditetapkan. Pertama sekali saya menyusun sepuluh jari saya berterima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana mengurniakan kesihatan yang baik untuk saya bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Selain itu, tidak saya lupa pensyarah pembimbing saya En Shanmuga Velu yang banyak membantu saya dalam kerja kursus ini dengan memberikan maklumat tanpa jemu. Melalui kerja ini, saya dapat menimba pengetahuan tentang hubungan etnik di Malaysia. Salah satunya adalah, saya mendapati bahawa Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telah pun menetap di tanah ini selama 5 abad. Kita tinggal di bawah satu bumbung yang sama. Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Saya dapat mempelajari bahawa kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri. Untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ....the road to a cohesive and progressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri. Melalui kerja kursus ini juga saya mendapati bahawa, semua etnik masingmasing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini kerana mereka menganggap tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, saya juga mendapati adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza.

31

Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Pada pengetahuan saya, bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Kesimpulannya, saya mendapati perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan. SEKIAN, TERIMA KASIH.

32

REFLEKSI

Selamat sejahtera dan salam satu malaysia. Saya ruby danny dari j-13 dapat menyempurnakan kerja kursus hubungan etnik (waj 3106) ini dengan baik. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada encik shanmuga velu

subramaniam kerana beliau banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Dalam kerja kursus ini, saya diarahkan untuk mengaji soalan dua yang berkaitan tentang garis masa untuk menunjukkan sejarah pemupukan hubungan etnik di malaysia. Saya mendapat satu gambaran yang jelas mengenai garis masa sejarah pembentukan hubungan etnik di malaysia. Dalam negara kita, terdapat penduduk yang berbilang kaum dengan latar belakang sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai hidup yang berbeza. Melaui kerja kursus ini, saya faham hubungan etnik bermula melaui dasar penjajah british telah menggalakkan kemasukan imigran asing terutamanya dari china dan india datang ke malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Dengan ini, orang cina digalakkan datang kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Bagi orang india pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan. kedua-dua sektor ekonomi ini adalah tulang belakang ekonomi british di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang kaum di malaysia dan setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan sistem persekolahan yang
33

berbeza. Maka wujudnya, kepelbagaian etnik di malaysia yang membawa pelbagai corak hubungan etnik. Setelah saya membuat soalan kedua ini, saya telah mendapat banyak pengetahuan tentang segala fakta yang terdapat dalam sejarah pemupukan hubungan etnik di Malaysia. sebagai warga Malaysia, kita patutlah mengambil tahu tentang perkara-perkara ini. Barulah kita boleh dikatakan warga Malaysia yang sempurna. Sebagai bakal guru yang bertanggungjawab, kita hendaklah mengajar semua perkara ini kepada murid-murid kita supaya mereka pun berpengetahuan tentang dalam sejarah hubungan etnik negara kita. Kesimpulannya, kerja kursus ini memberi banyak faedah bagi saya dari segi pengetahuan dan pengalaman. Saya amat gembira setelah menghabiskan kerja kursus ini. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan saya kerana mereka juga memberi banyak pertolongan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan berjayanya. Sekian, terima kasih.

34

REFLEKSI

Saya Rajiv Rao a/l Mohan Raw dari unit j13 ingin melafazkan ribuan kesyukuran pada tuhan kerana limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus hubungan etnik (waj 3106) dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi bimbingan dan menjadi pembakar semangat untuk kami dalam menyiapkan kerja kursus ini. Terlebih dahulu kami ingin menujukan jutaan penghargaan kepada pensyarah kami iaitu, encik shanmuga velu subraramaniam yang telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang menyiapkan projek ini. Dengan kerja kursus pendek ini saya dapat melengkapkan diri saya dengan pengetahuan berkaitan dengan hubungan etnik di malaysia. Saya telah melaksanakan kerja ini bersama dengan tiga orang ahli kumpulan saya. Kami telah membahagikan tugas secara sama rata. Saya telah diberi tajuk yang ketiga, iaitu kepentingan hubungan etnik dan kontrak sosial dalam konteks hubungan etnik. Setelah saya membuat bahagian ini, saya mendapat tahu tentang kepentingan kepentingan hubungan etnik di negara kita dengan sepenuhnya. Antara salah satunya ialah ia penting untuk menggelakkan berlakunya peristiwa seperti yan telah berlaku pada 13 mei. Melalui hubungan etnik yang harmonis, kita dapat memperolehi banyak manfaat. Sebagai rakyat malaysia yang kita hendaklah berusaha untuk memupuk mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini kami selalu mengadakan perbincangan demi menjaga standard kerja kursus. Kami juga telah pergi ke perpustakaan awam tun.
35

Saya berasa sangat bangga terhadap kumpulan saya, kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekali lagi saya mewakili kumpulan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menolong dari segi sumber kewangan dan dorongan bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi membantu kami untuk mengumpul maklumat bagi berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. secara keseluruhannya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua pihak yang membantu saya dalam merealisasikan impian menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih sempurna. Sekian, terima kasih.

36

RUJUKAN Buku Ahmad Tarmizi bin Talib. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Datuk Dr. (2007). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti UiTM (UPENA). Prof Madya Dr Zaid, Dr Ruslan, Dr Sarjit. (2010). Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua: Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Zaid Ahmad, Dr. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

INTERNET http://www.scribd.com/doc/11461255/KULIAH-1-2-HUBUNGAN-ETNIK-DI-MALAYSIASECARA-UMUM-KONSEP-ASAS-HUBUNGAN-ETNIK

http://www.scribd.com/doc/36998096/PenGenAlan-Dan-Kepentingan-Kontrak-Sosial

http://hubunganetnik-malaysia.blogspot.com/2010/01/dua-asas-utama-kontraksosial.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Rancangan_Malaysia

http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-asas-hubungan-etnik_23.html

37

You might also like