You are on page 1of 6

KANDUNGAN PIAGAM MADINAH

Terdapat 10 Bahagian dan mengandungi 47 fasal.

23 fasal mengenal peraturan sesama Islam dan 24 fasal tentang orang Yahudi.

Antara kandungannya ialah:

1. Mengakui Nabi Muhammad SAW, ketua Negara Madinah.

2. Mengakui Ansar dan Muhajirin sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap agama, rasul dan
masyarakat Islam.

3. Setiap kaum bebas beragama dan mengamalkan cara hidup masing-masing.

4. Orang Islam dan Yahudi bertanggungjawab terhadap keselamatan Negara daripada serangan
musuh.

5. Orang Yahudi dibenarkan hidup dengan cara mereka serta menghormati orang Islam tetapi tidak
dibenarkan melindungi orang Musyrikin Quraisy.

6. Setiap masyarakat bertanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan perpaduan di


Madinah.

7. Setiap individu tidak boleh menyakiti dan memusuhi individu atau kaum lain. Hendaklah tolong-
menolong demi pembangunan, ekonomi, dan keselamatan.

8. Setiap kaum perlu merujuk Rasulullah SAW (ketua negara) jika berlaku perbalahan.

9. Mana-mana pihak dilarang berhubungan dengan pihak luar terutama Musyrikin Mekah dan
sekutu mereka.

10. Piagam ini mempunyai kuasa melindungi pihak yang mempersetujuinya dan hak
mengambil tindakan pada sesiapa yang melanggarnya.

2.6.2 Kesan Positif Setelah Piagam Madinah Termeterai

Hikmah daripada piagam Madinah, penduduk Madinah yang berbilang bangsa dan agama
hidup bersatu padu. Selain itu, ajaran Islam yang murni dan akhlak nabi yang terpuji menarik
minat golongan musyrikin untuk memeluk Islam. Maka syiar Islam pun berkembang.
Bilangan umat Islam pula semakin bertambah sekali gus memperkukuhkan negara Islam
Madinah di persada Tanah Arab dan setanding kerajaan dunia semasa ketika itu seperti
Rom dan Parsi. Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah yang termeteri dalam
melihat kesan positif perjanjian tersebut, dapatlah anda lihat dalam Jadual 6.2 di bawah ini.

Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam Madinah

Piagam Madinah terakam dalam lebaran tamadun kemanusiaan sebagai undang-undang


bertulis yang diiktiraf sebagai yang terawal dalam sejarah dunia. Daripada peristiwa besar
dalam Sirah Rasul berupa pembentukan Piagam Madinah ini, dapatlah kita rumuskan
beberapa pengajaran penting antaranya:

i.Negara tanpa undang-undang, ibarat manusia tanpa pedoman, manusia akan


sesuka hatinya melakukan pelbagai jenayah tanpa rasa segan dan malu. Hawa
nafsu dijadikan Tuhan sebagai bertentangan dengan suruhan Ilahi. Perasaan
kemanusiaan akan pudar dan hilang. Oleh itu, mewujudkan negara berperaturan
adalah amat wajar demi keselamatan rakyat seluruhnya.

ii.Rasulullah s.a.w sebagai pembimbing umat menyebarkan dakwah kepada penduduk


Madinah melalui kebijaksanaannya memimpin dengan mewujudkan Piagam
Madinah. Justeru, umat Islam seharusnya mencontohi Nabi dalam segenap aspek
kehidupan termasuk pentadbiran negara yang berdaulat dan merdeka.

iii.Peraturan dan undang-undang yang terlaksana mewujudkan iklim politik yang stabil
dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Peningkatan ekonomi penduduk Madinah
dapat dirasai, berbanding sebelumnya. Ini disebabkan ramai pedagang-pedagang
berhijrah ke Madinah untuk berniaga dalam keadaan selamat dan mendapat hasil
yang menguntungkan setelah diyakini politik negara itu yang stabil.

iv.Persefahaman dan undang-undang yang kemas menyeragamkan hubungan


masyarakat setempat dan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum. Dengan
Piagam Madinah, terbukti kehidupan masyarakat Madinah yang majmuk tersebut
bertambah harmoni dan jauh daripada api sengketa atau permusuhan dalaman
antara komuniti setempat.

v.Undang-undang seharusnya meletakkan Allah s.w.t dan RasulNya sebagai tonggak


tertinggi, agar wujudlah negara yang dijoloki sebagai Baldatun Taibatun wa Rabbun
Ghafur. Dengan itu, terhasil sebuah negara yang dinaungi rahmat dan berkat
daripada Allah Yang Maha Kuasa. Penduduk Madinah mentaati Rasulullah dalam
peristiwa ini sebagai ketua dalam negara sekali gus menjadikan syariat Islam
sebagai sumber perundangan yang paling utama.

“…Kesejahteraan umat manusia tidak dapat diwujudkan di dunia maupun di akhirat, kecuali
mereka bergabung menjadi sebuah masyarakat, bekerja sama dan saling menolong. Kerja sama
dan tolong-menolong tersebut perlu untuk menciptakan kesejahteraan dan mencegah
kesengsaraan. Kerana alasan inilah, dikatakan bahawa manusia pada dasarnya adalah makhluk
sosial. Apabila umat manusia telah diorganisasikan, sudah pasti banyak hal-hal yang harus
mereka lakukan untuk mewujudkan kesejahteraan mereka dan banyak pula hal-hal yang tidak
boleh mereka lakukan kerana akibatnya sangat buruk….” (Ibnu Taimiyah, dipetik oleh Qadir 2001).
Petikan kata-kata Ibnu Taimiyah di atas amat bersesuaian sekali dengan ungkapan: “negara adalah
wajah dunia yang kita inginkan”. Inilah idea dan konsep (the core idea) yang cuba diketengahkan
agar dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Sebenarnya, kontrak sosial telah wujud sejak lebih
1,400 tahun yang lalu di sebuah negara yang dinamai Madinah al-Munawarah. Qadir (2001)
menjelaskan Rasulullah SAW bersama-sama dengan para sahabatnya, pada tahun pertama Hijrah
(622 M), telah membuat suatu “Perjanjian Masyarakat” (Kontrak Sosial) dengan seluruh penduduk
Madinah dan sekitarnya, baik yang muslim mahu pun nonmuslim. Perjanjian masyarakat ini terkenal
dengan nama Piagam Madinah atau “Piagam Nabi Muhammad SAW.” Kerana Piagam Madinah
dibuat secara tertulis, secara historis piagam ini merupakan “perjanjian masyarakat” tertulis tertua di
dunia.
Qadir memperakui bahawa Hobbes-lah yang mengemukakan teori negara berdasarkan perjanjian
masyarakat. Selain itu, tokoh-tokoh lain adalah seperti Grotius, Althusius, Locke, Montesqieu, dan
Rousseau. Qadir menjelaskan, pada bab 4 buku Du Contract Social, Rousseau menulis:
“…Saya berpendapat, manusia telah sampai pada keadaan yang membahayakan dalam kehidupan
mereka yang liar, kerana kekerasan dan perkelahian dapat dilakukan oleh tiap orang setiap saat.
Keadaan primitif ini tidak dapat berlangsung lebih lama lagi, kerana boleh mengancam kepunahan
(kemusnahan) jenis manusia. Kerana itu, manusia harus mengganti cara hidupnya. Sebab
manusia tidak dapat menghasilkan tenaga-tenaga baru, tapi hanya dapat mempersatukan dan
mengumpulkan yang telah ada. Kerana itu, tidak ada jalan lain dalam mempertahankan diri,
kecuali membentuk bersama-sama sejumlah kekuatan yang dapat mengatasi perkelahian
(pergaduhan atau persengketaan); dan mengunakan kekuatan itu untuk keselamatan dan
kebutuhan (keperluan) bersama…” (Qadir 2001).
Gerald dan Fred (2008) sependapat dengan menyatakan secara tradisinya pendapat tentang kontrak
sosial oleh Hobbes, Locke, dan Rousseau adalah bergantung kepada idea consent atau persetujuan
atau perjanjian (e-Kamus 2004). Menurut mereka, Locke telah menyatakan: only “consent of free-
men” could make them members of government. Ideaconsent inilah yang telah mengikat masyarakat
(melalui perjanjian) secara normatif. Berikut penjelasan oleh Gerald dan Fred (2008):
“…By putting consent at the center of their contracts these early modern contract theorists (1) were
clearly supposing that individuals had basic normative powers over themselves before they entered
into the social contract (a point of Hume [1741] stressed), and (2) brought the question of political
obligation to the fore. If the parties have the power to bind themselves by exercising this normative
power, then the upshot of social contract was obligation. As Hobbes (1651) insisted, covenants bind;
that is why they are artificial chains…” (Gerald dan Fred 2008).
Walau bagaimanapun, Qadir (2001) menjelaskan tentang teori timbulnya sebuah negara apabila
beliau menyatakan bahawa dengan mengajukan beberapa teori tentang lahirnya suatu negara, baik
dari para pemikir Muslim mahupun bukan Muslim. Ini kerana tampak jelas bahawa ahli fikir muslim,
khususnya Al-Ghazali, ratusan tahun sebelum para ahli fikir Barat nonmuslim seperti Austin, Hobbes,
dan Rousseau lahir telah mengajukan teori tentang “saling ketergantungan” (interdependence) dan
“perjuangan masyarakat” (social contract).
Konsep perjanjian masyarakat dalam Piagam Madinah yang cuba dijelaskan Qadir adalah dengan
mengambil contoh pembentukan negara Islam Madinah. Beliau telah mengambil pendapat pemikir
Muslim dan non-Muslim dalam menganalisa isi kandungan Piagam Madinah tersebut. Antaranya
Mustafa Husni Assiba’i (1981) telah menyimpulkan bahawa adanya kesatuan umat Islam tanpa ada
perbezaan apa pun. Persamaan seluruh umat dalam hak dan kemuliaannya, dapat menyelamatkan
golongan umat tanpa adanya penganiayaan.
Di samping itu, adanya kegotong-royongan (unsur kerjasama) seluruh umat tanpa ada penganiayaan,
penindasan, permusuhan, perlanggaran hak atau pengacauan (kacau-bilau). Tindakan keras akan
diambil kepada siapa sahaja yang menganiaya dan mengacau (mengacau-bilaukan) negara. Tambah
Mustafa lagi, Piagam Madinah begitu jelas dalam menetapkan garis kebijaksanaan (panduan) untuk
menghadapi musuh, umat diikutsertakan (penglibatan umat). Setiap Muslim tidak dibenarkan
membiarkan saudaranya dalam keadaan terancam. Beliau juga berpendapat, melalui Piagam
Madinah, masyarakat diatur menurut peraturan yang sebaik-baiknya, sejujur-sejujurnya, dan seadil-
adilnya. Selain itu, suatu tindakan tegas dan keras terhadap orang yang melakukan pemberontakan
terhadap negara atau melakukan pengacauan (kacau-bilau) terhadap ketenteraman umum. Dan
adanya larangan memberikan bantuan kepada mereka (pemberontak atau pengacau negara).
Beliau kemudian menjelaskan tentang fungsi dan peranan orang bukan Islam, dimana kepercayaan
agama dan harta benda orang-orang bukan Islam dilindungi. Mereka tidak akan dipaksa untuk
memasuki agama Islam dan tidak pula diambil harta bendanya. Selain itu mereka (orang bukan
Muslim) wajib turut serta dalam soal kesejahteraan negara, dengan cara memberi bantuan dalam
bentuk biaya (kewangan) dan lain-lainnya, sebagaimana kewajipan yang dibebankan kepada kaum
Muslimin. Orang-orang bukan Islam yang tinggal di dalam negara Islam, wajib bersama-sama umat
Islam untuk membela negara dari setiap ancaman yang datang dari luar. Mereka diwajibkan ikut
memikul biaya (beban kewangan) peperangan selama negara masih dalam keadaan perang.
Apa yang pasti, keadilan kepada seluruh warganegara dijamin oleh Piagam Madinah, apabila beliau
menambah, negara wajib memberikan pertolongan kepada golongan bukan Islam. Jika salah seorang
di antara mereka teraniaya, walau pun yang menganiaya itu seorang Muslim sendiri. Dan apa yang
paling jelas adalah, masyarakat Madinah dibentuk atas dasar kerjasama, kebajikan, dan takwa kepada
Allah, bukan atas dasar penindasan dan permusuhan.
Qadir (2001) mengetengahkan pendapat seorang pemikir Barat bukan Islam dalam menganalisa
Piagam Madinah secara terperinci, iaitu William Montgomery Watt, seorang Profesor Emiritus dan
tokoh sejarah Scotland yang menulis buku bertajuk Muhammad at Medina (1956). Melalui buku
inilah, Watt telah menyusun semula kandungan Piagam Madinah secara tersusun menurut turutan
perkara-perkara seperti selayaknya kandungan lengkap suatu konstitusi bagi sesebuah negara.
Watt (1956) telah menyusun semula Piagam Madinah dengan membahaginya kepada 10 bab dan 47
pasal (perkara) di dalamnya, selain mukadimah sebagai pembuka bicara kepada Piagam Madinah.
Beliau telah menggariskan empat perkara penting yang perlu diperhalusi tentang penegasan-
penegasan yang terkandung dalam mukadimah: pertama, piagam ini dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW dengan rakyat Madinah, yang terdiri daripada kaum Quraisy, kaum Yatsrib, dan
orang-orang yang mengikuti dan berjuang bersama mereka. Nabi Muhammad SAW menulis dan
menandatanganinya sebagai pemimpin yang diakui bersama. Ini bererti adanya “persetujuan
bersama” antara Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin dengan rakyat yang dipimpinnya.
Kedua, menonjolkan (memperlihatkan) nama pemimpin, iaitu Nabi Muhammad SAW dan
nama rakyat yang membuat kontrak sosial ini, iaitu kaum Quraisy, Yatsrib, dan orang-orang yang
mengikuti dan berjuang bersama mereka. Ini mempunyai erti sejarah untuk kemudian hari, sebagai
kenangan terhadap pengasas bagi prinsip ini. Ketiga, penggunaan kalimat (ayat) “orang-orang yang
percaya dan memeluk agama Islam”, hanyalah mempunyai satu pengertian, tidak ada perbezaan.
Dan keempat, mukadimah ini mengandungi maksud suatu proklamasi berdirinya ‘Negara Madinah’
yang kemudian menjadi ‘Negara Islam’.
Perkara pertama yang menjadi pendahulu kepada isi Piagam Madinah tersebut adalah berkenaan
pembentukan negara-bangsa, hal ini menunjukkan bahawa ianya sangat penting dan perlu diberi
keutamaan berbanding yang lainnya. Piagam Madinah Pasal 1, Bab 1 (Pembentukan
Umat): “…Sesungguhnya mereka adalah satu bangsa negara (umat), bebas dari pengaruh dan
kekuasaan manusia lainnya…” (Qadir 2001). Sungguh pun dikatakan,
perkataan ummahatau umat ini belum ada terjemahan yang tepat, namun berdasarkan konteks
pembentukan negara-bangsa, maka secara proposionalnya ia wajar merujuk kepada satu
bangsa. Menurut Watt, kita mempergunakan perkataan bangsa negara(negara-bangsa) dengan
pengertian bahawa kebangsaan warga bukanlah bergantung kepada keturunan, tempat tinggal atau
lainnya, tetapi diikat oleh persatuan kenegaraan.
Bab-bab seterusnya yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah tentang hak asasi manusia,
persatuan seagama, persatuan segenap warganegara, golongan minoriti, tugas warganegara,
melindungi negara, pimpinan negara, politik perdamaian (dasar luar), dan penutup. Dalam pada itu,
Qadir (2001) telah memetik kenyataan Sayid Ameer Ali (1978) dalam memberi pengertian dan
peranan Piagam Madinah tersebut, yang antara lain menyatakan seperti berikut:
“..Dalam piagam ini, dirumuskan dengan jelas hak dan kewajipan orang Islam di antara mereka
sendiri, serta hak dan kewajipan antara Islam dan Yahudi. Orang Yahudi menerima perjanjian itu
dengan gembira. Dokumen yang disimpan dengan baik dalam lembaran-lembaran Ibn Hisyam ini
memperlihatkan kepada manusia bahawa Muhammad SAW adalah manusia yang berotak
(berfikiran) luar biasa, bukan sahaja bagi zamannya, malah bagi zaman semuanya (setiap
zaman). Dia bukanlah seorang pemimpin liar yang bertekad meruntuhkan susunan masyarakat
yang ada, tetapi Nabi Muhammad adalah seorang negarawan yang mempunyai tenaga tanpa
bandingan, seorang yang dalam zaman keruntuhan tanpa harapan, mempersiapkan diri untuk
membangun suatu negara atas dasar kemanusiaan universal…” (Qadir 2001).
Justeru, apa yang boleh didapati daripada huraian di atas, secara teknikalnya, jelas menunjukkan
bahawa Tanah Melayu pada waktu sebelum mencapai kemerdekaan, telah melalui proses-proses
rundingan kemerdekaan (pembentukan negara), yang jelasnya adalah melalui jawatan kuasa yang
dibentuk iaitu Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC). Ini kerana, melalui perincian di atas juga, ia
menggambarkan tentang kemelut yang berlaku di Yatsrib dan sekitarnya, adalah disebabkan oleh
penstrukturan masyarakatnya yang tidak teratur dan saling bertelagah antara satu sama lain.
Keadaan ini menuntut satu persetujuan bersama antara kaum bagi mencapai kedamaian hidup
bersama. Maka dengan itu, secara teknikalnya, huraian teori dan konsep oleh tokoh-tokoh tersohor
dunia seperti di atas adalah identik dan selaras dengan proses yang berlaku di Tanah Melayu.

You might also like