You are on page 1of 4

SEKTOR JAMINAN KUALITI

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR


Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)

PK17

KAJIAN SEMULA
Negeri Johor

PENGURUSAN

http://spsk.firdz.net

01 Februari 2017 : Keluaran 04 : Pindaan 00


PK17 – Kajian Semula Pengurusan

1. OBJEKTIF

Menggariskan tatacara menilai dan mengkaji semula pelaksanaan sistem


pengurusan kualiti sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan sistem
tersebut berkesan dan mencapai objektif kualiti yang ditetapkan.

2. SKOP

Diguna pakai oleh pihak pengurusan atasan semasa mengkaji semula pelaksanaan
sistem pengurusan kualiti yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Johor.

3. RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti


3.2 PK 12 Pengurusan Kawalan Dokumen dan Rekod
3.3 PK 14 Pengurusan Audit Dalam
3.4 PK 16 Tindakan Pembetulan, Pencegahan & Penambahbaikan
3.5 PK 08 Aduan Pelanggan
3.6 PK 04 Pengurusan Pencerapan
3.7 PK 07 Pengurusan Mesyuarat

4. DEFINISI

Sila rujuk Definisi Singkatan Perkataan (Manual SPSK)

4.1. Jawatankuasa Pengurusan MKSP

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan – Mesyuarat Pengurusan Tertinggi


yang dipengerusi oleh Pengarah Pendidikan Johor. Keahlian terdiri daripada
Timbalan Pengarah Pendidikan Johor, Pengurus Kualiti Negeri Johor, Ketua
Juruaudit Negeri Johor, Ketua-Ketua Sektor, Pegawai-Pegawai Pendidikan
Daerah dan Jawatankuasa Teknikal SPSK Negeri Johor.

4.2. Ketua Sektor Jaminan Kualiti atau Pengurus Kualiti Negeri, jika diperlukan
boleh menjemput mana-mana pegawai Jabatan Pendidikan Johor atau pihak
pentadbir sekolah SRNJ / SMNJ yang lain untuk menghadiri mesyuarat kajian
semula pengurusan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor Muka Surat | 2
| 01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK17 – Kajian Semula Pengurusan

5. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

KS SJQ 5.1 Berbincang dengan PQN /KJN untuk menentukan tarikh, masa
dan tempat mesyuarat.

5.2 Menguruskan panggilan mesyuarat

Pengarah Pelajaran 5.3 Mempengerusikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan


Johor
5.4 Melantik setiausaha mesyuarat yang dipilih daripada ahli
mesyuarat secara bergilir-gilir.

PQN / KJN 5.5 Membentangkan laporan-laporan dalam Mesyuarat Kajian


Semula Pengurusan yang merangkumi :

i) Penemuan audit
ii) Maklum balas pelanggan
iii) Prestasi proses penyampaian perkhidmatan yang tidak
memenuhi keperluan yang ditetapkan
iv) Status tindakan pencegahan dan pembetulan
v) Tindakan susulan daripada kajian semula pengurusan yang
lepas
vi) Perubahan-perubahan yang boleh memberi kesan kepada
sistem pengurusan kualiti; dan
vii) Cadangan-cadangan untuk penambahbaikan

Ahli Mesyuarat yang 5.6 Menyediakan minit mesyuarat dan menyerahkan kepada PQN /
dilantik sebagai KJN untuk semakan.
Pencatat Minit
Mesyuarat

PQN /KJN 5.7 Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli mesyuarat.

PGB 5.8 Memastikan tindakan pembetulan, pencegahan dan


penambahbaikan yang perlu diambil.

PQS/ GPK 5.9 Melaksanakan tindakan pembetulan terhadap sistem pengurusan


kualiti yang tidak dipatuhi dan cadangan–cadangan
penambahbaikan yang diarahkan.

PQS / GPK 5.10 Melaporkan maklum balas tindakan-tindakan pembetulan dan


penambahbaikan yang telah diambil kepada JPN.

5.11 Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi


spesifikasi, ambil tindakan pembetulan (Rujuk PK 15 :
Pengurusan Kawalan Perkhidmatan Yang Tidak Akur)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor Muka Surat | 3
| 01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00
PK17 – Kajian Semula Pengurusan

6. REKOD KUALITI

Bil. Rekod Tempoh Lokasi


Surat Panggilan Mesyuarat Kajian Pejabat Sektor Jaminan
1. 2 tahun
Semula Pengurusan Kualiti
Minit Mesyuarat Kajian Semula Pejabat Sektor Jaminan
2. 2 tahun
Pengurusan Kualiti
Laporan Maklumbalas Tindakan
Pejabat Sektor Jaminan
3. Pembetulan Sistem Kualiti yang tidak 2 tahun
Kualiti
dipatuhi

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor Muka Surat | 4
| 01 Februari 2017 - Keluaran 04 | Pindaan 00

You might also like