You are on page 1of 3

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK 14 Pengurusan Audit Dalam

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan menentukan kaedah mengendalikan Audit Dalam supaya dapat
dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam tahun semasa dengan teratur dan cekap bagi
memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti dan tindakan penambahbaikan dapat
dilaksanakan di semua sekolah Wilayah Bangsar & Pudu.

2. SKOP

Prosedur ini diguna pakai oleh Unit Jaminan Kualiti, Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu
dan pihak pengurusan di sekolah dalam merancang serta melaksanakan aktiviti Audit Dalam bagi
proses pengurusan pembelajaran dan pengajaran mengikut kekerapan yang ditetapkan dalam Jadual
Audit Dalam Tahunan.

3. RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti


3.2 PK 13 Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod
3.3 PK 15 Tindakan Pembetulan, Pencegahan & Penambahbaikan
3.4 PK 16 Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur

4. DEFINISI

Audit Dalam : Satu proses semakan oleh Juruaudit Dalam


bagi menentukan sistem pengurusan kualiti dilaksanakan
dengan baik.

Mesyuarat Penyelarasan : Mesyuarat Penyelarasan Pelaporan Hasil Audit


Pelaporan Hasil Audit dilaksanakan bagi membuat penyelarasan laporan Audit Dalam

Tindakan Pembetulan : Tindakan-tindakan untuk menghapuskan punca ketidakpatuhan


supaya tidak berlaku lagi.

Tindakan Pencegahan : Tindakan-tindakan bagi menghapuskan punca-punca ketidakpatuhan


yang dijangkakan bagi menghalang ianya berlaku.
Audit Susulan : Audit Susulan bertujuan mengesahkan tindakan pembetulan dan
pencegahan telah diambil.

Pasukan Audit Dalam : Pegawai yang telah mendapat latihan audit dalam dan dilantik
oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu bagi
menjalankan aktiviti pengauditan pengurusan pembelajaran dan
pengajaran.
Laporan Maklum Balas : Laporan yang disediakan oleh Pasukan Audit Dalam berkenaan
dengan status tindakan pembetulan dan pencegahan.

Jadual Audit Dalam : Dokumen yang mengandungi kekerapan Audit Dalam yang perlu
diadakan, tarikh menjalankan Audit Dalam sepanjang tahun.
WP : Wakil Pengurusan

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu Muka Surat 1
| 02 Februari 2016 – Keluaran 04 | Pindaan 00
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK 14 Pengurusan Audit Dalam

PADWBP : Pasukan Audit Dalam Wilayah Bangsar & Pudu


PQWBP : Pengurus Kualiti Wilayah Bangsar & Pudu
KJWBP : Ketua Juruaudit Wilayah Bangsar & Pudu
P : Pengetua
GB : Guru Besar
PADS : Pasukan Audit Dalam Sekolah
PQS : Pengurus Kualiti Sekolah
KJS : Ketua Juruaudit Sekolah

5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN RUJUKAN

TPP/TPPD/PQWBP 5.1 Melantik Pasukan Audit Dalam peringkat Surat Pelantikan


Wilayah Bangsar & Pudu Pasukan Audit
Dalam PPWBP

KJWBP/PADWBP 5.2 Menyediakan Jadual Audit Dalam Peringkat Wilayah Jadual Audit Dalam,
Bangsar & Pudu. Surat Arahan

Surat
P/GB/GPK/PQS 5.2 Melantik Pasukan Audit Dalam Sekolah dan
Pelantikan
mengarahkan Pasukan Audit Dalam sekolah
Surat Arahan
menyediakan pengurusan audit dalam sekolah.

KJS/PAD 5.3 Menyediakan perancangan tahunan pasukan audit


Jadual Perancangan
dalam sekolah.
PAD
Jadual Audit Dalam
5.4 Menyediakan Jadual Audit Dalam untuk sepanjang SPSK PK 14 - 1
tahun yang mengandungi perkara-perkara berikut :
a. Tarikh untuk menjalankan audit.
b. No. dan Nama Prosedur, Auditor dan
Auditee.

5.5. Menjalankan Audit Dalam SPSK PK 14-1


PAD SPSK PK 14-2
SPSK PK 14-3
SPSK PK 14-4
SPSK PK 14-5

Laporan Audit Dalam


PAD 5.6. Menjalankan mesyuarat Penyelarasan
Pelaporan Hasil Audit .

Laporan Audit Dalam


KJS 5.7 Menyerahkan laporan Keseluruhan Audit Dalam
kepada PQWBP di Unit Jaminan Kualiti
Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu.

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu Muka Surat 2
| 02 Februari 2016 – Keluaran 04 | Pindaan 00
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL PK 14 Pengurusan Audit Dalam

KJWBP 5.8. Menerima dan meneliti Laporan Audit Dalam Laporan Audit Dalam
Sekolah dan melaksanakan tindakan-
tindakan yang berikut:
a. Memastikan tindakan pembetulan
dilaksanakan oleh PQS/KJS dan
menguruskan laporan tindakan
pembetulan.
b. Mengenal pasti tindakan pencegahan
yang perlu diambil.
c. Mengemukakan satu salinan tindakan
pembetulan dan pencegahan yang
diambil kepada Pengurus Kualiti
PPWBP di Unit Jaminan Kualiti
Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar
& Pudu.

KJWBP/PADWBP 5.9. Menjalankan Audit Susulan (Jika perlu) Laporan Audit


Susulan
WP/PQS 5.10 Menyerahkan Laporan Audit Susulan
kepada Pengurus Kualiti PPWBP.

5.11 Membentangkan Laporan Audit Minit


dalam mesyuarat. Mesyuarat

5.12 Sekiranya terdapat langkah-langkah


yang tidak mematuhi spesifikasi,
ambil tindakan pembetulan merujuk
kepada PK 16 Pengurusan Kawalan
Perkhidmatan Yang Tidak Akur

6. REKOD KUALITI

Bil Jenis Rekod Tempoh Lokasi


Unit Jaminan Kualiti Wilayah Bangsar &
1. Jadual Audit Dalam Tahunan 1 Tahun
Pudu dan Sekolah
1 Tahun Unit Jaminan Kualiti Wilayah Bangsar &
2. Laporan Audit Dalam
Pudu dan Sekolah
Laporan Tindakan Pembetulan dan 1 Tahun Unit Jaminan Kualiti Wilayah Bangsar &
3.
Pencegahan Pudu dan Sekolah
1 Tahun Unit Jaminan Kualiti Wilayah Bangsar &
4. Catatan Audit
Pudu dan Sekolah

Hak Cipta Terpelihara © Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar & Pudu Muka Surat 3
| 02 Februari 2016 – Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like